Persatuan Penduduk Taman Puterimas, Kluang

Persatuan Penduduk Taman Puterimas, Kluang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Penduduk Taman Puterimas, Kluang, Community Center, Kluang.

12/06/2026

Hayati 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi yang menjadi benteng daripada fitnah Dajjal dan fitnah akhir zaman.

Rasulullah ๏ทบ bersabda: โ€œSesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan dipancarkan cahaya untuknya antara dua Jumaat.โ€

Semoga Allah memelihara kita, keluarga kita dan seluruh umat Islam daripada fitnah yang menggelapkan hati dan menyesatkan manusia.

BERITA LAWATAN PROJEK SEJATI MADANI TAMAN PUTERIMAS, KLUANGAlhamdulillah, telah selesai sesi semakan dan lawatan berkait...
11/06/2026

BERITA LAWATAN PROJEK SEJATI MADANI TAMAN PUTERIMAS, KLUANG

Alhamdulillah, telah selesai sesi semakan dan lawatan berkaitan Projek Sejati Madani Taman Puterimas, Kluang bersama Pengarah Projek, En. Faizal.

Semakan melibatkan aspek pengurusan fail, dokumentasi projek serta audit kewangan yang telah dilaksanakan oleh Puan Farah, wakil daripada Pejabat Daerah, dengan diiringi oleh Tuan Azahari, Pegawai Pejabat Penghulu Kluang.

Hasil daripada semakan dan penilaian yang dijalankan, pihak audit berpuas hati dengan kemas kini akaun serta rekod perbelanjaan projek yang telah disediakan. Belanjawan projek juga telah disahkan dan diluluskan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Tambahan p**a, pihak ICU Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan kelulusan projek tambahan iaitu Program Sayur Hidroponik Tanaman Kontan, yang dijangka memberi manfaat kepada komuniti setempat melalui penghasilan sumber makanan segar serta peluang menjana pendapatan untuk Komuniti Taman Puterimas.

Pihak Jawatankuasa Projek Sejahtera Madani Taman Puterimas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan sumbangan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT serta menjadi amal jariah yang berterusan. Diharapkan semangat kebersamaan dan gotong-royong ini akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan dan kemajuan komuniti Taman Puterimas.

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bersatu hati membina komuniti yang lebih sejahtera dan berdaya maju."

Sirru ala barakatillah ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿ“ฐ BERITA KOMUNITI TAMAN PUTERIMAS๐Ÿ“… 7 JUNi 2026Alhamdulillah, perjalanan menuai tanaman serai bagi kali ketiga telah berj...
10/06/2026

๐Ÿ“ฐ BERITA KOMUNITI TAMAN PUTERIMAS
๐Ÿ“… 7 JUNi 2026

Alhamdulillah, perjalanan menuai tanaman serai bagi kali ketiga telah berjalan dengan lancar serta dipermudahkan segala urusan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada 8 orang sukarelawan yang sudi turun padang membantu menjayakan aktiviti penuaian pada kali ini. Hasil kerjasama semua pihak, sebanyak 12 batas serai berjaya dituai dengan jayanya.

Syukur ke hadrat Allah SWT, jualan serai untuk komuniti TPM sekali lagi mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga habis terjual (sold out). Terima kasih kepada semua pembeli yang terus menyokong usaha komuniti ini.

Selain itu, pembekalan benih serai yang diminta oleh pihak pembekal Projek Sejati MADANI juga telah berjaya diserahkan kepada Encik Hazmi selaku pembekal eksport serai ke luar negara seperti yang dirancang.

Semoga usaha komuniti ini terus berkembang maju, memberi manfaat kepada penduduk setempat serta menjadi sumber ekonomi dan kebajikan bersama.

Terima kasih atas sokongan, sumbangan dan kerjasama semua pihak. ๐ŸŒฟ

En Mohd Faizal Bin Yusof
Pengarah Sejati Madani
Tanaman Serai Taman Puterimas Kluang

BERITA RONDAAN PASUKAN SRS MINGGU INISemasa rondaan dijalankan, Pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) mendapati terdapat b...
09/06/2026

BERITA RONDAAN PASUKAN SRS MINGGU INI

Semasa rondaan dijalankan, Pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) mendapati terdapat beberapa rumah yang masih membiarkan pagar terbuka luas tanpa pengawasan di waktu tengah malam. Keadaan ini boleh mengundang risiko jenayah seperti pencerobohan, kecurian dan kejadian yang tidak diingini. Penduduk dinasihatkan supaya sentiasa memastikan pagar dan pintu rumah ditutup serta dikunci demi keselamatan keluarga dan harta benda.

Selain itu, pasukan rondaan turut mengesan beberapa remaja menunggang motosikal dengan laju di sekitar kawasan perumahan. Tindakan tersebut boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Pasukan SRS telah menahan mereka secara berhemah dan memberikan nasihat serta teguran agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan tidak menunggang secara berbahaya.

Pasukan SRS menyeru semua penduduk agar bersama-sama menjaga keselamatan dan keharmonian kawasan perumahan dengan sentiasa berwaspada serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak yang berkaitan.

"Keselamatan Tanggungjawab Bersama."

[ ๐™Ž๐™๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐™€๐™๐™ˆ๐˜ผ ๐™†๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ ]โ€ŽAssalamualaikum W.B.T,โ€Žุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†โ€Žุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ู‡ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…...
03/06/2026

[ ๐™Ž๐™๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐™€๐™๐™ˆ๐˜ผ ๐™†๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ ]

โ€ŽAssalamualaikum W.B.T,

โ€Žุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†
โ€Žุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ู‡ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡

Pihak kami ingin mengucapkan Salam Takziah kepada Puan Rashidah Binti Mat Gani ๐Ÿ‚ atas pemergian suami tercinta.

Pihak kami dengan ingin mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma kilat kepada waris keluarga.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosanya dan dicucuri rahmat ke atas rohnya. Aamiin.

Sebarang sumbangan boleh terus di masukkan ke akaun Bank Persatuan Taman Puterimas ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Maybank
5510 6137 7998
Persatuan Penduduk Taman Puterimas
Ref : Arwah Saufi

Sekian, terima kasih.

SUMBANGAN AKAN DITUTUP PADA PETANG JUMAAT INI, 5 JUN 2026 : JAM 6 PETANG

30/05/2026

Yakin lah dengan berKorban , kebahagian akan datang

Alhamdulillah, selesai sudah urusan ibadah korban komuniti Puterimas bagi tahun ini. Terima kasih kepada semua peserta korban, AJK, petugas serta penduduk yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan program ini.

Semoga segala pengorbanan, tenaga dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.

Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang urusan berlangsung. Insya-Allah semangat kerjasama dan ukhuwah ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang ๐Ÿค๐Ÿ„

PENYERTAAN IBADAH KORBAN TAHUN 2027 / 1448H  anjuran Pengurusan Masjid Taman PuterimasAssalamualaikum w.b.tHasil perbinc...
30/05/2026

PENYERTAAN IBADAH KORBAN TAHUN 2027 / 1448H anjuran Pengurusan Masjid Taman Puterimas

Assalamualaikum w.b.t

Hasil perbincangan, Pihak Pengurusan Masjid Taman Puterimas ingin mencadangkan pelaksanaan Program Ibadah Korban bagi tahun 2027 khusus untuk penduduk taman ini. Bagi memudahkan penyertaan, pihak kami mencadangkan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM90.00 sebulan (bergantung harga pasaran semasa , sekiranya ada perubahan, kami maklum ) bermula akhir bulan Jun 2026 hingga akhir Mac 2027.

Tarikh Raya Korban 1448H jatuh pada 17 Mei 2027 ( Hari Isnin )

Cadangan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai penduduk menyertai ibadah korban dengan bayaran yang lebih fleksibel dan terancang.

Sekiranya terdapat sambutan yang menggalakkan, kami akan meneruskan ke fasa seterusnya termasuk group khusus peserta korban, pengurusan pembelian haiwan korban dan pelaksanaan program.

Semoga usaha ini mendapat sokongan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Sekiranya berminat, boleh isi informasi peserta korban di Google Form :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfEzRpThlUSMfM8FMBELFMDGeI2F2UF_QTUGLRBgZTS5PSDCA/viewform?usp=header

Anjuran :
Pengurusan Masjid Taman Puterimas

28/05/2026
28/05/2026

Address

Kluang
86000

Telephone

+60108329011

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Taman Puterimas, Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penduduk Taman Puterimas, Kluang:

Share