Pengakap Kelantan

Call Directions

Pengakap Kelantan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan ( PPMNK ) FB account

Kota Bharu- 24-27  September 2026.Pengakap Kelantan dibawah seliaan unit program dengan bantuan ASC Kesenian Puan Mariam...
24/09/2026

Kota Bharu- 24-27 September 2026.

Pengakap Kelantan dibawah seliaan unit program dengan bantuan ASC Kesenian Puan Mariamah telah menyiapkan dua pasukan tarian yang terdiri daripada unit PKK dan PM/PR. Turut menyertai pertandingan adalah pasukan Pioneering yang terdiri daripada ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

.

SEKALUNG TAHNIAH 🏆✨Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Majlis Penganugerahan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) P...
15/09/2026

SEKALUNG TAHNIAH 🏆✨

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Majlis Penganugerahan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan 2026, sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap belia yang telah menunjukkan ketokohan, kepimpinan serta sumbangan yang memberi impak kepada masyarakat.

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan berasa amat berbangga atas pencapaian Nur Yasmin Binti Mohd Nasir, Mantan Pengerusi Pasukan Pengakap Kelana B - Blackflurry Rovers Pasir Mas merangkap Timbalan Bendahari Majlis Pengakap Daerah Pasir Mas, yang telah berjaya merangkul Naib Johan Kategori Individu Wanita.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi merupakan pengiktirafan terhadap segala usaha, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan melalui gerakan Pengakap serta kepada masyarakat.

Antara sumbangan dan penglibatan beliau yang telah memberi impak adalah:

✨ Projek Pembinaan Semula Madrasah Hj. Senik di Kampung Pak Limah Salor
— Projek Scouts of the World Award

✨ Delegasi Program Aceh Rovers Way

✨ Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Bandang di Aceh

✨ Projek Face Shield untuk frontliners

Sesungguhnya, pencapaian ini membuktikan bahawa Pengakap bukan sekadar sebuah gerakan, tetapi sebuah wadah untuk membentuk generasi yang berani memimpin, cekal berkhidmat dan bersedia turun ke lapangan untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tahniah Nur Yasmin!

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Pengakap Negeri Kelantan untuk terus melangkah lebih jauh, mencipta lebih banyak impak dan mengangkat nama Pengakap di persada negara.

Teruskan berkhidmat.
Teruskan memimpin.
Teruskan mencipta perubahan.

Kerana seorang Pengakap tidak menunggu peluang untuk menjadi hebat , seorang Pengakap mencipta peluang untuk memberi manfaat.

Tahniah dan syabas daripada seluruh warga Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan!

JAMBORI MALAYSIA KE-15, PULAU PINANG28 Ogos hingga 04 September 2026.Jambori Malaysia ke-15 telah melabuhkan tirai. Kena...
05/09/2026

JAMBORI MALAYSIA KE-15, PULAU PINANG

28 Ogos hingga 04 September 2026.

Jambori Malaysia ke-15 telah melabuhkan tirai. Kenangan indah terpahat kemas di ingatan setiap peserta jambori pada kali ini. Jambori bukan sekadar untuk perpaduan dan menghubungkan silaturrahim semata-mata tetapi lebih daripada itu.

Tahniah, kontinjen Kelantan di atas pencapaian yang cemerlang. Kita abadikan kenangan kali ini supaya menjadi motivasi pada masa hadapan.

Ketua Kontinjen Kelantan Myjam15.

3 September 2026/ KhamisMajlis Pengalungan Manikayu telah berlangsung di Jambori Malaysia ke 15. Pulau Pinang selaku tua...
05/09/2026

3 September 2026/ Khamis
Majlis Pengalungan Manikayu telah berlangsung di Jambori Malaysia ke 15. Pulau Pinang selaku tuan rumah tahun ini telah mengadakan majlis tersebut di dalam Perhimpunan Gilwell tahun ini. Tahniah tuan Lt Ascherin Adam LT. PK. PB atas pencapaian Manikayu 4 Butir yang merupakan pengiktirafan sebagai Jurulatih Antarabangsa.

HARI TERBUKA KONTINJEN KELANTANTarikh : 30 Ogos 2026Tempat : Tapak Perkhemahan Negeri KelantanKemeriahan turut dikongsi ...
31/08/2026

HARI TERBUKA KONTINJEN KELANTAN

Tarikh : 30 Ogos 2026
Tempat : Tapak Perkhemahan Negeri Kelantan

Kemeriahan turut dikongsi bersama. Terima kasih kepada semua yang hadir dan turut serta memeriahkan majlis ini. Tetamu juga turut disajikan dengan persembahan tarian dan kawad selamat datang daripada peserta pengakap SMK Belimbing yang mewakili pengakap Daerah Tanah Merah, Kelantan.

KONTINJEN KELANTAN KE JAMBORI MALAYSIA KALI KE-15, PULAU PINANG.Tarikh : 28 Ogos - 4 September 2026Tempat : Bandar Cassi...
31/08/2026

KONTINJEN KELANTAN KE JAMBORI MALAYSIA KALI KE-15, PULAU PINANG.

Tarikh : 28 Ogos - 4 September 2026
Tempat : Bandar Cassia, Batu Kawan Pulau Pinang.
Kapasiti kekuatan: 220 orang peserta

Soalan: Siapakah personaliti di dalam gambar ini?
05/08/2026

Soalan:
Siapakah personaliti di dalam gambar ini?

Lencana Kontinjen Kelantan ke Jambori Malaysia ke-15, Penang. Jumpa di sana.
02/08/2026

Lencana Kontinjen Kelantan ke Jambori Malaysia ke-15, Penang. Jumpa di sana.

📍 MAJLIS KUNJUNG HORMAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI KELANTAN KE PEJABAT PENGARAH PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN...
29/07/2026

📍 MAJLIS KUNJUNG HORMAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI KELANTAN KE PEJABAT PENGARAH PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

🗓️ Tarikh: 29 Julai 2026 (Rabu)
🕒 Masa: 3.00 Petang

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Kunjung Hormat ke Pejabat Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi dalam memperkasakan pembangunan sahsiah, kepimpinan dan pembentukan karakter generasi muda di Negeri Kelantan.

Delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan telah diketuai oleh:

🔹 YB Dato’ Hj Mohd Syahbuddin bin Hashim
Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kelantan

Bersama:
🔹 Hj Che Azmy bin Che Yusoff
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan

🔹 Ehsham bin Mat Hussin @ Setapha
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan

🔹 Hasnor Rizal bin Hassan
Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Kelantan

🔹 Muhammad Aizuddin bin Ab Alim
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan

Majlis ini menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama sebagai rakan strategik dalam menyokong agenda pendidikan negara melalui pelaksanaan pelbagai program kepengakapan yang memberi penekanan kepada pembangunan kepimpinan, disiplin, jati diri, kesukarelawanan dan pembentukan insan seimbang selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Semoga hubungan erat yang terjalin antara Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan akan terus diperkasakan demi melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin, berkemahiran dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

“Berilmu, Berdisiplin, Berbakti.”

PERKHEMAHAN LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026Tarikh pelaksanaan  : 16-19 Julai 2026...
19/07/2026

PERKHEMAHAN LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

Tarikh pelaksanaan : 16-19 Julai 2026
Tempat pelaksanaan : Kem Kijang
Penyertaan : 216 peserta

Kursus ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu. Hujan lebat pada malam terakhir tetap tidak mematahkan semangat para peserta. Rata-rata peserta menzahirkan rasa berpuas hati dan tetap menunjukkan semangat yang tinggi.


Address

Kota Bharu
15350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097743841

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengakap Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share