22/09/2026
Tahun ketiga kembali menyantuni para veteran tentera sempena bulan Merdeka dan Hari Malaysia. Alhamdulillah.
Seramai 60 veteran tentera daripada pelbagai cabang perkhidmatan (TDM, TLDM, & TUDM) diraikan dalam satu majlis ringkas di Dewan PVATM, Seremban, Negeri Sembilan. Apa yang mengujakan kerana sebahagian mereka tidaklah hadir semata menerima sumbangan itu, tetapi lebih kepada mahu mengambil semangat dengan bertemu sahabat seperjuangan lama.
Selain beg makanan dan barangan keperluan asas, agihan turut menyerahkan sumbangan perubatan yang diperlukan sebahagian veteran termasuk 16 buah kerusi roda, tongkat, lampin pakai buang, peranti jagaan kendiri (self-monitored devices), susu formula khas, dan ubat-ubatan.
Nilai sumbangan ini mungkin kecil di mata kita, namun besar sejuta makna buat para perwira yang menerimanya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terus setia bersama .
Tanpa sokongan anda, misi menghargai keringat dan pengorbanan para pejuang ini tidak akan mampu diteruskan sampai kali ini.
Terima kasih, rakyat Malaysia yang budiman 🇲🇾
Bersama KHOM MALAYSIA, kita hargai