BNI Kelantan

Directions

BNI Kelantan BNI KELANTAN MALAYSIA - Official
Tempat Usahawan Hebat dan Luar Biasa Saling Bantu Membantu Kembangkan Perniagaan

23/09/2026

🔥 AMSP 2.0 BNI KELANTAN — SELESAI!

Dalam BNI, hadir meeting sahaja belum cukup.
Kita perlu belajar bagaimana menggunakan sistem dengan betul untuk menghasilkan keputusan.

AMSP 2.0 bukan sekadar training, tetapi proses untuk meningkatkan kemahiran setiap Referral Partner supaya lebih jelas, lebih strategik dan lebih efektif dalam membina referral.

Ilmu → Praktis → Konsisten → RESULT 🚀

Tahniah kepada semua Referral Partners BNI Kelantan yang telah melaburkan masa untuk terus belajar dan upgrade diri.

Kita bukan sekadar membina networking.
Kita sedang membina ekosistem bisnes yang saling membantu untuk berkembang.

Terus belajar. Terus memberi. Terus berkembang.

Givers Gain®

23/08/2026

🤝 Jumpa ramai orang bisnes, tapi macam mana nak pastikan kita tak hilang contact mereka?

Kali ini Encik Sulaiman Nor, Pengarah BNI Kelantan berkongsi tips mudah bagaimana nak kumpul dan urus contact kenalan bisnes dengan lebih baik. Zaman sekarang, networking bukan sekadar kumpul business card sahaja. 📱

Nak tahu cara yang beliau gunakan? Tonton video sampai habis. 👀 Untuk lebih banyak tips bisnes, marketing dan networking, jangan lupa follow BNI Kelantan! 🚀

22/08/2026

🎙️ BORAK BISNES BNI BERSAMA SITI NUZAIHAN | PART 13

🤝 Apa yang berubah selepas sertai BNI?

Kali ini Puan Siti Nuzaihan Bharun, Fuel Dealer Petron Wakaf Bharu, berkongsi bagaimana BNI membantu beliau dari sudut networking dan cara menguruskan bisnes dengan lebih baik serta profesional.

Nak tahu apa perubahan yang beliau rasai sendiri selepas sertai BNI? Tonton video sampai habis. 👀 Kalau anda juga mahu kembangkan bisnes dan bina networking yang berkualiti, jom sertai BNI Kelantan! 🚀

21/08/2026

🎙️ BORAK BISNES BNI BERSAMA MS. LAVENDER KIM | PART 4

👩🏻‍💼 Kaum hawa dalam dunia networking, bagaimana sebenarnya?

Kali ini Kak Kim (Ms. Lavender Kim) berkongsi pandangannya sebagai seorang usahawan wanita yang aktif dalam BNI. Bagaimana pengalaman beliau membina networking dan bergaul dalam komuniti usahawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang? 🤝

Nak tahu pandangan Kak Kim? Tonton video sampai habis. Jangan lupa follow BNI Kelantan untuk bahagian seterusnya. Kalau anda juga mahu bina networking dan kembangkan bisnes, jom sertai BNI Kelantan! 🚀

20/08/2026

🎙️ BORAK BISNES BNI BERSAMA SITI NUZAIHAN | PART 12

⛽ Pernah terfikir apa jadi kalau terlupa cabut nozzle, kemudian terus gerakkan kereta? 😳

Kalau wire nozzle terputus, adakah minyak akan terus mengalir keluar atau sistem akan automatik berhenti? Kali ini Puan Siti Nuzaihan Bharun, Fuel Dealer Petron Wakaf Bharu, terangkan apa yang sebenarnya akan berlaku. 👀

Nak tahu jawapannya? Tonton video sampai habis dan jangan lupa follow BNI Kelantan untuk lebih banyak perkongsian menarik! 🚀

🔥 NETWORKING BUKAN SEKADAR DATANG, SALAM & TUKAR BUSINESS CARD.Ramai usahawan hadir networking dengan satu misi — nak ke...
19/08/2026

🔥 NETWORKING BUKAN SEKADAR DATANG, SALAM & TUKAR BUSINESS CARD.

Ramai usahawan hadir networking dengan satu misi — nak kenal seramai mungkin orang.

Jumpa 30 orang.
Kumpul 30 nombor telefon.
Balik dengan poket penuh business card.

Tapi… berapa ramai yang betul-betul ingat kita selepas itu?

BNI Kelantan berkongsi beberapa tip praktikal untuk menjadikan networking lebih berkesan. Ini 5 perkara yang usahawan boleh praktikkan:

1️⃣ Kejar perbualan berkualiti, bukan jumlah orang

Tak perlu paksa diri kenal 50 orang dalam satu event.

Sasarkan 4–5 perbualan yang betul-betul bermakna. Kenali bisnes mereka, cabaran mereka dan siapa pelanggan yang mereka cari.

Kadang-kadang satu hubungan yang tepat lebih bernilai daripada 50 kenalan yang tidak pernah kita hubungi semula.

2️⃣ Bertindak seperti TUAN RUMAH, bukan TETAMU

Tetamu tunggu orang datang tegur.

Tuan rumah p**a mencari orang yang berdiri seorang diri, menyambut orang baru dan memperkenalkan mereka kepada orang lain.

Jangan tunggu orang buat kita rasa dialu-alukan.

👉 Jadilah orang yang membuat orang lain rasa dialu-alukan.

Orang mungkin lupa apa yang kita jual, tetapi mereka akan ingat bagaimana kita membuat mereka rasa.

3️⃣ Networking adalah FARMING, bukan HUNTING 🌱

Jangan baru 5 minit kenal terus nak menjual.

Networking bukan:

❌ “Apa aku boleh jual kepada dia?”

Tetapi:

✅ “Siapa yang aku boleh kenalkan kepada dia?”
✅ “Bagaimana aku boleh bantu bisnes dia?”
✅ “Apa yang aku perlu tahu supaya suatu hari nanti aku boleh beri referral?”

Kita tanam hubungan dahulu, jaga kepercayaan dan biarkan peluang bisnes berkembang.

4️⃣ Ambil 2 business card

Kalau jumpa seseorang yang kita mahu terus berhubung, minta dua kad.

Satu untuk kita.

Satu lagi untuk kita pegang sekiranya bertemu seseorang yang memerlukan produk atau servis beliau.

Mindsetnya mudah:

Datang networking bukan hanya untuk DAPAT referral.
Datang dengan niat untuk MEMBERI referral.

Inilah semangat Givers Gain®.

5️⃣ Jangan harapkan hasil daripada SATU event sahaja

Kepercayaan tidak terbina dalam satu pertemuan.

Orang mungkin tahu nama kita selepas pertemuan pertama.

Tetapi untuk mereka cukup yakin meletakkan reputasi mereka dengan memperkenalkan kita kepada pelanggan, keluarga atau rakan bisnes mereka — ia memerlukan masa.

Sebab itu konsistensi sangat penting.

BNI dibina dengan sistem pertemuan mingguan supaya hubungan tidak perlu bermula semula dengan orang asing setiap bulan.

Minggu demi minggu:

Kenal → S**a → Percaya → Referral → Bisnes

Networking yang hebat bukan tentang siapa paling banyak business card.

Ia tentang siapa paling banyak membina kepercayaan.

🔴 BNI Kelantan bukan sekadar tempat berkumpul usahawan.

Kita sedang membina ekosistem di mana usahawan saling mengenali, membina kepercayaan dan membuka peluang bisnes antara satu sama lain secara konsisten.

Kalau anda seorang usahawan di Kelantan dan mahu melihat sendiri bagaimana sistem networking berstruktur ini berfungsi,

👉 Datang sebagai tetamu ke salah satu chapter BNI Kelantan.

Mungkin anda datang untuk mencari networking.

Tetapi anda mungkin p**ang dengan hubungan yang boleh mengubah perjalanan bisnes anda.

Usahawan Bersatu, Rezeki Berganda. 🤝🔥

🔥 BISNES TAK GAGAL SEBAB KURANG MOTIVASI. BISNES GAGAL APABILA KITA BERHENTI BERTINDAK!Hakikatnya, tiada siapa berasa be...
19/08/2026

🔥 BISNES TAK GAGAL SEBAB KURANG MOTIVASI. BISNES GAGAL APABILA KITA BERHENTI BERTINDAK!

Hakikatnya, tiada siapa berasa bersemangat setiap hari.

Ada hari kita penat.
Ada hari jualan perlahan.
Ada hari kita rasa seperti mahu mengalah.

Tetapi usahawan yang berjaya bukanlah mereka yang sentiasa bermotivasi. Mereka ialah orang yang tetap hadir, tetap belajar, tetap membina hubungan dan tetap mengambil tindakan walaupun semangat sudah hilang.

Motivasi membuatkan kita bermula.
Disiplin memastikan kita terus bergerak.

Dalam BNI, kejayaan bukan dibina dengan hadir sekali lalu terus mendapat hasil. Ia dibina melalui disiplin hadir setiap minggu, membina kepercayaan, membantu rakan usahawan dan konsisten memberi rujukan.

Kerana disiplin akan menunaikan janji yang perasaan kita tidak mampu tunaikan.

🚀 Anda mahu bina bisnes dengan sistem, hubungan dan komuniti usahawan yang saling membantu?

Komen “NAK BERKEMBANG” atau DM BNI Kelantan untuk hadir sebagai tetamu dalam sesi networking kami.

Usahawan Bersatu, Rezeki Berganda.

18/08/2026

🎙️ BORAK BISNES BNI BERSAMA SITI NUZAIHAN | PART 11

🤝 Dulu berkawan sekadar kawan. Selepas sertai BNI, persahabatan itu turut membuka peluang bisnes.

Puan Siti Nuzaihan Bharun berkongsi bagaimana BNI mengubah hubungan sesama rakan usahawan. Bukan sekadar kenal dan bersosial, tetapi kini mereka boleh saling membantu, berkongsi peluang dan menghasilkan transaksi bisnes bersama. 🚀

Kadang-kadang peluang datang daripada orang yang sudah lama kita kenal. Nak tahu lebih lanjut? Tonton video sampai habis dan jangan lupa follow BNI Kelantan!

🔥 RM1 JUTA JUALAN DALAM TAHUN PERTAMA MENYERTAI BNI—KETIKA DUNIA DILANDA COVID-19!Mustahil? Tidak bagi mereka yang benar...
17/08/2026

🔥 RM1 JUTA JUALAN DALAM TAHUN PERTAMA MENYERTAI BNI—KETIKA DUNIA DILANDA COVID-19!

Mustahil? Tidak bagi mereka yang benar-benar memahami dan menggunakan sistem BNI dengan betul.

Dalam sesi BNI Kelantan Leadership Team Round Table Meeting, Joey Tong, Executive Director BNI Kelantan, berkongsi bagaimana beliau berjaya mencatat RM1 juta jualan di Thailand pada tahun pertama keahlian BNI—walaupun ketika pandemik.

Kejayaan bukan sekadar kerana siapa yang kita kenal, tetapi bagaimana kita:

✅ Membina kepercayaan
✅ Menguatkan hubungan
✅ Menggunakan sistem BNI 100%
✅ Konsisten membantu orang lain membuka peluang bisnes

Perkongsian ini membuka mata barisan pemimpin bahawa sistem yang betul, apabila dilaksanakan dengan disiplin, mampu menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Ilmu bukan untuk disimpan.
Kejayaan bukan sekadar untuk diraikan.
Ia perlu dipelajari, dipraktikkan dan diduplikasikan kepada seluruh pasukan.

Bina pemimpin. Kuatkan chapter. Gandakan kejayaan.

Usahawan Bersatu, Rezeki Berganda.
Gempur Sampai Menang! 🔥

17/08/2026

🎙️ BORAK BISNES BNI BERSAMA SITI NUZAIHAN | PART 10

⛽ Stesen minyak memang sentiasa ada pelanggan. Jadi, kenapa masih perlu sertai BNI? 🤔

Kali ini, Puan Siti Nuzaihan Bharun, Fuel Dealer Petron Wakaf Bharu, berkongsi sebab beliau memilih untuk menyertai BNI Kelantan walaupun menjalankan bisnes yang sememangnya mempunyai pelanggan setiap hari. Apa sebabnya? Tonton video sampai habis. 👀

Kalau anda juga seorang usahawan yang mahu kembangkan bisnes dan bina networking yang lebih berkualiti, jom sertai BNI Kelantan! 🚀

Address

LOT 2738/C KAMPUNG KENALI, Jalan PASIR HOR
Kota Bharu
15200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BNI Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share