Masjid Kg Rampayan Laut

Masjid Kg Rampayan Laut .INFAQ DANA UNTUK MASJID. Nama: MASJID KG RAMPAYAN LAUT KOTA BELUD
Bank: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Akaun : 1101929883

Syukur Alhamdulillah.Program gotong-royong Masjid Kampung Rampayan Laut telah pun selesai dilaksanakan pada hari ini, 29...
29/07/2026

Syukur Alhamdulillah.

Program gotong-royong Masjid Kampung Rampayan Laut telah pun selesai dilaksanakan pada hari ini, 29 Julai 2026.

Dengan ini, masjid sudah boleh beroperasi semula seperti biasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang, para sukarelawan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program gotong-royong ini sehingga selesai.

Semoga segala sumbangan, tenaga dan jasa yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda serta diberkati oleh Allah SWT.

Jazakumullahu khairan kathira.

Gotong Royong mengganti lantai Masjid Kg Rampayan Laut ( 27.07.2026) terima kasih kepada semua yang terlibat dalam progr...
27/07/2026

Gotong Royong mengganti lantai Masjid Kg Rampayan Laut ( 27.07.2026) terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini.

📢 KEMAS KINI TERKINI (20 Julai 2026)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pihak pengurusan masjid merakamkan seting...
20/07/2026

📢 KEMAS KINI TERKINI (20 Julai 2026)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak pengurusan masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan lantai masjid.

Untuk makluman, masjid telah ditutup sementara mulai 14 Julai 2026 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan lantai masjid yang telah reput demi menjamin keselamatan serta keselesaan para jemaah.

Rasulullah SAW bersabda:

«"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga."
(Riwayat al-Bukhari, no. 450 dan Muslim, no. 533)»

Walaupun sumbangan yang dihulurkan adalah bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan masjid, ia merupakan satu bentuk usaha memelihara dan memakmurkan rumah Allah. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang diberikan termasuk dalam amalan yang mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT.

Pihak pengurusan masih mengalu-alukan sumbangan daripada para dermawan bagi menampung kos penyelenggaraan yang sedang berlangsung.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berterusan dan diterima oleh Allah SWT.

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah SWT memberkati dan membalas segala kebaikan tuan-tuan dan puan-puan. Aamiin.

Address

Kota Belud
89150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kg Rampayan Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Kg Rampayan Laut:

Shortcuts

Share