25/07/2026
Alhamdulillah, terima kasih warga Sembrong! π
Petang semalam berlangsungnya Rumah Terbuka Sembrong Kita di Dewan Datoβ Onn, Rumah Komuniti Parlimen Sembrong yang menghimpunkan warga dari seluruh DUN Kahang dan DUN Paloh dalam suasana penuh mesra dan muhibah.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai dan menjadi bukti semangat kebersamaan serta kekuatan perpaduan masyarakat Sembrong.
Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian istimewa daripada YB ADUN Paloh, YB ADUN Kahang, dan lebih bermakna apabila Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid, turut menceriakan suasana dengan menyumbangkan beberapa buah lagu.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan demi membina Sembrong yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.
Terima kasih, Sembrong. Terima kasih atas sokongan dan kebersamaan. β€οΈ