26/06/2026
Alhamdulillah syukur kerana karnival berlangsung dengan jayanya. Tahniah buat para pemenang dan terima kasih kepada semua pasukan yang bertanding.
Terima kasih juga buat KBS Kelantan dan Rakan Muda serta Amal Ambulans di atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan karnival ini. Tidak lupa juga para urusetia karnival yang sentiasa berusaha bagi memastikan program berjalan dengan lancar.
Penganjur juga ingin memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan semasa karnival berlangsung. InsyaAllah kita berjumpa lagi di edisi seterusnya.