08/06/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YBhg. Pengerusi PERKEP Kelantan,
YBhg Naib Pengerusi PERKEP Kelantan,
Puan2 Ketua Biro,
Puan2 Pengerusi Daerah
Pada 7 JUN 2026, YBhg Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh Munirah Binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Karnival Jom Heboh 2026 Negeri Kelantan dan membuat perjumpaan bersama PERKEP Kontinjen Kelantan seperti berikut:
1️⃣ *MESYUARAT PENYELARASAN JOM HEBOH 2026*
Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi
Tempat : Dewan Mesyuarat Utama, IPK Kelantan
KEHADIRAN
✅ PERKEP MALAYSIA
1️⃣ YBhg. Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh Munirah Binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia;
2️⃣ YBhg Datin Sri Hjh Selmiah Binti Tuan Ibrahim, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan merangkap Biro Kebajikan PERKEP Malaysia ;
3️⃣ YBhg Datin Syamson Syuhaila Binti Razali, Naib Pengerusi PERKEP KDNKA merangkap Wakil Biro Industri Kecil dan Sederhana PERKEP Malaysia;
4️⃣ ASP Noor Hasliza Binti Mohd Yusoff, Pen. SU II Bukit Aman
✅ PERKEP KONTINJEN KELANTAN
1️⃣ YBhg Datin Hjh. Hasnizan Binti Hasan, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan;
2️⃣ Ketua - ketua Biro PERKEP Kn;
3️⃣ Semua Pengerusi PERKEP Daerah;
4️⃣ Ahli - ahli Jawatankuasa PERKEP Kn;
5️⃣ Semua Setiausaha PERKEP Daerah
✅ PERKEP PGA Batalion 8
1️⃣ Pengerusi PERKEP
2️⃣ NAIB Pengerusi PERKEP
3️⃣ SU PERKEP
✅ AGENDA MESYUARAT
➡️ Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg Pengerusi PERKEP Kelantan.
➡️ Taklimat ringkas oleh SU PERKEP Kn berkaitan cadangan barangan jualan dan promosi Karnival Jom Heboh 2026.
➡️ Ucapan YBhg Puan Sri Datuk (Dr.) Pengerusi PERKEP Malaysia:
▪️Mengucapkan terima kasih atas persediaan dan komitmen PERKEP Kn walau makluman lawatan diterima dalam tempoh yang singkat.
▪️Tujuan Mesyuarat diadakan untuk membincangkan penglibatan dan persiapan program Karnival Jom Heboh Kelantan yang akan diadakan pada 25 hingga 27 Jun 2026, bertempat di FAMA, RTC Tunjung, KB, Kelantan.
▪️Objektif program adalah untuk mempromosikan produk serta aktiviti ussahawan dan IKS ahli - ahli PERKEP. Secara tidak langsung menjana ekonomi dan pendapatan. Selain daripada itu program ini juga membuka ruang kepada PERKEP untuk menjalin hubungan bersama pihak media dan komuniti setempat serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli PERKEP.
▪️Menaruh harapan tinggi agar PERKEP Kn mengambil peluang yang diberikan ini dengan memberi komitmen sepenuhnya.
▪️Tapak dan khemah percuma disediakan oleh pihak Media Prima.
▪️Kos operasi ditanggung PERKEP Kontinjen Kelantan dan ahli PERKEP yang berniaga.
▪️PERKEP Pusat memberi sumbangan sebanyak RM 1000 untuk kos hiasan khemah.
▪️Do' ✅and Don't's ❌
✅ WAJIB ADA di booth sepanjang waktu Jom Heboh
✅ PROAKTIF promosi produk
✅ Kuantiti makanan yang CUKUP sepanjang Karnival
❌ Booth TIDAK BOLEH TUTUP AWAL
❌ Tidak PROAKTIF / MALAS!!!
▪️Semua ahli PERKEP daripada jabatan dan daerah wajib melibatkan diri serta saling membantu walaupun menu yang dicadangkan tidak terpilih. Jadual penugasan di khemah jualan perlu disediakan.
▪️Pastikan barangan yang dijual berkualiti dan tidak rosak / basi.
▪️Laporan bergambar dan hasil jualan dihantar setiap hari bermula daripada hari persiapan (24 hingga 27 Jun 2026) kepada PERKEP Pusat .
▪️*Timeline* Karnival Jom Heboh 2026 untuk tindakan dan panduan PERKEP Kontinjen Kelantan.
▪️Menyerahkan kepada pihak PERKEP Kontinjen Kelantan untuk memilih produk jualan.
▪️WOW FACTOR # KEUNIKAN # KEISTIMEWAAN # produk jualan akan menjadi tarikan utama pengunjung ke booth jualan.
▪️Pihak Media Prima akan membantu mempromosikan khemah jualan PERKEP.
▪️Berharap PERKEP Kn memberikan komitmen yang tinggi kerana menjadi tanda aras memandangkan Jom Heboh akan disertai oleh PERKEP Kontinjen lain dimasa akan datang.
➡️ Mesyuarat selesai pada jam 10.30 pagi.
2️⃣ *PERJUMPAAN YBHG PUAN SRI DATUK (DR.) PENGERUSI PERKEP MALAYSIA BERSAMA WARGA PERKEP KONTINJEN KELANTAN*
Tarikh : 07 Jun 2026
Masa : 1030 pagi hingga 12.45 tengahari
Tempat : Dewan Tun Salleh, IPK Kelantan
✅ KEHADIRAN
Seramai lebih kurang 70 orang ahli PERKEP termasuk Ketua - ketua Biro Jabatan, Semua Pengerusi Daerah, semua AJK Jabatan / wakil, semua Setiausaha Daerah dan ahli - ahli PERKEP Jabatan dan daerah.
✅ UCAPAN YBHG PUAN SRI DATUK (DR.)
1️⃣Merakamkan penghargaan kepada PERKEP Kontinjen Kelantan atas sambutan yang diberikan.
2️⃣ Menekankan kepentingan peranan PERKEP dalam membantu meningkatkan kesejahteraan keluarga Polis Darija Malaysia melalui pelbagai program kebajikan, Pendidikan dan pembangunan komuniti. Antaranya :
▪️PERKEP Malaysia telah mengadakan MoU dengan Kolej Universiti Antarabangsa Spectrum (KUAS) yang memberi peluang kepada anak - anak polis melanjutkan pelajaran di universiti dengan tawaran penginapan percuma.
▪️Amanah Ikhtiar Malaysia juga bersedia untuk memberi pinjaman kepada ahli - ahli PERKEP yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan dan sebagainya.
2️⃣ Menekankan konsep kebersamaan dalam PERKEP kerana ia adalah kunci utama dalam mewujudkan suasana harmoni dikalangan warga PERKEP. Kebersamaan juga akan mengurangkan jurang PERKEP Kontinjen dan Pusat.
3️⃣ Konsep kesamarataan juga penting dalam persatuan agar semua pihak mendapat layanan yang adil dan sama rata.
4️⃣ Menyeru ahli PERKEP agar saling bekerjasama dan memberi sokongan dalam setiap aktiviti PERKEP. Meningkatkan semua ahli PERKEP agar melibatkan diri dalam program Karnival Jom Heboh.
✅ SESI SOAL JAWAB
1️⃣ YBhg Puan Sri Datuk (Dr.) berbesar hati memberi peluang kepada ahli PERKEP untuk sesi soal jawab
2️⃣ Turut mengambil peluang berkenalan dengan Ketua - ketua Biro dan semua Pengerusi PERKEP
✅ SESI BERGAMBAR
Majlis diakhir dengan sesi bergambar YBhg Puan Sri Datuk (Dr.) dan delegasi bersama warga PERKEP Kontinjen Kelantan.
3️⃣ *LAIN - LAIN PERKARA*
YBhg Puan Sri Datuk (Dr.) Pengerui PERKEP Malaysia bersama delegasi Turut mengadakan kunjungan hormat kepada YDH Ketua Polis Kelantan
4️⃣ *ULASAN*
▪️Kehadiran YBhg Puan Sri Datuk (Dr.), Pengerusi PERKEP Malayasia ke Kontinjen Kelantan telah menyuntik semangat dan motivasi kepada ahli - ahli PERKEP untuk terus aktif melibatkan diri dalam pelaksanaan program serta memperkukuhkan komitmen terhadap matlamat dan aspirasi organisasi.
▪️Perjumpaan Pengerusi PERKEP Malaysia bersama PERKEP Kelantan amat bermakna dan dihargai oleh seluruh warga PERKEP Kontinjen Kelantan. Semoga menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara PERKEP Kontinjen dan Pusat.
5️⃣*GAMBAR DISERTAKAN*
SRIKANDI PERKEP: BUDAYA DIMARTABAT, WANITA DIJULANG
Sekian, terima kasih
Disediakan Oleh:
DSP SALWARI BINTI HASHIM
Setiausaha PERKEP Kelantan
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸