17/09/2026
Siapapun yang bakal diangkat jadi Presiden nanti. Pastikan tanggungjawab dilaksanakan dengan telus dan berintegriti. Jika urus tadbir hancur, siap sedia halwa telinga anda mendengarkan lagu FAM Bangsat berkumandang.
Kepada para perwakilan Kongres FAM
Setiap undi akan menentukan siapa yang bakal memegang arah bola sepak negara. Pilih kerana kemampuan dan rekod. Bukan kerana nama besar, kem tertentu atau hutang budi.
Rakyat dah penat mendengar cerita pasal perubahan ni. Kami nak yang berintegriti dan mempunyai akauntabiliti
Hari ini kongres mungkin selesai siapa yang terpilih, tapi masalah utama belum selesai.
Selamat mengundi, jangan khianati amanah.
BOLA SEPAK INI MILIK RAKYAT.