03/05/2026
KEJOHANAN BADMINTON WANITA (3ON3) TERTUTUP KOTA BELUD
Kota Belud, 02 Mei 2026 - Selesai sudah Kejohanan Badminton Wanita (3ON3) yang berlangsung di Dewan Sorob, Kg Tambulion. Pertandingan kali ini diadakan sempena memeriahkan lagi sambutan Pesta Kaamatan tahun ini.
Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Menang kalah itu adat permainan. Yang paling penting, semangat perpaduan dan kesukanan kita tetap nombor satu! 🤝🔥
Terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama daripada semua pihak sehingga acara ini berjalan dengan lancar.
Jumpa lagi di kejohanan akan datang!
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua. 💪✨