13/01/2026
8 JANUARY 2026 (KHAMIS)
MKK Sinaran Jaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Mohd Ashraf Mustaqim atas sumbangan batu jalan untuk penambahbaikan laluan penduduk Kepala 10 Sinaran Jaya.Jalan ini merupakan jalan di bawah seliaan MADA.
Stlh aduan daripada pihak MKK Sinaran Jaya iaitu Encik Muhamad Taufiq Abdullah kpd Yb Mohd Ashraf Mustaqim ttg kerosakan jalan ini yg mnjadi laluan utama penduduk Kepala 10 utk ke jln besar, jg sbg penghubung jln pertanian penduduk ke bendang, pihak Yb mngambil cakna utk memberi sumbangan bantuan batu dan proses pembaikan jalan.
Inisiatif ini amat bermakna dalam meningkatkan keselamatan, keselesaan serta kualiti hidup masyarakat setempat, sekali gus mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan YB terhadap kebajikan rakyat.