SEJARAH RINGKAS DAN MATLAMAT PERTUBUHAN
Salasilah Kerabat Dato’ Lundang adalah dari keturunan raja pemerintah Kelantan yang ke-12, Al marhum Raja Tuan Besar Long Baha Ibni Al marhum Datu Pengkalan Tua melalui isteri keduanya Al marhumah Permaisuri Raja Pah Binti Al marhum Sultan Omar. Al marhum Raja Tuan Besar Long Baha adalah putera kepada Al marhum Datu Pengkalan Tua Wan Daim iaitu raja pemerin
tah negeri Jambu, Patani dan baginda Raja Tuan Besar Long Baha telah naik takhta memerintah negeri Kelantan mengantikan mertuanya Al marhum Sultan Omar Ibni Al marhum Raja Sakti yang mangkat pada tahun 1721. Baginda telah memerintah negeri Kelantan yang berpusat di Kota Jembal disamping permaisuri baginda – Raja Pah dengan bergelar Raja Tuan Besar sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1733. Dari perkahwinan baginda bersama isteri pertama dari Patani dan kedua dari Kelantan telah beroleh beberapa orang putera dan puteri antaranya;
1. Long Nik (Raja Long Sulaiman) – Raja Kelantan ke-13 c.1734-1756
3. Tuan Nik Junuh (Sultan Haji Yunus) – Raja Patani c.1729-1749
5. Tuan Che Wook (Seribung)
7. Tuan Lipoh (Tuan Puteri Balai Kuning) – isteri kepada Sultan Along Yunus Raja Patani c.1727-1729
8. Tuan Senik Halus
Melalui anaknda ketiga baginda Raja Tuan Besar Long Baha yang bernama Tuan Kundur inilah menurunkan zuriat Kerabat Dato’ Lundang apabila putera sulong Tuan Kundur iaitu Tuan Khomis yang masyhur panggilannya dalam sumber lama sejarah Kelantan sebagai Mandur Mis pada tahun 1762 telah mengasaskan Kampung Lundang dan telah menjadikan pada waktu itu sebuah kampung paling besar yang terletak disebelah tenggara Kota Bharu. Mandur Mis telah bersemayam sebagai pembesar Lundang di kampung tersebut disuatu tempat berhampiran tebing sungai Lundang yang dibangunkannya dengan nama Kota Pengkalan Rambai Lundang iaitu sebaik daripada sepupundanya – Long Yunus putera Long Nik (Raja Long Sulaiman) menaiki takhta kerajaan sebagai raja pemerintah Kelantan yang ke-16 dengan bergelar Yang Dipertuan Kelantan di Kota Kubang Labu. Peranan pembesar Lundang sebagai penguasa wilayah atau wizurai keatas Kampung Lundang (Raja Lundang) oleh Tuan Khomis yang bergelar Engku Mendahari Seri Maharaja Wangsa dari tahun 1762 sehingga mangkat pada tahun 1790 telah berkesinambungan hingga diwarisi kepada anakndanya p**a bernama Tuan Lebar. Menjelang tahun 1801 semasa era pemerintahan Sultan Muhammad I memerintah Kelantan, Tuan Lebar sebagai Raja Lundang telah dikurniakan p**a oleh baginda Sultan Muhammad I untuk berkuasa memerintah keatas daerah Lundang yang baharu ditubuhkannya (kini dikenali daerah Kubang Kerian) disamping salah satu jawatan pembesar tertinggi Kelantan sebagai panglima perang dengan bergelar Dato’ Panglima Perang Lundang, dimana bermula dengan Tuan Lebar inilah, gelaran kebesaran serta kedua dua jawatan tersebut telah dipegang dan disandang bersilih ganti secara warisan turun temurun sehinggalah kepada cicitndanya iaitu Dato’ Lundang. Sebelum ini, jawatan panglima perang dipegang oleh Long Ghaffar iaitu mertua kepada Tuan Lebar disamping jawatannya sebagai mangkubumi dengan gelaran Engku Seri Maharaja Perdana Menteri dari tahun 1762 sehingga mangkat pada tahun 1793. Berikut adalah salasilah raja raja Lundang merangkap pembesar tertinggi Kelantan:
a) Tuan Khomis Bin Tuan Kundur
(masyhur dengan panggilan Mandur Mis)
(Engku Mendahari Seri Maharaja Wangsa)
(Pengasas Kampung Lundang)
(Raja Lundang – I)
(tm 1762 - 1790)
b) Tuan Lebar Bin Tuan Khomis
(Dato’ Panglima Perang Lundang) – bermula pada tahun 1801
(terkenal dengan panggilan Dato’ Panglima Perang)
(Phra Lundang) - dikurniakan oleh Raja Siam pada tahun 1814
(Raja Lundang - II)
(tm 1790 - 1830)
c) Wan Ku Sulong Bin Tuan Lebar
(Dato’ Panglima Perang Lundang - II)
(Phra Chou Mekong Phaya Lundang)
(masyhur dengan panggilan Dato’ Mekong)
(Raja Lundang - III)
(tm 1830 - 1846)
d) Wan Senik Besar Bin Wan Ku Sulong
(Dato’ Panglima Perang Lundang - III)
(Luang Wicit Sentuan Phaya Lundang)
(masyhur dengan panggilan Dato’ Besar)
(Raja Lundang - IV)
(tm 1846 - 1867)
(selepas mangkat digantikan oleh anaknda sepupunya, juga menantunya - Nik Wan Musa)
e) Nik Wan Musa Bin Wan Hassan Bin Wan Ku Sulaiman Bin Tuan Lebar
(Dato’ Panglima Perang Lundang - IV @ terakhir)
(Luang Visudh Pherihar)
(masyhur dengan panggilan Dato’ Lundang)
(Raja Lundang - V @ terakhir)
(tm 1867 - 1910)
(mangkat pada tahun 1926)
Selain dari hubungan pertalian kekeluargaan dengan Kerabat D'raja Long Yunus, Kerabat Dato’ Lundang juga mempunyai pertalian waris kerabat dengan Kerabat Raja Jembal, Kerabat Dato’ Kadok, Kerabat Long Ghaffar dan Kerabat Maharaja Perba Jelai di negeri Pahang. Pada pertengahan tahun 2015, Pertubuhan Kerabat Dato’ Lundang Kelantan yang diakronimkan sebagai PKDLK ini secara rasmi telah diasas dan didaftarkan. Penubuhan PKDLK ini bermatlamat untuk menyatupadukan kembali waris zuriat keturunan Al marhum Tuan Khomis serta memulihara tinggalan warisan sejarahnya yang masih tersisa disamping juga mengadakan jalinan hubungan ukhuwah dengan lain lain pertubuhan atau pihak kerabat yang terdiri daripada waris waris kerabat yang disebutkan diatas. Penamaan pertubuhan ini diatas nama Kerabat Dato’ Lundang adalah bersempena mengambil nama panggilan rasmi pembesar Lundang terakhir iaitu Dato’ Lundang yang telah ditamatkan sepenuhnya selepas daripada terlaksananya Perjanjian Bangkok @ Anglo Siamese Treaty 1909 pada tahun 1910 dengan menerima pencen seumur hidup sebanyak 2,400 ringgit setahun. Pertubuhan Kerabat Dato’ Lundang Kelantan (PKDLK) telah didaftarkan secara sah dibawah Akta Pertubuhan 1966 dengan no pendaftaran PPM 009 03 07072015. Cogan kata PKDLK; Silaturahim Kekuatan Ummah