Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan Page ini merupakan page rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Page ini merupakan page rasmi Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Kementerian Kesihatan Malaysia

urus ubat anda sebaiknya di musim tengkujuh
03/12/2024

urus ubat anda sebaiknya di musim tengkujuh

BERITA BAIK! TARIKH TUTUP PERTANDINGAN TIKTOK DILANJUTKAN KEPADA 6 DISEMBER 2024!JOM SERTAI!KUNJUNGI WWW.TOBATS.INFO UNT...
02/12/2024

BERITA BAIK!
TARIKH TUTUP PERTANDINGAN TIKTOK DILANJUTKAN KEPADA 6 DISEMBER 2024!

JOM SERTAI!
KUNJUNGI WWW.TOBATS.INFO UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

18/11/2024
Jom pelajari cara semak PENDAFTARAN PRODUK
11/11/2024

Jom pelajari cara semak PENDAFTARAN PRODUK


NAK SEMAK PENDAFTARAN PRODUK?

Semua ubat yang dijual di Malaysia, WAJIB berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda boleh membuat semakan status pendaftaran produk melalui laman web rasmi www.npra.gov.my atau aplikasi NPRA Product Status. Selain itu anda juga boleh menyemak ketulenan label keselamatan hologram yang diwajibkan bagi semua ubat yang berdaftar, melalui aplikasi Farmachecker.

Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 tidak membenarkan mana-mana individu membawa masuk ubat yang tidak b...
10/11/2024

Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 tidak membenarkan mana-mana individu membawa masuk ubat yang tidak berdaftar atau kosmetik yang tidak bernotifikasi dari luar negara selain untuk kegunaan sendiri atau ahli keluarga dalam kuantiti yang tidak melebihi sebulan penggunaan oleh seorang individu.

Sebarang pelanggaran terhadap Peraturan ini boleh membawa kepada hukuman di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.


05/11/2024

Vertigo

Sebagai pesakit atau pengguna kita berhak untuk mendapatkan preskripsi yang lengkap daripada doktor untuk membuat pembel...
30/10/2024

Sebagai pesakit atau pengguna kita berhak untuk mendapatkan preskripsi yang lengkap daripada doktor untuk membuat pembelian ubat terkawal di farmasi.

Jangan lupa untuk semak preskripsi yang anda terima dan pastikan ianya mempunyai butiran-butiran yang diperlukan.

TAHUKAH ANDA?
Sebagai pesakit atau pengguna kita berhak untuk mendapatkan preskripsi yang lengkap daripada doktor untuk membuat pembelian ubat terkawal di farmasi. Oleh itu, apakah butiran yang perlu ada pada preskripsi?

Di bawah Seksyen 21 (2) Akta Racun 1952, preskripsi yang lengkap mempunyai butiran berikut;

1) Nama dan alamat pesakit
2) Kuantiti dan dos ubat yang perlu dibekalkan
3) Nama dan alamat doktor
4) Tarikh preskripsi dikeluarkan
5) Ditandatangani oleh doktor yang mengeluarkan preskripsi

Pastikan anda semak preskripsi dan ianya lengkap terlebih dahulu sebelum anda keluar dari klinik/ hospital.

30/10/2024

Jangan buang ubat dalam tong sampah

Belilah ubat dari sumber yang sah.Ubat tidak sah buat anda susah!
15/10/2024

Belilah ubat dari sumber yang sah.

Ubat tidak sah buat anda susah!


34 likes, 2 comments. “Racun pun ada jadual?! Jom dengar penerangan dari Pegawai Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.”

14/10/2024

💊🚮 Pelupusan Ubat Secara Selamat Tanggungjawab Semua.

Artikel ini ditulis oleh Encik Mohd Shahiri Abd Ghapar, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengurusan ubat di rumah adalah penting untuk memastikan ubat yang diambil dapat memberikan kesan yang diingini dan pada masa yang sama, tidak menyebabkan kesan yang mungkin memudaratkan kesihatan. Namun begitu, masih banyak orang beranggapan bahawa pengurusan ubat yang efektif hanya merangkumi pengambilan dan penyimpanan ubat dengan cara yang betul. Sebenarnya, pengurusan ubat yang baik seharusnya bermula daripada langkah mendapatkan ubat yang berdaftar dan berakhir dengan pelupusan ubat secara selamat.

---
1. Senario Semasa Pelupusan Ubat-ubatan yang Salah

Aspek pelupusan ubat lazim dipandang remeh oleh masyarakat kerana berpandangan bahawa ubat-ubatan boleh dilupuskan dengan kaedah yang sama seperti sisa domestik di rumah. Satu kajian yang telah dijalankan di Selangor pada tahun 2019 melibatkan sebanyak 426 responden dewasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menunjukkan bahawa majoriti daripada responden (84.9 peratus) membuang ubat-ubatan yang telah luput atau tidak digunakan lagi bersama-sama sisa domestik.

Dapatan yang hampir sama turut dilaporkan melalui kajian yang melibatkan hampir seribu responden di sekitar Lembah Klang pada tahun 2021. Dalam kajian ini, hampir dua per tiga daripada pesakit yang mempunyai penyakit kronik melupuskan ubat-ubatan yang tidak digunakan, sama ada ke dalam tong sampah domestik, mangkuk tandas, longkang atau memberikannya kepada orang lain.

---
2. Faktor yang Menyebabkan Ubat-Ubatan Berlebihan dan Perlu Dilupuskan

Kedua-dua kajian tersebut turut menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan ubat-ubatan berlebihan di rumah hingga perlu dilupuskan. Antaranya termasuklah:

a. Pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan di kemudahan kesihatan walaupun masih mempunyai bekalan yang mencukupi di rumah.

b. Pertukaran ubat-ubatan oleh doktor yang merawat berdasarkan status kesihatan semasa pesakit.

c. Tabiat membeli ubat-ubatan tanpa keperluan dan semata-mata disimpan untuk situasi kecemasan.

d. Ketidakpatuhan pengambilan ubat-ubatan, terutamanya dalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit kronik.

e. Pesakit mengalami kesan sampingan yang mengganggu kualiti hidup dan seterusnya berhenti mengambil ubat-ubatan tersebut.

f. Pesakit menghentikan rawatan apabila sudah berasa sihat atau kerana ingin mengambil produk tradisional sebagai alternatif.

---
3. Kesan Pelupusan Ubat-ubatan dengan Cara yang Salah

Kepentingan melupuskan ubat-ubatan dengan cara yang betul dan selamat perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana kaedah pelupusan yang salah mengakibatkan kesan negatif, bukan sahaja kepada manusia, bahkan kepada alam sekitar.

Pembuangan ubat-ubatan bersama-sama sisa domestik ke dalam tandas atau sinki di rumah ataupun secara langsung ke dalam sistem pengaliran boleh meninggalkan sisa farmaseutikal dalam sumber air seperti sungai, tasik, kolam dan laut. Sumber air ini juga yang akan dirawat dan diproses untuk kegunaan aktiviti seharian manusia, contohnya dijadikan sebagai sumber air minuman.

Banyak kajian saintifik telah dijalankan untuk mengesan kehadiran sisa farmaseutikal di dalam kawasan perairan serta mengukur tahap kepekatan dan menilai kesan sisa farmaseutikal ini kepada kualiti sumber air minuman, hidupan akuatik dan kesihatan manusia. Sebagai contohnya, satu kajian pada peringkat global pada tahun 2021 telah mendapati bahawa sampel air sungai yang diambil di 1052 lokasi kajian di 104 negara di seluruh dunia dikesan mengandungi sisa farmaseutikal.

Tambah membimbangkan, sampel yang diambil daripada Sungai Langat di Malaysia turut didapati mempunyai kepekatan sisa farmaseutikal yang tinggi dan tersenarai dalam 20 sungai teratas yang tercemar. Antara sisa farmaseutikal yang paling banyak dikesan termasuklah carbamazepine (ubat antiepileptik), metformin (ubat antidiabetes) dan kafein.

Risiko terhadap kesihatan manusia berkemungkinan untuk meningkat sekiranya manusia terdedah kepada sisa farmaseutikal yang terdapat dalam sumber air minuman dalam suatu tempoh yang panjang. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan sisa farmaseutikal dapat mengganggu fungsi sistem utama badan seperti sistem endokrin dan sistem saraf serta meningkatkan risiko penyakit kanser.

Sisa farmaseutikal daripada kump**an ubat antimikrobial seperti antibiotik p**a boleh menyumbang kepada isu kerintangan antimikrobial. Sekiranya masalah ini tidak dikekang, sistem kesihatan akan berhadapan dengan situasi yang lebih serius pada masa akan datang, iaitu apabila tiada lagi ubat antimikrob yang dapat digunakan untuk merawat jangkitan mikroorganisma dan boleh menyebabkan kematian.

Kaedah pelupusan ubat-ubatan yang salah turut menyebabkan pencemaran alam sekitar dan memberikan kesan terhadap hidupan yang berada di dalam ekosistem tersebut. Sebagai contohnya, beberapa kajian yang dilakukan pada tahun 2000-an menunjukkan bahawa pencemaran sungai dan tasik dengan sisa ubat perancang kehamilan telah menyebabkan ikan dewasa yang mendiami habitat tercemar tersebut bertukar jantina daripada jantan kepada betina. Bukan itu sahaja, sisa farmaseutikal ini juga berkemungkinan untuk kekal dalam rantaian makanan, bermula dengan plankton yang menjadi sumber nutrisi haiwan akuatik dan berakhir dengan manusia yang menjadikan haiwan tersebut sebagai makanan.

---
4. Strategi Menangani Isu Pelupusan Ubat-ubatan yang Salah

Menyedari kesan yang serius akibat pelupusan ubat-ubatan yang salah, amalan ini harus dihentikan segera. Kesedaran tentang kepentingan melupuskan ubat-ubatan dengan cara yang betul perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat harus diberikan pendedahan tentang kaedah pelupusan ubat-ubatan yang sepatutnya.

Orang awam harus memastikan bahawa ubat-ubatan yang telah rosak, luput atau tidak digunakan lagi tidak dibuang ke dalam tong sampah domestik, tandas atau sinki. Sebaliknya, bawa ubat-ubatan yang hendak dilupuskan ke pusat pengump**an di kemudahan kesihatan awam dan swasta serta premis farmasi rantaian yang terpilih.

Dari pusat pengump**an, ubat-ubatan ini akan dibawa ke pusat pelupusan untuk dilupuskan dengan cara membakarnya pada suhu yang sangat tinggi di dalam insinerator. Melalui kaedah ini, tiada sisa farmaseutikal yang masuk ke dalam sistem perairan.

Pihak kerajaan juga kini dalam usaha untuk memperkenalkan program MyMediSAFE, iaitu inisiatif yang memberikan fokus kepada pelupusan ubat-ubatan yang selamat. Inisiatif ini akan dilaksanakan secara kerjasama dengan pelbagai rakan strategik dari sektor awam dan swasta yang meliputi kemudahan kesihatan, farmasi komuniti, syarikat dan industri farmaseutikal.

Melalui inisiatif ini, orang awam boleh melayari laman web untuk mengenal pasti pusat pengump**an ubat-ubatan yang berhampiran dengan lokasi mereka. Selain itu, pelbagai maklumat berkaitan dengan pelupusan ubat-ubatan yang betul akan dikongsikan menerusi laman web tersebut.

Amalan pelupusan ubat-ubatan yang salah boleh juga diatasi dengan memastikan tiada ubat-ubatan yang berlebihan dalam simpanan pesakit. Sehubungan dengan itu, pesakit disarankan agar sentiasa patuh kepada rawatan.

Ketika mendapatkan bekalan ubat-ubatan, mereka harus bertindak proaktif dengan memaklumkan baki ubat-ubatan yang masih terdapat di rumah kepada petugas kesihatan supaya ubat-ubatan yang diperlukan sahaja dapat diberikan dalam kuantiti yang secukupnya. Elakkan juga daripada membeli ubat-ubatan tanpa keperluan. Hal ini dapat mengelakkan isu lambakan ubat di rumah.

---
5. Semua Pihak Harus Memainkan Peranan Masing-masing

Pelupusan ubat-ubatan dengan kaedah yang betul bukan sahaja penting untuk memastikan pengurusan ubat-ubatan yang baik di rumah, malah amalan ini dapat membantu mengurangkan risiko kesan negatif kepada kesihatan manusia dan melindungi alam sekitar daripada pencemaran. Oleh hal yang demikian, usaha menangani isu pelupusan ubat-ubatan yang salah perlu disokong sepenuhnya oleh semua pihak.

Walaupun peranan yang boleh dimainkan mungkin berbeza, namun tindakan yang saling melengkapi dapat membantu merealisasikan hasrat murni ke arah kelestarian alam sekitar demi generasi akan datang. Pelupusan ubat-ubatan secara selamat merupakan tanggungjawab semua.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut tentang penggunaan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1800-88-6722. Talian dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali pada cuti umum).

Pautan penuh di komen.

Ikuti kami di Kenali Ubat Anda untuk pelbagai informasi berkaitan ubat-ubatan.

Semak status notifikasi kosmetik sebelum membuat pembelian bagi memastikan ia adalah selamat untuk digunakan.
11/10/2024

Semak status notifikasi kosmetik sebelum membuat pembelian bagi memastikan ia adalah selamat untuk digunakan.


Kosmetik adalah bahan yang digunakan pada luar tubuh badan untuk tujuan membersihkan, mewangikan, mengubah rupa, memperbaiki bau badan, melindungi, atau mengekalkan dalam keadaan baik. Terdapat 4 tips penting yang anda perlu tahu sebelum membeli sebarang kosmetik bagi memastikan ia adalah selamat untuk digunakan dan tidak memberi kesan mudarat kepada anda.

Awas, kosmetik mengandungi racun ! Para pengguna disarankan untuk tidak menggunakan kosmetik ini. Notifikasi kosmetik in...
02/10/2024

Awas, kosmetik mengandungi racun !

Para pengguna disarankan untuk tidak menggunakan kosmetik ini. Notifikasi kosmetik ini juga telah dibatalkan.


30/09/2024

Kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS)

30/09/2024

Belilah ubat dari penjual yang sah!


30/09/2024

Waspada pembelian ubat dalam talian. Semak sebelum beli.


30/09/2024

Awas! Ubat tiruan boleh membawa maut


Lupuskan ubat dengan cara yang selamat 💊. Layari www.mymedisafe.org.my untuk mengetahui lebih lanjut kaedah pelupusan ub...
29/09/2024

Lupuskan ubat dengan cara yang selamat 💊. Layari www.mymedisafe.org.my untuk mengetahui lebih lanjut kaedah pelupusan ubat

Address

Lot 125, Taman Maktab, Pengkalan Chepa
Kota Bharu
16100

Telephone

097730586

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan:

Videos

Share