Alumni Maahad Muhammadi

Call Directions Website Contact the organization

Alumni Maahad Muhammadi This is the official page of Alumni Maahad Muhammadi
Our website : https://www.alumnimm.com Objektif Alumni:

1.

Membela serta menjaga kepentingan, kebajikan dan memajukan ahli
2. Memupuk semangat perpaduan, kemesraan, saling bekerjasama selain mengeratkan perhubungan muhibbah di kalangan ahli-ahli khususnya dan masyarakat amnya melalui penganjuran dan penyertaan pelbagai kegiatan-kegiatan yang berfaedah
3. Memberikan sumbangan dan perkhidmatan berteraskan amal kepada para ahli dan masyarakat amnya
4. Memberikan pendidikan dan latihan bagi meningkatkan sahsiah ahli
5. Mengadakan dan menjalinkan hubungan dengan persatuan dan/atau pertubuhan lain bagi mengadakan kerjasama demi kepentingan ahli-ahli
6. Menjalankan pelbagai aktiviti berguna untuk membantu warga yang sedang belajar di MM dari segi prasarana sekolah dan meningkatkan kebajikan pelajar (termasuk pendidikan rohani dan jasmani)

Sahabat-sahabat Alumni Maahad Muhammadi yang dirahmati Allah sekalian.Setelah hebahan bagi Maahad Muhammadi Lelaki dibua...
09/10/2026

Sahabat-sahabat Alumni Maahad Muhammadi yang dirahmati Allah sekalian.

Setelah hebahan bagi Maahad Muhammadi Lelaki dibuat sebelum ini, kini Persatuan Alumni Maahad Muhammadi (AMM) sekali lagi dengan penuh rendah hati mengajak para sahabat alumni untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan dan infaq bagi menjayakan Projek Gold Class SPM 2026 khusus untuk anak-anak pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2026.

Program Slot Bersama Pakar ini merupakan antara usaha pihak sekolah untuk membantu para pelajar membuat persediaan yang lebih mantap dalam menghadapi peperiksaan, dengan bimbingan guru-guru pakar bagi mata pelajaran yang terlibat.

Sumbangan yang diterima akan digunakan bagi menampung bayaran penceramah, saguhati dan keperluan pelaksanaan program sebagaimana yang diperincikan dalam jadual yang dilampirkan.

Para sahabat alumni dialu-alukan untuk menaja mana-mana slot dengan kadar RM350 bagi setiap slot, sama ada secara individu, berkump**an atau menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.

Sumbangan awal amatlah dihargai bagi membantu pihak urus setia membuat persiapan dan menguruskan bayaran kepada para penceramah sepanjang program berlangsung.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Akaun: Persatuan Alumni Maahad Muhammadi
Bank: Bank Islam
No. Akaun: 03036010052120

Sebarang pertanyaan atau rujukan:
Haji Ahmad Fazlan bin Haji Mustapha
Setiausaha Alumni Maahad Muhammadi
📞 019-575 1778

Besar harapan kami agar para sahabat alumni dapat bersama-sama menyokong usaha murni ini. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan serta asbab kejayaan adik-adik kita dalam peperiksaan SPM 2026.

Semoga Allah SWT memberkati segala sumbangan dan usaha kita semua. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

KEMBALI BERBUDI

Sahabat-sahabat Alumni Maahad Muhammadi yang dirahmati Allah sekalian.Persatuan Alumni Maahad Muhammadi (AMM) dengan pen...
08/10/2026

Sahabat-sahabat Alumni Maahad Muhammadi yang dirahmati Allah sekalian.

Persatuan Alumni Maahad Muhammadi (AMM) dengan penuh rendah hati menjemput para sahabat alumni untuk bersama-sama menyumbang dan berinfaq bagi menjayakan Program Bedah Skema & Slot Bersama Pakar di bawah Projek Mumtaz A+ SPM 2026, khusus untuk anak-anak pelajar Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2026.

Sumbangan yang diterima akan digunakan bagi membiayai bayaran penceramah dan pakar mata pelajaran seperti yang disenaraikan dalam jadual program.

Para sahabat alumni boleh memilih mana-mana slot untuk ditaja, sama ada secara individu, berkump**an mahupun menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.
Sumbangan awal amat dialu-alukan dan diharapkan dapat disalurkan sebelum atau pada 15 Oktober 2026 (Khamis) bagi memudahkan pihak urus setia menguruskan pembayaran kepada para penceramah.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Akaun: Persatuan Alumni Maahad Muhammadi

Bank: Bank Islam

No. Akaun: 03036010052120

Sumbangan selepas tarikh tersebut juga tetap dialu-alukan bagi membiayai slot-slot program yang masih berlangsung sehingga 14 November 2026.
Semoga usaha kecil kita menjadi asbab kecemerlangan adik-adik Maahad Muhammadi dalam SPM 2026.

Kembali Berbudi

Keceriaan inilah penyebab utama AMM wujud.Hari ini kami ceriakan anak-anak asnaf dengan kelas kemahiran TVET- masakan.Me...
22/04/2026

Keceriaan inilah penyebab utama AMM wujud.

Hari ini kami ceriakan anak-anak asnaf dengan kelas kemahiran TVET- masakan.

Menu hari ini kita pilih khas untuk beli jiwa anak-anak iaitu Choc Chips.

Mungkin hari ini mereka ceria belajar.

Mungkin 10 tahun lagi, mereka ini menjadi usahawan kukis dek kerana kelas kemahiran yang AMM kongsikan hari ini.

Kemungkinan yang menyeronokkan.

Program baharu untuk anak² asnaf MM.Memulakan satu lagi projek iaitu program kemahiran TVET bermula diMMP.Sebanyak 5 mod...
21/04/2026

Program baharu untuk anak² asnaf MM.

Memulakan satu lagi projek iaitu program kemahiran TVET bermula diMMP.

Sebanyak 5 modul dipilih dimulakan dengan kelas rawatan wajah serta kelas urutan keluarga.

Kami yang diamanah merasakan yang jiwa anak² ini perlu dirangsang agar rasa rendah diri itu mampu ditangani.

Jelas keceriaan anak² ini merasai transformasi cantik & segar selepas belajar 2 kemahiran ini.

Jumpa lagi untuk kelas lain nanti, yer.

Dengan penuh rasa dukacita, Alumni Maahad Muhammadi merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum Ustaz Ahmad Buhair...
08/04/2026

Dengan penuh rasa dukacita, Alumni Maahad Muhammadi merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum Ustaz Ahmad Buhairi bin Nawawi (Buyie), Batch SPM 1994.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan beliau, serta menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Takziah juga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Almarhum. Semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat dukacita ini.

Al-Fatihah.

Alumni Maahad Muhammadi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Haji Azman bin Ismail (A...
07/04/2026

Alumni Maahad Muhammadi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Haji Azman bin Ismail (Alumni Maahad Muhammadi MML Batch SPM 87), Pengarah KPDN Kelantan atas pemergian beliau.
​Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2.40 pagi tadi (Selasa, 7 April 2026) ketika dalam rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Semoga roh Allahyarham diampuni segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beramal soleh.
​Al-Fatihah.

22/03/2026
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR TERBAIK STAM 2025,adik Wan Muhammad Adam Danish bin Wan Afizi yang berjaya mendapat 10 ...
07/02/2026

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR TERBAIK STAM 2025,
adik Wan Muhammad Adam Danish bin Wan Afizi yang berjaya mendapat 10 Mumtaz.

Kejayaan ini diraikan bersama AMM kerana beliau adalah salah seorang anak ANGKAT KASIH AMM.

Mungkin nilai RM50 yang disalurkan setiap bulan tidaklah sebesar mana namun kejayaan kalian sangat membanggakan ibu mahupun bapa angkat anda.

TAHNIAH SEKALI LAGI.

BERMINAT MENYUMBANG DALAM PROJEK INI❓
Hubungi PIC di, www.wasap.my/60139336532/angkat+kasih

06/02/2026

Program Angkat Kasih AMM 2025-2026 semakin mendapat perhatian.

Bukan sekadar motivator bahkan beliau seorang alumni yang memberi sumbangan besar didalam program tahunan ini.

Chef Ustazah Wan Habsah telah membantu menyelesaikan hutang tunggakan yuran pelajar asnaf berserta duit poket anak-anak angkat berjumlah RM50/bulanan selama setahun.

Program tahun ini melibatkan:-
Anak Angkat seramai
33-mmp
40-mml

Manakala penerima zakat
20-mml
20-mmp

Berkesinambungan dengan zakat yang dihulur beliau, AMM akan membantu memberi latihan TVET dalam 3 bidang kepada pelajar terpilih nanti p**a.

AMM sangat mengalu-alukan alumni membantu Projek Latihan Kemahiran TVET ini.

Hubungi PIC Program di link ini;
www.wasap.my/60139336532/angkat+kasih+program+latihan sekiranya anda berminat membantu.

Memulakan 2026 dengan program pop**ar tahunan AMM, PROGRAM ANGKAT KASIH.Program berpanjangan ini berkonsepkan Anak Angka...
05/02/2026

Memulakan 2026 dengan program pop**ar tahunan AMM,

PROGRAM ANGKAT KASIH.

Program berpanjangan ini berkonsepkan Anak Angkat dengan membiaya seorang anak asnaf MML mahupun MMP dengan sumbangan RM50 setiap bulan.

Kami mengucapkan TAHNIAH kerana kalian berbudi kembali kepada pelajar-pelajar junior.

الله يباركم، امين.

Maahad Muhammadi Lelaki (MML)
Maahad Muhammadi

Address

Jalan Pengkalan Chepa
Kota Bharu
15400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Maahad Muhammadi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Alumni Maahad Muhammadi:

Shortcuts

Share