22/03/2025
SUMBANGAN TUNAI RAYA AIDILFITRI 2025
21.03.2025
Alhamdulillah selesai sudah program tahunan Pertubuhan Kebajikan IHSAN iaitu Sumbangan Tunai Raya Aidilfitri 2025 untuk 100 keluarga asnaf
Sumbangan berbentuk tunai RM200 & Beras bagi setiap penerima. Jelas terpancar kegembiraan bahkan ada juga yg bergenang air mata apabila menerima sumbangan. Mungkin merasakan sedikit kelegaan apabila mendapat sumbangan tunai bagi menyediakan persiapan hari raya untuk anak²
Jutaan terima kasih pada semua yang terlibat.
"ANDA HULUR KAMI SALUR"
****Gambar sekadar tatapan para penyumbang