AMUK - Anak Muda Kelantan

AMUK - Anak Muda Kelantan Setiap orang punya suara, apa hasrat anda untuk negeri Kelantan kita ?

Kita berdiskusi lagi, kali ini bersama profesional muda Kelantan.
04/11/2022

Kita berdiskusi lagi, kali ini bersama profesional muda Kelantan.

Analisis Program Diskusi Anak Muda Kelantan:PRU 15 Siapa Pilihan TerbaikBerikut merupakan pendapat peribadi dan perkongs...
31/10/2022

Analisis Program Diskusi Anak Muda Kelantan:
PRU 15 Siapa Pilihan Terbaik

Berikut merupakan pendapat peribadi dan perkongsian analisis saya berkenaan hujah-hujah yang disampaikan oleh kedua-dua panel pada diskusi ini. Panel 1, Tuan Wan Mahussin (WM). Moderator menyatakan WM adalah seorang aktivis dan penggerak utama sebuah NGO Idealis Anak Muda. WM mempunyai segulung ijazah. Manakala Panel 2 adalah Tuan Farhan Samsuddin (FS). FS p**a dari NGO Cakna Milenial Tanah Merah. FS mempunyai master dan degree. WM secara jelasnya membawa ideologi UMNO apabila banyak menyerang kelemahan PAS Kelantan dan FS p**a mempertahankan PAS walaupun pada awalnya menyatakan bahawa kehadiran beliau pada malam itu tidak mewakili PAS mahupun kerajaan negeri.

1. [High-Potential Leader]

Jika saya memimpin sebuah parti politik, pasti dan yakinlah, kedua-dua anak muda ini akan saya angkat ke atas dan tonjolkan ke hadapan. Tidak ramai anak muda seperti mereka berdua ini yang berani berdiskusi secara berhadapan. Malah diperingkat presiden parti pun ada yang gugup bersoal jawab secara live apatah lagi Ketua Pemuda. Rugi yang teramat parti atau NGO kepada kedua-dua anak muda ini jika tidak menghargai bakat dan menggilap mereka dengan sebaiknya. Tertanya juga saya, mana pergi Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan juga Ketua Pemuda PAS? Kerana tajuk forum ini agak ‘berat’ dan serius bagi menentukan masa depan negeri tercinta.

2. WM: Saya tertarik dengan komentar salah seorang penonton di FB yang menyamakan gaya percakapan WM persis Ibrahim Ali dan YB Ahmad Said. Pada saya, WM lagi sesuai diumpamakan seakan Presiden UMNO, YB Zahid Hamidi. Semasa berucap, WM amat bertenaga dan bersemangat. Sikap sebegini ada bagusnya namun amat berbahaya kerana ia akan menjadikan beliau terlampau beremosi dan lari daripada tujuan atau landasan (tebolah). WM lebih cenderung kepada menyerang kerajaan PAS Kelantan dan bagi saya ianya tidak menjawab kepada motif dan konsep program iaitu sebuah diskusi memilih parti politik terbaik. Provokasi dan sorakan daripada penyokong yang hadir juga mencacatkan keharmonian forum diskusi.

3. Ada perkara yang saya amat setuju dengan hujah WM terutama sekali berkenaan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang lemah dan tidak kompeten.

4. FS: Quote paling menarik yang diungkap adalah ‘ubah tak semestinya tukar’. Saya andaikan ungkapan ini adalah untuk ubah (tukar) pemimpin PAS atau ubah dasar, corak pentadbiran PAS. Ramai audiens di FB amat bersetuju dengan ungkapan ini. FS dilihat sebagai seorang tenang walaupun berhadapan dengan WM yang berjiwa perang. Sikap professional beliau jelas dalam mengawal emosi dan ucapannya dibarisi dengan fakta, hadis dan disusun baik mengikut keutamaan.

5. Namun, pada sesi 2, soalan yang ditujukan pada WM kurang relevan dari segi susun ayatnya. Soalan berkaitan adakah WM tidak malu mengajak rakyat menyokong BN yang dicemari isu jenayah rasuah. Saya faham maksud soalan namun saya kurang bersetuju bentuk ayat soalan berkenaan.

6. Jika ditanya saya, mana satu panel pilihan saya, untuk ‘keseronokan’ (rasa ‘ghaa’, naik seh) saya memilih WM manakala untuk profesionalisme, saya memilih FS. Kepetahan WM berucap amat penting semasa berkempen nanti dan boleh dijadikan nadi utama BN dalam aktiviti gerak saraf. FS p**a sesuai dalam gerak strategik PAS. Sebagai rakyat marhaen, saya seronok mendengar ceramah berkobar-kobar seakan-akan oleh WM. Saya juga teruja mendengar ceramah yang sistematik dan berfakta sebagaimana FS. Dunia kini tanpa sempadan, maklumat penuh di hujung cari, dan saya yakin kedua-dua mereka akan menonjol suatu hari nanti.

7. Saya setuju dengan hujah FS yang menyatakan Kelantan dianak tirikan oleh Federal Govt (BN) suatu ketika dahulu. Saya rasa 90% orang Kelantan sedar akan ini. Semua yang dinyatakan oleh WM berkaitan jasa BN kepada rakyat Kelantan memang benar. Namun jika dibandingkan dengan negeri lain dan melihat keperluan kritikal yang dinafikan, double-standard ini memang wujud.

8. Ringkas dan realitinya, prestasi PAS Kelantan bagi saya telah merosot. ADUN PAS dibelenggu dengan prestasi yang merudum, tidak kreatif, tidak proaktif dan tidak bertenaga, maka menyebabkan pop**ariti menurun seterusnya menjejaskan imej parti. Saya amat berharap agar YB-YB tidak berkualiti, terlampau tua, terlampau lama di DUN ini tidak lagi dicalonkan pada siri PRU akan datang. Mana-mana parti yang memerintah Kelantan akan datang, wajar dan wajib untuk membangunkan Key Performance Indicator (KPI) yang efisien bagi setiap ADUN dan memantau seterusnya melaporkan pada umum sepanjang sepenggal memegang mandat rakyat.

Saya pinjam kata-kata FS sebagai nasihat kepada kedua-dua panel untuk dijadikan ingatan dalam perjuangan supaya lebih berhati-hati dan sentiasa bermuhasabah.

“‘BINTANG DI LANGIT BOLEH DIBILANG, TETAPI ARANG DI MUKA TIDAK SEDAR”

Sekian, terima kasih. Wallahu A'lam.

Semakin hangat Diskusi Anak Muda,Saksikan jam 9 Malam ini.
29/10/2022

Semakin hangat Diskusi Anak Muda,
Saksikan jam 9 Malam ini.

Bersama ikuti Diskusi malam ini 🫡
29/10/2022

Bersama ikuti Diskusi malam ini 🫡

Pastikan anda ikuti secara langsung pada Sabtu ini, jam 9 Malam di laman Facebook AMUK - Anak Muda Kelantan
27/10/2022

Pastikan anda ikuti secara langsung pada Sabtu ini, jam 9 Malam di laman Facebook AMUK - Anak Muda Kelantan

Kriteria calon pilihan Anak Muda Kelantan.
28/09/2022

Kriteria calon pilihan Anak Muda Kelantan.

26/09/2022

AMUK - Anak Muda Kelantan tidak akan wujud sekiranya Gentera Kelantan terus dilaksanakan mengikut tujuan sebenar penubuhan dan suara mereka didengari melalui perlantikan sebagai ADUN Belia Kelantan.

Perkara ini juga tidak akan timbul sekiranya ahli Gentera Kelantan yang diserap menjadi DUTA Belia Kelantan tidak bertindan fungsi yang sama.

Ahli Gentera dan ADUN Belia juga tidak akan bersungut merasakan usaha mereka dipersiakan sekiranya pimpinan kerajaan negeri Kelantan lebih mendengar dan bukan hanya mencatat program dalam buku pencapaian manifesto sahaja.

Tulisan ini bukanlah bermaksud anak muda tidak sabar, bukan juga bermaksud anak muda mencari kontroversi dan tidak fokus prestasi.

Akan tetapi inilah keluhan ahli-ahli Gentera, ADUN Belia dan anak muda yang biasa dengan program kerajaan negeri.

Kami ingin bersama dengan Kepimpinan Membangun Bersama Islam, siapa saja yang tidak bangga Kelantan satu-satunya Kerajaan Islam yang masih kekal sehingga kini sejak 1990.

Kebanggaan itu mesti terus dipupuk dengan penglibatan lebih ramai orang muda dalam pentadbiran untuk menjayakan program yang lebih mesra dan benar bermanfaat bagi mereka.

- Ini Zaman Kita -

25/09/2022

Mohon cadangan Tajuk dan Panel
untuk Diskusi seterusnya 👇

Kota Bharu, 24 September 2022 - Diskusi Anak Muda Kelantan.Suatu diskusi oleh 3 NGO (Persatuan Cakna Milenial Tanah Mera...
25/09/2022

Kota Bharu, 24 September 2022 - Diskusi Anak Muda Kelantan.

Suatu diskusi oleh 3 NGO (Persatuan Cakna Milenial Tanah Merah, SERUMPUN Kelantan, Pertubuhan PINTAR Pengkalan Chepa) mewakili anak muda di kawasan masing-masing sepakat menyetujui perihal kebaikan yang boleh dikecapi bersama.

Moderator Ustaz Muhamad Faruq selaku Pengerusi Pertubuhan Mukim Telipot Sejahtera mengacarakan Diskusi dengan soalan dan respon yang penuh harmoni daripada setiap panel.

Setelah selesai 3 pusingan Diskusi, bermula soal jawab dengan audien yang hadir di dewan.

Diskusi diakhiri dengan pernyataan bahawa perbincangan sebegini perlu terus subur bagi menjana idea pembangunan anak muda yang lebih berkualiti.

Anak muda penerus kepimpinan masa depan.

- Ini Zaman Kita -

Temujanji kita malam ini.
23/09/2022

Temujanji kita malam ini.

22/09/2022
22/09/2022

Kita bersama menggema suara

Kita semua berhak menuntut

Kerajaan Negeri yang lebih
mengutamakan anak muda

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMUK - Anak Muda Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share