02/10/2023
ACARA PENUTUPAN KURSUS BELIA KRAF JANGKA PENDEK MEMBUAT TUDUNG DUANG DAN BAKUL 2023
Usai Kursus Belia Kraf Jangka Pendek Membuat Tudung Duang Dan Bakul 2023 pada 1 dan 2 Oktober 2023 (Ahad dan Isnin). Saya selaku Pengerusi Penganjur juga mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Penganjur mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima Kasih kepada semua peserta, Tenaga Pengajar yang dilantik, Pembantu2 Tenaga Pengajar dan rakan2 yang berkesempatan datang ke Dewan Arena Belia Kementerian Belia Dan Sukan Daerah Kota Belud sepanjang program ini diadakan.
Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada Puan Salmah Ramdan yang merasmikan program dan juga antara yang telah menjayakan program ini.
Kursus Belia Kraf merupakan sasaran pertama yang menjadi Master Under Listed Kelab Belia Interaktif Kampung Taun Gusi dalam menjadikan daerah Kota Belud sebagai destinasi kraf yang terkenal di Malaysia. Saya optimis dengan komitmen dan potensi peserta yang telah ditunjukkan dan saya berpendapat adalah tidak mustahil sasaran ini dapat direalisasikan menjelang tahun 2025.
Sebagai makluman bersama, Kursus ini telah berjaya dilanjutkan dan mendapat kelulusan semula dari MOTAC atau Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia di bawah GSSK 2023. Saya amat berbesar hati agar para peserta yang terlibat sebelum ini akan disenaraikan semula untuk menjadi peserta lanjutan dan diberi pengiktirafan dari MOTAC Malaysia.
Saya akan berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada dan akan cuba melibatkan banyak agensi yang berkaitan dengan kraf agar misi dan visi kursus ini akan lebih mudah terlakasna. Saya juga memohon kemaafan seandainya ada kelemahan atau kekurangan yang berlaku sepanjang program ini berlangsung.
Semoga kita bersua lagi di waktu yang lain seperti yang dijanjikan dan harapan saya agar ilmu dan kemahiran yang anda pelajari digunakan sehabis baik demi masa hadapan kraf di daerah Kota Belud pada masa akan datang. Terima Kasih .
Mohd Mazrul bin Tajul
Pengerusi
Kelab Belia Interaktif Kampung Taun Gusi
Merangkap Pengerusi Penganjur
Kursus Belia Kraf Jangka Pendek Membuat Tudung Duang dan Bakul 2023