13/09/2026
KARNIVAL Kita MADANI Peringkat Negeri Kelantan 2026 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Kelantan telah berlangsung pada 11 dan 12 September dengan penglibatan pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan pihak swasta.
YADIM Negeri Kelantan turut mengambil bahagian dalam karnival tersebut menerusi pameran agensi bersama Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Akademi Kenegaraan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam, Suruhanjaya Komunkasi, Institut Latihan FAMA Kota Bharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Agrobank, Kemudi Timur Sdn. Bhd., JM Otomobil dan CelcomDigi dan banyak lagi.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang karnival, antaranya Sesi Ziarah Kasih MADANI di Pulau Teluk Renjuna dan Pulau Haji Nik Mat, tayangan Wayang Pacak di Pulau Sri Tanjung serta rakaman Influencer@JAPEN “Bice-Bice Set Kito” bertajuk “Mensyukuri Kemerdekaan, Memelihara Perpaduan” bersamaImam Masjid Al Ahmadiah Teluk Renjuna, Ustaz Mohd Amin Zulkahar Saari.
Turut diadakan Majlis Penyerahan Mural oleh Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan kepada Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Beluru.
Kemuncak karnival menyaksikan Pengarah JAPEN Negeri Kelantan, Encik Ahmad Ammar Othman, hadir merasmikan Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Kelantan 2026. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis, gimik perasmian, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
Penyertaan YADIM Negeri Kelantan dalam program ini mencerminkan komitmen YADIM untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama rentas agensi, di samping menyampaikan mesej dakwah dan nilai-nilai murni kepada masyarakat selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
YADIM Negeri Kelantan turut merakamkan penghargaan kepada JAPEN Negeri Kelantan atas jemputan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
***
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.
Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)
Atau klik link dibawah :
Sumbangan secara potongan bulanan
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim
Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim