Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan

Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan Menguruskan kebajikan, keperihatinan, serta ambil cakna ahli-ahli Veteran ATM adalah matlamat kami khususnya PV ATM Negeri Kelantan

01/03/2026
16.11.2024 (Sabtu) -  Majlis Ramah Mesra YB Zahari bin Kechik Parlimen Jeli Bersama PVATM Cawangan Jeli turut dijemput d...
17/11/2024

16.11.2024 (Sabtu) - Majlis Ramah Mesra YB Zahari bin Kechik Parlimen Jeli Bersama PVATM Cawangan Jeli turut dijemput dan hadir bersama Yang DiPertua PVATM Negeri Kelantan, Pegawai Tadbir Negeri, AJKN/KC Gua Musang dan Pasir Tumboh

10.11.2024 (Sabtu) - Program Veteran Desa Madani di Kawasan Tanah Merah Bersama Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Tu...
12/11/2024

10.11.2024 (Sabtu) - Program Veteran Desa Madani di Kawasan Tanah Merah Bersama Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Turut hadir bersama Yang DiPertua PVATM Negeri Kelantan Dato' Sri Muhammad Abdul Ghani

Pada 10 Nov 2024, jam 10 pg mewakili Dato' Sri YDP iaitu Lt Kol Hj Abu Bakar Siddik Bin Sulaiman (Bersara) telah membuat...
12/11/2024

Pada 10 Nov 2024, jam 10 pg mewakili Dato' Sri YDP iaitu Lt Kol Hj Abu Bakar Siddik Bin Sulaiman (Bersara) telah membuat Kunjungan Hormat ke atas wakil YAB Menteri Besar Kelantan YB Tuan Zamakhshari bin Muhamad Exco Belia, Sukan, NGO & Perpaduan Masyarakat. Hasil perbincangan menambah baik PVATM Negeri menampakkan positif kepada PVATM. Turut hadir En. Zamzul Bin Zainal Abidin (NYDP 1), En. Mohd Lazim Bin Salleh (SUN) dan En. Wan Muhamad Bin Hj Wan Yusoff (Peg Tad)

3.11.2024 (Ahad) - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah ...
12/11/2024

3.11.2024 (Ahad) - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah mengadakan sesi dialog bersama Veteran ATM di Kota Bharu yang dihadiri seramai hampir 100 orang Veteran ATM bertujuan untuk mendengar keluhan serta cadangan daripada Veteran ATM, disamping berusaha mencari ruang penyelesaian bagi meningkatkan kesejahteraan masa depan mereka. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Yang DiPertua PVATM Negeri Kelantan Lt Kol Yusoff bin Hj Omar (B) bersama 45 orang Ahli PVATM Negeri Kelantan

*Suara PVATM Negeri Kelantan*2 Nov 2024- Program Cakna KP JHEV  Dan Majlis Serah Rumah Bina Baru Veteran ATM Negeri Kela...
12/11/2024

*Suara PVATM Negeri Kelantan*

2 Nov 2024- Program Cakna KP JHEV Dan Majlis Serah Rumah Bina Baru Veteran ATM Negeri Kelantan.
Timb YDP PVATM Negeri Kelantan , Lt Kol Yusoff bin Omar (Bersara) dan Isteri Puan Kamariah bt Jusoh ( Pengerusi Srikandi PVATM Negeri Kelantan) mengikuti program di atas yang melibatkan Program Cakna ke atas 9 orang veteran di sekitar Kota Bharu dan Bachok.
Manakala Majlis Serah Rumah Bina Baru Veteran berlansung di Bachok.
Program ini selesai pada jam 5.30 ptg.

1.11.2024 (Jumaat) - Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menyempurnakan Majlis Peng...
12/11/2024

1.11.2024 (Jumaat) - Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 455 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris di Kota Bharu, Kelantan. Turut hadir dalam Majlis Penganugerahan ini ialah Timbalan Yang DiPertua PVATM Negeri Kelantan Lt Kol Yusoff bin Hj Omar (B) mewakili Yang DiPertua.

*Berita Pantai Timur- PVATM Negeri Kelantan ( Aktiviti Sayap Srikandi)*Kota Bharu -26 Okt 2024 ( Sabtu).Satu. Mesyuarat ...
29/10/2024

*Berita Pantai Timur- PVATM Negeri Kelantan ( Aktiviti Sayap Srikandi)*
Kota Bharu -26 Okt 2024 ( Sabtu).
Satu. Mesyuarat Srikandi Negeri Kelantan Siri 2/2024 diadakan bertujuan untuk memilih Barisan Eksekutif dan AJK bagi sesi 2024-2027 di samping membincangkan aktiviti yang akan diadakan pada tahun 2025 terutama dalam aspek kebajikan ahli, hubungan dengan agensi Kerajaan dan NGO yang boleh membantu meningkatkan fungsi Sayap Srikandi.
Dua. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Pn Kamariah bt Jusoh, Pengerusi Srikandi Negeri yang baru dibantu oleh TYDP PVATM Negeri merangkap Penasihat Srikandi Negeri, Lt Kol Yusoff bin Omar ( Bersara).
Tiga. Mesyuarat merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan san terima kasih kepada Puan Zaidah bt Alias, mantan Pengerusi Srikandi Negeri di atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan untuk kejayaan Srikandi. Mesyuarat juga merakam ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En Ab Aziz bin Hj Awg Lah, mantan YDP PVATM Negeri yang sentiasa memberi sokongan kepada kegiatan Srikandi.
Empat. Mesyuarat juga melahirkan keyakinan di bawah kepimpinan YBhg Dato Sri Hj Muhammad bin Hj Abd Ghani, YDP PVATM Negeri Kelantan yang baru, Sayap Srikandi Negeri akan lebih berkesan dengan sokongan moral dan kewangan yang sewajarnya.
Lima. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Naib YDP 1, En Zamzul bin Zainal Abidin yang juga Ketua Cawangan PVATM Kuala Krai.
Enam. Mesyuarat ditanggohkan pada jam 1145 pagi.
Tujuh. Sekian, untuk maklumat semua.

Dari: Lt Kol Yusoff bin Hj Omar (Bersara)

*AKTIVITI PVATM NEGERI KELANTAN*Kota Bharu. 24 Sep 24 (Selasa)*KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YBHG DATO’ Sr HJ ZAMRI BIN ISMAI...
26/09/2024

*AKTIVITI PVATM NEGERI KELANTAN*

Kota Bharu. 24 Sep 24 (Selasa)

*KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YBHG DATO’ Sr HJ ZAMRI BIN ISMAIL (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN)- Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)*.

1:1 Kunjungan Hormat wakil Dato' Sri YDP iaitu Lt Kol Yusoff bin Hj Omar (Bersara) Timb. YDP, Lt Kol Abu Bakar Siddik bin Sulaiman ( Bersara) Naib YDP 2 dan En Wan Muhamad bin Wan Yusoff ( Peg Tadbir) telah melakukan Kunjungan Hormat ke atas YBhg Dato Sr Hj Zamri bin Ismail di Bangunan PKINK, Kota Bharu Jam 9.00 Pagi.

1:2 Pegawai Kanan PKINK yg turut hadir adalah: Ir. Hamzah bin Abdul Rahman (Timb. Ketua Peg Eksekutif Kumpulan - Perancangan dan Pembangunan), En Ahmad Nazri bin Ismail (Timb Ketua Pegawai Eksekutif - Hal Ehwal Korporat), Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman ( Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan) serta dua staff.

1:3 Tujuan Kunjungan adalah untuk meningkatkan jalinan kerja, bertukar pandangan , peluang latihan perniagaan kepada veteran dan bantuan nasihat kepakaran.

1:4 Perbincangan begitu positif serta follow up akan dibuat terutamanya dalam peluang kursus perniagaan/ keusahawaan dan nasihat kepakaran.

1:5 Perjumpaan di akhiri dengan sesi pertukaran cenderahati dan Jamuan Ringan.

1:6 Sekian, wassalam

*AKTIVITI PVATM NEGERI KELANTAN* - HADIR PROGRAM VETERAN DESA MADANI (PVDM) SIRI 3/2024 Rantau Panjang, 21 September 202...
26/09/2024

*AKTIVITI PVATM NEGERI KELANTAN* - HADIR PROGRAM VETERAN DESA MADANI (PVDM) SIRI 3/2024

Rantau Panjang, 21 September 2024 (Sabtu) - JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu telah melaksanakan PVDM bersama YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan bertempat di Dewan Sri Rantau, SK Sri Rantau Panjang 2, Rantau Panjang, Kelantan.

Program ini dimulakan dengan sesi YB Adly bin Zahari bertemu Veteran ATM dan penyerahan bakul rahmah. Program pada kali ini terdapat kelainan dari yang sebelumnya kerana menyediakan khidmat Kaunter Bertemu Timbalan Menteri Pertahanan, Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), Kaunter Bergerak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kaunter Bergerak JHEV ATM.

Turut hadir Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, YBhg Brigedier Jeneral Muzamil bin Hj Ali, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Tuan Hj Jasri bin Kasim, Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, En. Mazlan bin yaakob, Pengarah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT), Mejar Sharulanuar bin Baharom (Bersara), YBhg Dato' Sri Muhammad bin Hj Abdul Ghani Yang DiPertua PVATM Negeri Kelantan dan Pengerusi2 Persatuan/Kelab Veteran ATM Negeri Kelantan.

Program diteruskan dengan Lawatan TMP ke Kampung Tasik Pasir Putih, Rantau Panjang untuk melawat veteran B40, En Othman bin Adam dan menyerahkan Bantuan berbentuk Bakul Rahmah. Seterusnya, YB TMP bergerak ke Kolam Sangkar Ikan yang telah diusahakan oleh veteran En Elias bin Yaakob. Dalam lawatan tersebut, YB TMP telah menyampaikan sumbangan berupa 10 Ribu Benih Ikan Keli. YB TMP juga menyampaikan Sijil Penghargaan dan Plate Keusahawanan kepada Veteran ATM tersebut.

Address

Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

+6097485914

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan:

Share