Afiz Ayub Foundation Base Kluang

Call Directions Website

Afiz Ayub Foundation Base Kluang AFIZ AYUB FOUNDATION BASE KLUANG
Membuat Pengurusan Jenazah.

Mandi, Kafan & Penghantaran seluruh semenanjung.Jika memerlukan perkhidmatan kami hubungi nombor yang tertera di bawah.PERCUMA

HUBUNGI : 0️⃣1️⃣3️⃣ 7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣- Redzuan(Botak)

InnalillahiwainnailaihirojiunPerginya seorang insan menghadap Ilahi pada usia 47 tahun, akibat kegagalan fungsi hati. Se...
09/10/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun

Perginya seorang insan menghadap Ilahi pada usia 47 tahun, akibat kegagalan fungsi hati. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Pencipta-Nya.

Jenazah Allahyarham telah kami sempurnakan pengurusannya di ruangan forensik bersama ahli waris. Selesai segala urusan, jenazah dibawa p**ang ke rumah keluarga di Felda Ulu Belitong untuk penghormatan terakhir.

Solat jenazah dilaksanakan di rumah keluarga, manakala urusan membawa jenazah ke tanah perkuburan Islam seterusnya digalas oleh van jenazah kariah setempat.

Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan dengan kerjasama semua pihak. Semoga setiap jasa dan bantuan yang diberikan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT.

Buat keluarga Allahyarham, semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah buat Allahyarham NORZAIMY BIN SEJALI.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, merahmatinya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. آمين يا رب العالمين.







0️⃣1️⃣3️⃣7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣

انا لله وانا اليه راجعونPejuang kanserAllahyarhamah berusia 41 tahun dan telah menghembuskan nafas terakhir di wad HEBHK...
07/10/2026

انا لله وانا اليه راجعون

Pejuang kanser

Allahyarhamah berusia 41 tahun dan telah menghembuskan nafas terakhir di wad HEBHK setelah diuji dengan kanser payudara.

Urusan jenazah disempurnakan oleh Ustazah Maslizawati di ruangan forensik.

Selesai segala urusan, jenazah dibawa p**ang ke rumah keluarganya di Felda Kahang Barat untuk memberikan kesempatan kepada keluarga, saudara-mara dan kenalan menatap wajah Allahyarhamah buat kali terakhir sebelum disolatkan.

Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan sehingga Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kahang Barat.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Buat seluruh keluarga Allahyarhamah, semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah
LILY HARYATI BINTI ABDUL WAHAB

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها







0️⃣1️⃣3️⃣7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣

انا لله وانا اليه راجعونTerputus doa seorang ibuAllahyarhamah berusia 78 tahun dan telah menghembuskan nafas terakhir di...
06/10/2026

انا لله وانا اليه راجعون

Terputus doa seorang ibu

Allahyarhamah berusia 78 tahun dan telah menghembuskan nafas terakhir di wad kecemasan HEBHK sekitar jam 8.10 malam, akibat komplikasi tiga serangkai.

Selesai urusan dokumentasi dan surat kematian daripada pihak polis, jenazah dibawa ke ruangan forensik untuk disempurnakan segala urusan.

Urusan mandi dan kafan dilaksanakan dengan sempurna oleh Ustazah Hajah Norasikien Jaapar bersama anak-anak Allahyarhamah.

Selesai segala urusan, jenazah dibawa p**ang ke Kg Baru Renggam.

Tugasan seterusnya diserahkan kepada kariah setempat untuk meneruskan urusan sehingga ke tanah perkuburan.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Buat seluruh keluarga Allahyarhamah, semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah
RUJIAH BINTI REMBON

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها







0️⃣1️⃣3️⃣7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣

InnalillahiwainnailaihirojiunAllahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11 pagi tadi di wad HEBHK, setelah leb...
03/10/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11 pagi tadi di wad HEBHK, setelah lebih dua minggu menerima rawatan.

Asbab kematian adalah masalah paru-paru serta kegagalan organ dalaman.

Dalam suasana penuh hiba, urusan mandi jenazah dilakukan sendiri oleh anak-anak Allahyarham. Kami p**a membantu menyempurnakan urusan mengkafan jenazah.

Selesai segala urusan, jenazah dibawa p**ang ke rumahnya di Felda Kahang Barat untuk memberikan kesempatan kepada sanak saudara, sahabat dan kenalan menziarahi serta memberikan penghormatan terakhir.

Solat jenazah dilaksanakan selepas solat Asar di Masjid Jamek Felda Kahang Barat.

Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan dan Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kahang Barat.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Buat seluruh keluarga Allahyarham, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah
PATONI BIN ISHAK

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه







0️⃣1️⃣3️⃣7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣

Innalillahiwainnailaihirojiun.Allahyarham YAHYA BIN MOHD NOOOR telah kembali ke rahmatullah di Wad HEBHK Kluang asbab pe...
03/10/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Allahyarham YAHYA BIN MOHD NOOOR telah kembali ke rahmatullah di Wad HEBHK Kluang asbab pendarahan dalam otak.

Setelah permit kematian dikeluarkan, pihak kami telah melaksanakan urusan mandi dan kafan jenazah dengan sempurna di ruangan forensik.

Seterusnya, jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di Taman Indah Jaya Kluang.

Tugasan disambung pada sebelah pagi bagi urusan solat jenazah dan pengkebumian.Solat jenazah yang di imamkan oleh anaknya di Surau An Nur Indah jaya 2.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Padang Tembak pada jam 9.30 pagi.

Al-Fatihah buat Allahyarham.

Ya Allah, ampunilah segala dosanya, rahmatilah dia, berikanlah kesejahteraan kepadanya, maafkanlah segala kesalahannya dan jadikanlah syurga sebagai tempat istirehatnya yang abadi.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.







📞 0️⃣1️⃣3️⃣7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣

Innalillahiwainnailaihirojiun.Allahyarham SAMSURI BIN JAMALUDIN telah kembali ke rahmatullah di Wad HEBHK Kluang akibat ...
02/10/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Allahyarham SAMSURI BIN JAMALUDIN telah kembali ke rahmatullah di Wad HEBHK Kluang akibat serangan jantung.

Setelah permit kematian dikeluarkan, pihak kami telah melaksanakan urusan mandi dan kafan jenazah dengan sempurna di ruangan forensik.

Seterusnya, jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di Taman Melati, Paloh, Kluang.

Urusan pengurusan jenazah seterusnya diserahkan kepada pihak kariah untuk diteruskan sehingga selesai.

Al-Fatihah buat Allahyarham.

Ya Allah, ampunilah segala dosanya, rahmatilah dia, berikanlah kesejahteraan kepadanya, maafkanlah segala kesalahannya dan jadikanlah syurga sebagai tempat istirehatnya yang abadi.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.






📞 0️⃣1️⃣3️⃣7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣

انا لله وانا اليه راجعون Hilang sudah segala sakit dan ujian di dunia.Allahyarhamah telah menerima rawatan selama lebih ...
02/10/2026

انا لله وانا اليه راجعون

Hilang sudah segala sakit dan ujian di dunia.

Allahyarhamah telah menerima rawatan selama lebih dua minggu di HEBHK.

Semalam, Allahyarhamah meminta untuk p**ang ke rumah. Dan lewat malam tadi, Allah SWT menjemputnya kembali ke sisi-Nya di rumahnya, Taman Sri Lambak.

Pagi ini, sekitar jam 8.30 pagi, urusan mandi dan kafan disempurnakan di rumah Allahyarhamah oleh team muslimah bersama waris.

Selesai segala urusan, jenazah dibawa ke Masjid Nurul Iman, Taman Sri Lambak untuk disolatkan.

Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan.

Sekitar jam 11 pagi tadi, Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Buat seluruh keluarga, semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah
RASIDAH BINTI MOHAMAD

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها







0️⃣1️⃣3️⃣7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣

Innalillahiwainnailaihirojiun“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM JAA...
01/10/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM JAAFAR BIN MOHAMAD

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi di kediaman beliau akibat sakit tua.

Setelah laporan polis dibuat dan permit kematian dikeluarkan, urusan mandi dan kafan telah dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Bandar Renggam untuk disolatkan sebelum solat Isyak.

Alhamdulillah, Allahyarham telah selamat dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam Taman Purnama, Simpang Renggam.

Ya Allah, ampunilah segala dosa Allahyarham, rahmatilah rohnya, lapangkanlah kuburnya, terangilah tempat persemadiannya dan terimalah segala amal kebaikannya.Tempatkanlah Allahyarham dalam kalangan para solihin dan hamba-hamba-Mu yang beriman. Jauhkanlah beliau daripada azab kubur dan azab api neraka.

Salam Takziah daripada kami, Team Afiz Ayub Foundation Kluang, buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kekuatan dan ketenangan hati dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah. آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ







0️⃣1️⃣3️⃣7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَALLAHYARHAMAH PISAH BINTI MAT SAADAllahyarhamah telah meninggal dunia di Hos...
01/10/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

ALLAHYARHAMAH PISAH BINTI MAT SAAD

Allahyarhamah telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Urusan mandi dan kafan telah disempurnakan di Unit Forensik oleh jurumandi pilihan waris.

Seterusnya, jenazah telah dibawa untuk transit bersama kami oleh Pertubuhan Amal Nur By Khiriah, di Plaza Tol Simpang Ampat.

Pasukan kami kemudian membawa jenazah terus ke kediaman Allahyarhamah di Felda Kemelah, Segamat.

Tugasan penghantaran jenazah seterusnya disambung oleh Van Jenazah Felda Kemelah sehingga urusan selesai.

Salam takziah daripada kami, Team Afiz Ayub Foundation, buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

DOA BUAT ALLAHYARHAMAH

Ya Allah, ampunilah segala dosa Allahyarhamah, rahmatilah rohnya dan tempatkanlah beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.Lapangkanlah kuburnya, terangilah kuburnya dengan cahaya rahmat-Mu dan jauhkanlah beliau daripada azab kubur serta azab api neraka.

Al-Fatihah. آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِين

TEAM AFIZ AYUB FOUNDATION
Khidmat Pengurusan Jenazah Percuma







📞 0️⃣1️⃣3️⃣7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣

انا لله وانا اليه راجعون Berakhir sudah segala sakit dan ujian yang ditanggung di dunia.Allahyarhamah telah lama diuji d...
30/09/2026

انا لله وانا اليه راجعون

Berakhir sudah segala sakit dan ujian yang ditanggung di dunia.

Allahyarhamah telah lama diuji dengan stroke dan juga kanser payudara. Petang tadi, Allah SWT menjemput Allahyarhamah kembali ke sisi-Nya di rumahnya, Taman Melati, Paloh.

Urusan mandi dan kafan disempurnakan di rumah Allahyarhamah oleh Ustazah Norasikien Jaapar bersama waris keluarga.

Selesai urusan, jenazah dibawa ke surau Taman Melati untuk disolatkan.

Alhamdulillah, ramai yang hadir menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarhamah.

Sekitar jam 11.15 malam tadi, Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sepuloh, Paloh, Kluang.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan serta menerangi kuburnya, dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat seluruh keluarga Allahyarhamah, semoga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah
ROSNAH BINTI JAMIL

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها







0️⃣1️⃣3️⃣7️⃣8️⃣1️⃣5️⃣6️⃣9️⃣9️⃣

Address

Taman Sri Lambak
Kluang
86000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Afiz Ayub Foundation Base Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share