Kopaka Kota Belud

Kopaka Kota Belud Kami mengusahakan kopi Arabica premium Sabah dari pergunungan Kota Belud bersama pekebun kecil, dari nurseri hingga pemprosesan. Daftar: 202069301636]

Kami juga menawarkan agro pelancongan lestari untuk pengalaman kopi yang autentik ☕️

[No. ✅ Visi kami:
'Mengungguli Industri Kopi di Sabah menjelang Tahun 2035'

✅ Misi kami:
Menyediakan sumber, pengetahuan, dan peluang kepada pekebun kecil kopi untuk meningkatkan pengeluaran hasil kopi Arabica yang berkualiti, sambil mempromosikan pelancongan agro yang lestari di Kota Belud.

✅ Senarai aktiviti

yang kami tawarkan:
1) Nurseri Kopi Arabica
2) Pengumpulan & Pemprosesan kopi
3) Pemasaran Kopi
4) Agro Pelancongan Kopi
5) Trek Hutan Simpan Kelas 1
6) Kedai Cucian Kereta

✅ Produk kami:
1) Bibit Kopi Arabica
2) Biji Kopi Beras (Green Beans)
3) Biji Kopi Panggang (Roasted Beans)
4) Kopi Serbuk Asli (Dry Grounded Coffee)

Kotoluadan IKMA atas suntikan ilmu kepada kami. Buat rakan sekoperasi,  KOPAKA sangat bersyukur atas perkongsian, dan ja...
15/05/2026

Kotoluadan IKMA atas suntikan ilmu kepada kami. Buat rakan sekoperasi, KOPAKA sangat bersyukur atas perkongsian, dan jaringan yang terjalin melalui kursus ini.

Kunkurad Coffee Farm: 1 tahun perjalanan.        ”
14/05/2026

Kunkurad Coffee Farm: 1 tahun perjalanan.

Kunkurad Coffee Farm, 13/5/2026: Satu penghargaan kepada pegawai-pegawai pertanian dari Seksyen Penyelidikan Tuaran dan ...
13/05/2026

Kunkurad Coffee Farm, 13/5/2026: Satu penghargaan kepada pegawai-pegawai pertanian dari Seksyen Penyelidikan Tuaran dan Pejabat Pertanian Daerah Kota Belud yang berkunjung ke Kunkurad Coffee Farm bagi mendapatkan sampel kopi untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan industri kopi tempatan.

Kerjasama ini amat bermakna dalam usaha memperkukuhkan kajian berkaitan kualiti, produktiviti serta pembangunan kopi Arabika tanah tinggi di kawasan Kadamaian, khususnya di Kg. Kiau Paka, Kota Belud. Diharapkan inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada para pekebun kecil serta membantu meningkatkan daya saing industri kopi Sabah pada masa hadapan.

05/05/2026

5/5/3026: Pejabat SKM Wilayah Pantai Barat (U): Terima kasih pegawai-pegawai SKM PB (U), Pn. Anasty, Pn. Yasmin & Pn. Fathin atas bimbingan keyin data KOPAKA ke sistem perakaunan Easy Coop. Overtime lagi diorg untuk menyiapkan tugasan kami. Terima kasih tak
terhingga atas komitmen dan pelayanan.

Terima kasih kepada bro Affendy kerana berkongsi aspirasi untuk membangunkan industri Kopi di Kota Belud.
03/05/2026

Terima kasih kepada bro Affendy kerana berkongsi aspirasi untuk membangunkan industri Kopi di Kota Belud.

27/04/2026

Penyertaan KOPAKA dalam program Sabah Food Fair di SICC pada 24-26/4/2026. Terima kasih kepada anggota petugas khususnya Roaster kami . Mathew Chiang. Terima Kasih juga kepada SKM atas peluang yang diberi.

27/04/2026

27/4/2026: Sekitar pemantauan kebun kopi Kunkurad untuk persijilan MyGAP. Terima kasih kepada pegawai-pegawai Pertanian Kota Belud.

24/04/2026

23/4/2026: Sesi pemantauan berkala & bimbingan daripada pegawai2 SKM PB(U).

24/04/2026

Anggota Muda KOPAKA sedang menggiling & membungkus Kopi Kiau untuk memenuhi tempahan.
Kopikiau - dari pokok ke cawan

24/04/2026

Kawasan berbatu di Kg. Kiau Paka bukan halangan untuk tanaman kopi Arabica — malah satu kelebihan. Saliran semula jadi yang baik membantu akar pokok lebih sihat, manakala ketinggian melebihi 1,300m memberikan suhu sejuk yang sesuai untuk menghasilkan kopi berkualiti tinggi.

Dengan pengurusan yang betul, kawasan ini berpotensi besar menghasilkan Kopi Kiau premium dari pergunungan Borneo.

Address

Kg. Kiau Paka
Kota Belud
89158

Telephone

+60147795255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kopaka Kota Belud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kopaka Kota Belud:

Share