24/04/2026
๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐ฆ๐ฅ๐ ๐๐จ๐๐จ๐ง
April 19, 2026 (Ahad), Dewan Orang Ramai Kampung Sri Lukut - sambutan diterima begitu meriah, penuh kemesraan dan ceria jelas terpapar di wajah masing-masing. Kali ini majlis meraikan hari raya Aidilfitri, sambil menyambung silaturrahim, diadakan dengan undangan sekampung. Anak-anak kecil keriangan, senyuman lebar terukir, ayah dan ibu bersalaman sambil menikmati juadah hari raya.
Tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bangsa. Lebih 400 orang telah memenuhi jemputan ini.
Raya Sekampung Bangsa Johor Kampung Sri Lukut merupakan program anjuran dan didanai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.
Yang Berhormat Tuan R Vidyananthan Dun Kahang adalah wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor (YAB MBJ) telah menyampaikan ucaptama membawa amanat YAB MBJ.
Dato Abdul Ghani bin Rashid telah menjadi wakil rasmi Ahli Parlimen Sembrong.
Dalam majlis yang sama penyampaian hadiah, cabutan nama bertuah dan penghargaan telah disampaikan.
๐๐ฆ๐ญ๐ช๐ต๐ข ๐๐ข๐บ๐ข 2026
Ketika majlis ini berlangsung, pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Pelita Raya 2026 telah disampaikan. Seramai 18 keluarga telah menyertainya.
Pemenang Pelita Raya 2026 adalah seperti berikut:-
1. Zaliha Sabri
2. Mohd Shah Nayan
3. Norasni binti Kasim
4. Jumat bin Isenin @ Ithnin
5. Halimah binti Hamid
๐๐ฆ๐ญ๐ข๐ซ๐ข๐ณ ๐๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ข๐ฏ๐จ ๐๐๐ 2025
Seramai enam orang pelajar cemerlang SPM 2025 dari kampung ini telah dirai dan dihargai iaitu:
1. Iman Nurina Amanda binti Kamal - 9A+
2. Mohamad Yusri Aiman bin Mohd Yusnizal - 7A
3. Nursyazwani binti Muhammad Rahmat - 6A
4. Nurin Izzah Irdina binti Zubir - 5A
5. Nurul Alya Insyirah binti Samsuri - 5A
6. Mohamad Danish Amirul bin Mohamad Haikal Josni - 5A
Penghargaan juga telah disampaikan kepada veteran UMNO.
1. Saeiah binti Ahmad
2. Hajah Masirah binti Amat
3. Hajah Rabiah binti Abu Seman
4. Jaurah binti Yusuf
Sebanyak 14 cabutan nama bertuah telah membawa pulang peralatan elektrik.
Tahniah.
Majlis Raya Sekampung Bangsa Johor Kampung Sri Lukut telah diserikan dengan persembahan Marhaban daripada kumpulan Yassin Al Hidayah KSL, kebudayaan tarian zapin, kumpulan Gemalai Sukma - Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang (SemKa) dan persembahan seni silat, Persatuan Seni Silat Kuningan Kahang.
Majlis ditutupi dengan penyampaian Duit Raya kepada anak-anak yang disampaikan sendiri oleh Yang Berhormat ADUN Kahang.
Terima kasih kepada semua tetamu dan pengunjung yang telah hadir bagi memeriahkan dan menyerikan majlis ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua anggota masyarakat, komuniti dan belia yang telah menjayakan majlis ini sehingga menjadi gilang-gemilang.
Melalui program seperti ini telah mengangkat nilai perpaduan sebenar Bangsa Johor yang selama ini diterapkan oleh kepimpinan negeri (YDP Agong, Pemangku Sultan Johor dan YAB MBJ)
Kepada ALLAH Beserah
ALLAH Pelihara KSL
ALLAH Berkati Johor