Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Kelantan

Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Kelantan, Non-Governmental Organization (NGO), Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM PENGAKAP ⚜️🫡Pasukan Pengakap Kelana B – Black Furry Rovers dengan penuh rasa tanggungjaw...
24/12/2025

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM PENGAKAP ⚜️🫡

Pasukan Pengakap Kelana B – Black Furry Rovers dengan penuh rasa tanggungjawab kemanusiaan akan melaksanakan :

Misi Bantuan Kemanusiaan ke Aceh, Indonesia

pada 30 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026

Sehubungan itu, kami dengan penuh rendah hati memohon sumbangan kewangan daripada tuan/puan bagi membantu kami menyalurkan keperluan asas dan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan di sana.

Setiap sumbangan yang dihulurkan, walaupun kecil nilainya, amat besar maknanya buat mereka yang sedang diuji. Semoga segala kebaikan tuan/puan dibalas dengan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan ganjaran pahala yang berpanjangan.

“Bukan berapa banyak yang kita beri, tetapi keikhlasan itulah yang meringankan beban mereka yang sedang diuji.”

Terima Kasih atas perhatian dan sokongan murni untuk Misi Kemanusiaan ini. Semoga Allah permudahkan urusan dan sentiasa melimpahi anda dengan rezeki berkat dan tidak putus putus.

In sha Allah. Aamiin 🤲🏻

International Scout Youth Leader Forum 2025Seramai tiga orang wakil daripada Pengakap Kelana Kelantan telah menyertai Fo...
02/08/2025

International Scout Youth Leader Forum 2025

Seramai tiga orang wakil daripada Pengakap Kelana Kelantan telah menyertai Forum SYL 2025 yang berlangsung dengan jayanya di negeri Terengganu. Forum ini merupakan platform penting yang menghimpunkan belia daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi pandangan, membina jaringan dan memperkasa suara generasi muda dalam pelbagai isu semasa.

Penyertaan ini memberi peluang kepada peserta untuk memperluas pengetahuan serta meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pemikiran kritis melalui sesi dialog, bengkel interaktif dan perkongsian pengalaman bersama tokoh-tokoh inspirasi. Selain itu, forum ini juga membuka ruang untuk para peserta menyuarakan pandangan serta mencadangkan inisiatif yang membina dan progresif demi pembangunan Pengakap dan belia yang lebih mampan.

Kehadiran wakil dari organisasi ini bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap pembangunan generasi muda, malah menjadi medium penting untuk menyumbang idea dan tenaga dalam usaha memperkukuhkan peranannya di peringkat negeri dan kebangsaan.


1 Ogos merupakan Sambutan World Scout Scarf Day, marilah kita semua warga Pengakap di seluruh dunia menyarungkan skarf d...
01/08/2025

1 Ogos merupakan Sambutan World Scout Scarf Day, marilah kita semua warga Pengakap di seluruh dunia menyarungkan skarf dengan bangga sebagai simbol perpaduan, identiti, dan semangat kepengakapan!
🔥 Teruskan menyemarakkan semangat Pengakap di mana jua anda berada.

PROGRAM TUNAS MADANI 30: TRANSISI KEPIMPINAN BELIA 2025Alhamdulillah, seramai tiga orang ahli Pengakap Kelana Kelantan t...
25/07/2025

PROGRAM TUNAS MADANI 30: TRANSISI KEPIMPINAN BELIA 2025

Alhamdulillah, seramai tiga orang ahli Pengakap Kelana Kelantan telah berjaya mewakili Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) dalam Program Tunas Madani 30: Transisi Kepimpinan Belia 2025 yang telah berlangsung pada 4 hingga 6 Julai 2025 dan bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Pahang.

Penyertaan ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memperkasa barisan pelapis kepimpinan belia negeri, selaras dengan persiapan ke arah pelaksanaan pindaan Akta 668.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat diaplikasikan dalam membentuk kepimpinan muda yang berwibawa, progresif dan berintegriti untuk masa depan negara melalui kepengakapan.



Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahmad Shibli bin Salahuddin Penolong Ketua Persuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kelana),...
02/07/2025

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahmad Shibli bin Salahuddin Penolong Ketua Persuruhjaya Pengakap Negeri (Unit Kelana), atas pelantikan sebagai Naib Presiden 4 Majlis Gabungan Belia Kelantan bagi sesi 25/27.

Pelantikan ini merupakan satu penghormatan besar dan bukti pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen beliau dalam memajukan belia khususnya dalam arena kepengakapan dan pembangunan modal insan.

Semoga dengan pelantikan ini, beliau terus cemerlang, berinspirasi serta membawa perubahan positif demi kemajuan pengakap dan belia Kelantan.

⚜️PERKHEMAHAN KEAHLIAN, VIGIL DAN PELANTIKAN KELANASekitar 27 dan 28 Jun yang lepas telah berlangsungnya Perkhemahan Kea...
29/06/2025

⚜️PERKHEMAHAN KEAHLIAN, VIGIL DAN PELANTIKAN KELANA

Sekitar 27 dan 28 Jun yang lepas telah berlangsungnya Perkhemahan Keahlian, Vigil & Pelantikan Kelana yang dianjurkan oleh Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Kelantan.

Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini telah disertai oleh 19 orang dan bertempat di Kem Kijang, Kota Bharu.

Objektif utama program kali ini adalah untuk memberikan pendedahan, pengalaman dan latihan kepada setiap ahli pengakap, khususnya dalam unit Pengakap Kelana berkaitan proses mengenal diri dan nilai-nilai murni dalam kepengakapan. Selain itu, program kali ini juga bertujuan untuk menguji kemahiran, disiplin dan semangat kerjasama sesama ahli.

Assalamualaikum Tn/Pn....Salam Pengakap!!!!*Perkhemahan Lencana Keahlian, Vigil Dan Pelantikan Kelana*Tarikh : 27-28 Jun...
23/06/2025

Assalamualaikum Tn/Pn....
Salam Pengakap!!!!

*Perkhemahan Lencana Keahlian, Vigil Dan Pelantikan Kelana*

Tarikh : 27-28 Jun 2025
Tempat : Kem Kijang
Penyertaan : Pengakap Kelana

Untuk Pendaftaran 👉
https://tekan.la/kelana
https://tekan.la/kelana

Mohon sebarkan di daerah masing-masing.

Terima Kasih.

ASC Kelana
01115679365

Assalamualaikum Dan Salam Pengakap !!*Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Pasir Mas* Dengan Kerjasama *Pasukan Pengakap K...
23/12/2021

Assalamualaikum Dan Salam Pengakap !!

*Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Pasir Mas* Dengan Kerjasama *Pasukan Pengakap Kelana B - Blackflurry Pasir Mas*

Akan Mengadakan *Misi Bantuan Banjir Ke Negeri Pahang*

*Pada 27 - 29 DISEMBER 2021*

Dengan Ini Pihak Kami Dengan Rendah Diri Menjemput Anda Semua Untuk Sama Sama Membantu Memberikan

SUMBANGAN BERBENTUK :

🍞 *BARANGAN KEPERLUAN ASAS*

🧹 *BARANGAN KEPERLUAN PROSES PEMBERSIHAN*

💰 *SUMBANGAN WANG TUNAI*

ATAU *APA SAHAJA KEPERLUAN YANG ANDA INGIN BERIKAN KEPADA MANGSA BANJIR DI NEGERI PAHANG*.

Sumbangan Boleh Diberikan Melalui Akaun :

*BLACKFLURRY ROVERS EMPIRE*
*CIMB BANK:* *8602886503*
REFERENCE : MISI BANTUAN BANJIR

SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS ATAU SUMBANGAN ALATAN PEMBERSIHAN HENDAKLAH DISAMPAIKAN PD KAMI *SEBELUM 27 DISEMBER 2021*

Untuk Maklumat Lanjut Berhubung Misi Bantuan Banjir Ini Boleh Hubungi Pihak Kami :

01128589718 – *Along*
0179079802 – *Aifaa*
0179250398 – *Ayong*

Address

Jalan Pantai Cahaya Bulan
Kota Bharu
15350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share