PMBK memperkenalkan perumahan dinamakan βWadi Imanβ yang bermaksud taman orang-orang beriman yang mensasarkan pembangunan komuniti setempat hendaklah bertunjangkan kediaman yang ahlinya sangat rapat hubungannya dengan Allah SWT. Natijahnya, iman yang progresif ini pasti memperlihatkan masyarakat yang berakhlak tinggi. PMBK telah melaksanakan pelbagai projek perumahan seperti Rumah Teres Kos Rendah
, Rumah Teres Kos Sederhana, Rumah Teres 2 Tingkat, Rumah Kos Rendah sejak 2005. Sehingga tahun 2021, seramai 500 orang pembeli di kalangan rakyat negeri Kelantan telah mendapat manfaat dari projek perumahan PMBK dan anak syarikatnya PMBKD yang dijalankan merangkumi pelbagai lokasi di seluruh negeri Kelantan merangkumi kawasan Kok Lanas, Jeli, Melor dan Pasir Genda, Tanah Merah.