04/09/2025
GILA PADA BEKAS BINI
Penguatkuasa JAINJ mendapat aduan dari orang awam dan bergegas membuat pemeriksaan di sebuah rumah di kempas Johor Bahru jam 1.00 pagi.
Pemeriksaan Penguatkuasa menemui seorang wanita 30-an dan lelaki 30-an. Hubungan mereka sebelum ini adalah suami isteri dan telah bercerai talak satu setahun yang lepas. Turut ditemui di dalam rumah adalah seorang anak.
Apabila ditanya apa tujuan lelaki datang, dia mengatakan, minta tolong isteri basuh baju dan tumpang makan malam saja. Selain itu dia datang nak tengok anak. Dalam hati penguatkuasa, banyak sangat alasan p**ak kalau dah salah. Tengok anak tu tak masuk akal sebab anak dah besar.
Lepas makan, agaknya jadi macam ular sawa dan tertidur. Tidur p**a di bilik wanita itu. Tidak diceritakan sebelum tidur buat apa, sama ada ada ehem-ehem ke tak.
Dia tak jawab soalan tu. Tapi kalau dah duda dan janda duduk sebilik, terus tidur saja ke.
Penguatkuasa tanya, kalau dah selalu datang rumah ni dan dah s**a dengan bekas isteri, kenapa tak nikah semula. Lelaki jawab, bukan taknak balik semula tapi dah habis edah.
Dia cerita, 3-4 bulan masa ada edah, masih perang Dunia lagi dan tak terpikir nak rujuk. Tapi, sebaik saja tamat edah, berputik p**a cinta baru dan berlaku rundingan damai.
Bermulalah berwhatap bagai dan ajak makan malam kat kedai mamak. Bekas isteri p**a s**a sangat roti nan tandori.
Semakin rapat mereka dan lelaki mula datang rumah dengan alasan nak tengok anak. Tiap kali datang dibawanya roti nan tandori peha kes**aan bekas isterinya.
Cinta baru atau jatuh cinta kali kedua ini menang amat dahsyat penangannya mengalahkan cinta pertama dulu. Semakin kerap lelaki datang rumah tak kira siang atau malam.
Maka lelaki dan bekas isterinya berhasrat nak rujuk semula perkahwinan mereka.
Apabila datang ke pejabat Kadi, pegawai di sana kata dah habis edah dan tak boleh rujuk lagi. Kalau nak nikah semula, kena buat proses biasa termasuk cari wali.
Bila bab wali ini ada masalah sikit walaupun dia peminat lagu Wali Band. Semasa cerai dulu, dia gaduh besar dengan wali iaitu abang wanita. Sampai sekarang dah tak bertegur dengan bekas abang ipar itu.
Hubungan terlarang mereka terus berjalan tanpa nikah dan jiran-jiran menerhati saja. Jiran kenal pasangan ini semasa dia orang suami isteri dan tahu dia orang bercerai.
Rumah ini p**a adalah rumah flat yang jirannya ramai iaitu kiri kanan atas bawah. Masa tangkapan pun, rupanya jiran-jiran sedar dah melihat.
Jika sabit Kesalahan khalwat, pasangan ini boleh didenda sehingga 3 ribu ringgit atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Penguatkuasa JAINJ