DARUL BAKTI ialah sebuah badan amanah dan sukarela yg didaftar atas nama “The Registered Trustee of DARUL BAKTI” pada 20 Febuari 1995 dibawah “The Trustees (Incorporation) Ordinance 1951 Cap. 148(Sabah), Negeri Sabah/Pendaftar Negara Sabah, Amanah Raya Berhad, Kota Kinabalu. Pendaftaran : PN(SB)(TI)108/94)
DARUL BAKTI mempunyai dua Asrama berasingan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, Surau
, Dewan Makan, Dewan Ilmu (dewan serbaguna), Gelanggang Futsal, Perpustakaan Kecil dengan beberapa komputer dan Sekolah Islamiyah khas untuk anak-anak yatim, susah, mualaf (miskin) dan berkeperluan berumur antara 6 – 17 tahun yang bersekolah di sekolah kerajaan. Kami juga mempunyai dua buah van Coaster untuk tujuan pengangkutan kanak-kanak. DARUL BAKTI juga memberi khidmat belajar percuma di Sekolah Islamiyah Al-Badru kepada anak-anak yg tidak berkemampuan dari luar asrama. DARUL BAKTI terletak lebih kurang 2 kilometer dari pekan Kota Belud, diatas tanah wakaf seluas 3 ekar, sumbangan dari Pengasasnya, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak. DARUL BAKTI telah mendapat kelulusan PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN dari Jabatan Hasil Dalam Negeri yg berkuatkuasa bermula 1 Febuari 1997. (Rujukan: JHDN.01/35/42/51/179-6.4374)
Untuk menyumbang sila masukkan terus ke Akaun Atas Nama Darul Bakti : CIMB Bank 8005544698
Memandangkan PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN diberi untuk jumlah penuh yang disumbangkan kita memerlukan nama penuh, alamat dan maklumat transaksi bank, tarikh dan jumlah sumbangan untuk tujuan kami mengeluarkan resit rasmi. Resit rasmi akan dikeluarkan untuk setiap sumbangan.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka adalah syurga firdaus yang menjadi tempat tinggal.” (maksud Al Quran/Al-Kahfi: 107)
“Aku dan orang-orang yang mengasuhi/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, kemudian Baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya. (Maksud Hadis Riwayat Bukhari)
PEMEGANG AMANAH:
DATUK AZMI TAN SRI HAMID BIDIN
DATIN SAIDATUL BADRU TUN SAID KERUAK
PUAN AZYATUL-MURNI DATUK AZMI
HAJAH SITI ALAM DATUK ANUAR
HAJI SAFREE ZAINUDIN DATUK SIUM
TUAN SAIFUL AZUA DATUK GOLKHAN
AHLI-AHLI JAWATANKUASA DARUL BAKTI:
Pengerusi: DATIN SAIDATUL BADRU BT TUN MOHD SAID KERUAK
Timbalan Pengerusi: HAJI SAFREE ZAINUDIN BIN DATUK SIUM
Setiausaha: UST RAHMAT BIN LOKMAN
Penolong Setiausaha: TUAN RAHIMAN BIN LOKMAN
Bendahari: HAJAH SITI ALAM BT DATUK ANUAR
Penolong Bendahari: ABDUL MANAN BIN AMJIAH
Tugas-Tugas Khas: PUAN AZYATUL-NURHANI DATUK AZMI
Bahagian Pembangunan: TUAN MUHAMMAD-AMIRHAMZAH DATUK AZMI
Falsafah DARUL BAKTI:
Mencapai impian untuk melahirkan anak-anak soleh berjaya di dunia dan akhirat serta membentuk satu bangsa bersaudara ke arah jalan yang diredhai ALLAH SWT. MATLAMAT:
- Memajukan taraf kemasyarakatan dan pendidikan untuk kebajikan rohani dan jasmani kanak-kanak.
- Menyedia kemudahan dan keperluan asas untuk membina ilmu bagi pembangunan dan perkembangan kanak-kanak.
- Mewujud suasana kekeluargaan Islamiyah dengan menerapkan nilai murni serta akhlak dan peribadi mulia kepada kanak-kanak.
- Memberi bimbingan, motivasi dan ceramah ke arah pembentukan insan yang beriman dan beramal soleh.
- Membantu keluarga kanak-kanak miskin dalam ekonomi dan membaiki kediaman yang dhaif. Struktur PENDIDIKAN:
- Belajar di sekolah kerajaan yang berdekatan disebelah pagi/petang.
- Belajar disekolah Islamiayah Al Badru disebelah pagi/petang.
- Mengulangkaji pelajaran disebelah malam.
- Khidmat tuisyen Sabtu dan Ahad. Gotong royong/pembersihan/berkebun pagi Sabtu.
- Riadah/Sukan di sebelah petang dan Ahad.
- Berjemaah setiap waktu solat.