Food Aid Foundation Kota Bharu

Call Directions Website

Food Aid Foundation Kota Bharu Food Aid Foundation was founded in 2013 as a food bank with a mission to rescue surplus food and distributing it to the needy.

Hari ini jom Support Team Bakeri YTM 2!  Jualan graduasi Team Bakeri YTM 2 dah bermula sejak semalam. Hari ini kita masu...
11/10/2026

Hari ini jom Support Team Bakeri YTM 2!

Jualan graduasi Team Bakeri YTM 2 dah bermula sejak semalam. Hari ini kita masuk hari kedua!

Semalam karipap panas sold out! Alhamdulillah, terima kasih semua yang dah support. 🥰

Hari ni kita buka jualan lagi! Siapa belum cuba, jom singgah. Siapa dah cuba, boleh repeat! Hihihi 😁

Jom ramai-ramai meriahkan jualan mereka. Kita support peserta usahawan kita untuk terus maju!

Program Pembangunan Usahawan F&B Yayasan TM & Food Aid Foundation.❤️

Terima kasih Lotus’s Kota Bharu atas kolaborasi yang berterusan dalam usaha menyelamatkan makanan. Surplus sayur, buah-b...
26/09/2026

Terima kasih Lotus’s Kota Bharu atas kolaborasi yang berterusan dalam usaha menyelamatkan makanan.

Surplus sayur, buah-buahan dan bakeri yang kami selamatkan ini banyak membantu komuniti yang memerlukan.

Kutipan surplus ini telah diambil dan diagihkan oleh wakil Komuniti Bendang Nyior, yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga petani kampung dan penoreh getah.

Bagi keluarga yang pendapatannya bergantung kepada hasil kebun kecil dan torehan, setiap penjimatan dalam belanja dapur tetap sangat bermakna.

Dan di sinilah kami sangat menghargai usaha para volunteer yang sanggup meluangkan masa dan tenaga juga kewangan untuk mengambil, mengangkut dan mengagihkan surplus ini supaya makanan yang masih baik tidak terbuang dan dapat terus sampai kepada mereka yang memerlukan.

Daripada sisa yang sepatutnya dibuang , sebenarnya masih elok , diselamatkan dan menjadi rezeki bagi yang memerlukan p**a .
Daripada usaha kecil ini, lahir manfaat untuk komuniti.

Terima kasih Lotus’s Kota Bharu dan semua volunteer yang terus menyokong kami di Food Aid Foundation Kota Bharu .

Food Aid Foundation food banking for the needy.

Terima kasih semua!

Lotus's Malaysia

Terima kasih Lotus's Kota Bharu untuk kolaborasi ,  kepercayaan dan hubungan baik yang berterusan . Sumbangan melalui do...
24/09/2026

Terima kasih Lotus's Kota Bharu untuk kolaborasi , kepercayaan dan hubungan baik yang berterusan .

Sumbangan melalui donation box Lotus’s banyak membantu keluarga-keluarga yang memerlukan, yang kita temui dan bantu sepanjang perjalanan FAFKB.

Terima kasih kerana terus bersama kami berkongsi rezeki dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Food Aid Foundation food banking for the needy.

Lotus's Malaysia 🫶🏾

Selamat Menyambut Hari Malaysia 🇲🇾
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 🇲🇾

🇲🇾 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 2026! 🇲🇾

Malaysia is a beautiful tapestry of cultures, communities, and stories, brought together by the spirit of gotong-royong and care for one another.

At Food Aid Foundation, we believe food is more than nourishment. It brings people together, creates connections, and reminds us that no one should be left behind.

This Hari Malaysia, let’s celebrate our differences, strengthen our communities, and continue looking out for one another.❤️

Together, we share.
Together, we care.
Together, we build a Malaysia where no one is left behind. 🇲🇾

Bakeri 1 YTM . Hari ini Modul ke-11 daripada 14 modul yang dirancang untuk Program Pembangunan Usahawan F&B Yayasan TM  ...
04/09/2026

Bakeri 1 YTM .
Hari ini Modul ke-11 daripada 14 modul yang dirancang untuk Program Pembangunan Usahawan F&B Yayasan TM bersama Food Aid Foundation .

Antara yang dipelajari hari ini:

• Minda Keusahawanan
• Idea Perniagaan & Proposisi Nilai
• Pendaftaran Perniagaan (SSM)
• Khidmat Pelanggan
• Digital & Pemasaran

Peserta diajak untuk mengubah cara fikir daripada sekadar “minda makcik warung kampung” kepada minda seorang usahawan. 😄

Belajar melihat perniagaan dengan perspektif yang lebih luas; mengenal pasti apa yang istimewa tentang produk sendiri, memahami mengapa pelanggan patut memilih kita dan bagaimana membina pengalaman yang membuat pelanggan mahu datang semula.

Tak kurang penting, mereka juga didedahkan kepada peluang yang ada melalui pemasaran digital dan AI , daripada membina jenama, memanfaatkan media sosial, menghasilkan kandungan, hinggalah menggunakan platform digital untuk memperkenalkan dan mengembangkan perniagaan.

Kelas hari ini bila Dr. Fadhilahanim Aryani Abdullah dari kampus FHPK Umk Pengkalan Chepa, Kelantan yang lead , memang riuh jadinya.

Penuh dengan ketawa, semangat dan smash-smash pedas tapi mengena.
Dr Hanim memang haip-pening! 😆🔥

Tapi paling seronok bila semua peserta turut sama mengambil bahagian. Banyak soalan, banyak perbincangan dua hala dan masing-masing berani tampil berkongsi visi serta impian perniagaan mereka tanpa malu-malu.

Dah makin dekat dengan hari sebenar untuk trial run business mereka minggu depan. Makin nampak excitement peserta, dan feel pun dah mula terasa. ❤️

Semoga semua terus berani mencuba, berani bermimpi dan paling penting…

berani buat! 💪✨




Sekali lagii🤩Jom support usahawan F&B kami! 🥰Bukan sekadar makan, tapi setiap pembelian kita adalah sebahagian daripada ...
04/09/2026

Sekali lagii🤩

Jom support usahawan F&B kami! 🥰

Bukan sekadar makan, tapi setiap pembelian kita adalah sebahagian daripada sokongan untuk mereka membina langkah dan mengembangkan perniagaan. ❤️

Ada Burnt Cheesecake RM14, Brownies RM7 & aneka Roti dan Donut RM2!

📅 4 & 5 September 2026 (Jumaat & Sabtu)

⏰ Bermula 10 pagi - 4 petang/ hingga habis

📍 Pusat Kebajikan Food Aid Foundation Kota Bharu

Boleh walk-in atau telefon untuk tempahan & COD.
📲 Siti Mariani: 017-9868 566

Jom beli, rasa dan sama-sama support usahawan kita.



Salam Merdeka dari kami di Food Aid Foundation Kota Bharu . 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
31/08/2026

Salam Merdeka dari kami di Food Aid Foundation Kota Bharu . 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

🇲🇾 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐜𝐞 𝐃𝐚𝐲 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 🇲🇾

Merdeka is more than the freedom we celebrate. It is the spirit that brings us together regardless of who we are, where we come from, or what language we speak. 🤝

It is in the hand that reaches out to help, the meal that is shared, and the kindness given without expecting anything in return.

Because this is Malaysia, a nation built on diversity, compassion, and the belief that no one should be left behind.🫶

This Merdeka, let’s continue to care, share and stand together for one another.❤️

Demi Malaysia. Untuk semua🇲🇾 Merdeka!

Rahmatan lil Alamin. 🌿Antara sifat terindah Rasulullah ﷺ ialah kasih sayang baginda yang luas .Bukan hanya kepada manusi...
25/08/2026

Rahmatan lil Alamin. 🌿

Antara sifat terindah Rasulullah ﷺ ialah kasih sayang baginda yang luas .
Bukan hanya kepada manusia, tetapi juga kepada haiwan dan seluruh makhluk.

Rasulullah ﷺ mengajar kita:

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sempena Maulidur Rasul ini, kami di Food Aid Foundation Kota Bharu ingin mengambil kesempatan untuk mengajak diri sendiri dan kita semua menghidupkan kasih itu dalam kehidupan.

Peduli pada yang susah.
Tanya khabar.
Jaga keluarga dan jiran.
Berempati sebelum menghukum.
Berbuat baik kepada haiwan dan semua di sekeliling kita.

Semoga cinta kita kepada Rasulullah ﷺ bukan hanya pada kata-kata, tetapi terpancar melalui perbuatan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ

Food Aid Foundation food banking for the needy.

Sibuk tapi ceria di FAF KB Centre hari ini! 😄❤️Tingkat Bawah: Module 14 - Jualan Trial Run Business culinary team batch ...
14/08/2026

Sibuk tapi ceria di FAF KB Centre hari ini! 😄❤️

Tingkat Bawah:
Module 14 - Jualan Trial Run Business culinary team batch 1 tengah berlangsung!
Peserta dah jadi "usahawan" betul-betul. Jual, kira, senyum pada customer 👨‍🍳💰

Tingkat Atas:
Module 7 - Baking Masterchef p**a berlangsung!
Peserta bertanding tunjuk skill dan kreativiti. Bau kek dah semerbak satu tingkat.
Laju gerak pun macam masuk lumba lari pass baton. 😅

Dalam sibuk berniaga dan bertanding, gelak tawa tetap ada.
Inilah semangat - belajar sambil usaha, usaha sambil happy!

Doakan semua peserta berjaya ya 🙏

Yayasan TM
Food Aid Foundation




Throwback hari ini.Paling penting posing dulu sebelum mula berniaga 😄l📸Alhamdulillah setelah selesai 12 modul menimba il...
13/08/2026

Throwback hari ini.
Paling penting posing dulu sebelum mula berniaga 😄l📸

Alhamdulillah setelah selesai 12 modul menimba ilmu keusahawanan kulineri dari masakan western & tempatan, pengurusan kewangan, marketing, pendaftaran perniagaan, hinggalah kursus pengendalian makanan yang sah...

Hari ini bermulalah modul yang paling ditunggu-tunggu.
Praktikal Berniaga!

Terima kasih semua yang datang support trial run business peserta.
You all are the best!! 🤩

Bangga dengan semangat semua! Doakan kejayaan mereka ya ❤️

Opss jangan lupa , esok kami masih berniaga lagi sehari. Datang support ya 🫶🏾





Address

Lot 3775, Jalan Hospital
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6 09 743 3033

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Food Aid Foundation Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share