Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Belud

Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Belud Laman Rasmi Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Belud

22/05/2026

The Ministry of Health has strengthened preparedness and monitoring measures following the World Health Organization’s declaration of Ebola as a Public Health Emergency of International Concern.

Current Ebola outbreaks have been reported in the Democratic Republic of Congo and Uganda. At this time, no Ebola cases have been reported in Malaysia.

If you have recently travelled to affected countries and develop symptoms within 21 days of returning, seek immediate medical attention.

Early detection and treatment can be lifesaving.

08/05/2026

Dalam dunia yang berdepan konflik, bencana dan krisis kemanusiaan, peranan organisasi seperti Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menjadi semakin penting. Sebagai badan auksiliari kepada kerajaan, BSMM memainkan peranan kritikal dalam melindungi orang awam, menyampaikan bantuan serta meningkatkan kesedaran terhadap Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa. Perbincangan ini mengupas peranan BSMM dalam konteks global dan cabaran masa kini.

23/04/2026
Kursus Pensijilan Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Peringkat Daerah...
18/04/2026

Kursus Pensijilan Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Peringkat Daerah Kota Belud 2026

Tarikh: 18 April 2026
Tempat: Bilik Seminar, SMKA Tun Said, Kota Belud

Kursus PPM&UUKA anjuran bersama PPD Kota Belud, SMKA Tun Said dan BSMM Kota Belud, dengan sokongan Ibupejabat Negeri BSMM Sabah telah dilaksanakan dengan jayanya.

Seramai 40 peserta di kalangan ahli Belia Kadet, VAD, Guru Pemimpin dan Pegawai BSMM Daerah telah menyertai kursus pada kali ini. Antaranya ahli-ahli VAD daripada Hospital Kota Belud, guru-guru dan ahli kadet SMKA Tun Said, SMK Narinang, SMK Usukan, SMK Arshad, SMK Taun Gusi, serta guru dari SK Rosok, SK Melangkap, SK Tamu Darat dan SK Gensurai. Sesi ceramah disampaikan oleh Jurulatih Kanan, En. Mohd Kamaruddin bin Rasman dan Jurulatih Kanan, En. Chan Chee Houw sebagai Pemeriksa.

Tahniah kepada semua peserta dan barisan urus setia penganjur.

Terima kasih kepada penceramah dan SMKA Tun Said yang sudi menjadi tuan rumah.


14/04/2026

Setitis Darah, Sejernih Penglihatan — Dua Kebaikan, Satu Kunjungan.

Ayuh hadir! Hulurkan tangan, selamatkan nyawa dan periksa mata anda secara percuma.

KURSUS PENSIJILAN PPM&UUKA PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2026Penyertaan dibuka kepada ahli-ahli Kadet, Belia, VAD, Guru Pe...
14/04/2026

KURSUS PENSIJILAN PPM&UUKA PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2026

Penyertaan dibuka kepada ahli-ahli Kadet, Belia, VAD, Guru Pemimpin, Pegawai BSMM Daerah Kota Belud sahaja.

Link Pendaftaran: https://forms.gle/JJxidy29RdbDpenZ9

Tarikh akhir pendaftaran: 16 April 2026

03/02/2026

Al-Fatihah | Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Tunku Shahriman bin Tunku Sulaiman, Penasihat Kehormat dan mantan Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (2002 - 2018).

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

08/01/2026

⛈️🤝RAYUAN BANTUAN BENCANA UNTUK MANGSA BANJIR DI SABAH

Bulan Sabit Merah Malaysia, Negeri Sabah kini menggerakkan misi bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh Negeri Sabah.

Ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal serta keperluan asas dan amat memerlukan sokongan kita semua. Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, kami menyeru orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi memastikan bantuan segera dapat disalurkan.

📌 Cara Menyumbang:
🔹 Pemindahan Bank: 3991192319 (PUBLIC BANK)
🔹 Rujukan: BENCANA/01/2026
🔹 Pertanyaan: 088-242648/ 010-3882011/014-6761751

Setiap sumbangan, sekecil mana pun, mampu membawa perubahan besar kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda.



08/01/2026

Address

Kota Belud

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Belud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share