Persatuan Belia Mahkota Kluang

Persatuan Belia Mahkota Kluang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Belia Mahkota Kluang, Non-Governmental Organization (NGO), Kluang.

23/05/2026

RECAPPP MAHKOTA YOUTH SPORTS CHAMPIONSHIP : TRADITIONAL ARCHERY EDITION 🏹



MAHKOTA YOUTH SPORTS CHAMPIONSHIP : TRADITIONAL ARCHERY EDITION 202616 Mei 2026 | SabtuDewan JPKK, Kg Dato Abdul Rahman ...
23/05/2026

MAHKOTA YOUTH SPORTS CHAMPIONSHIP : TRADITIONAL ARCHERY EDITION 2026

16 Mei 2026 | Sabtu
Dewan JPKK, Kg Dato Abdul Rahman Yassin

Alhamdulillah, Mahkota Youth Sports Championship : Edisi Memanah Tradisional telah berlangsung dengan lancar dan meriah dengan penyertaan daripada komuniti setempat, belia serta peminat sukan memanah tradisional sekitar daerah Kluang.

Program anjuran Persatuan Belia Mahkota Kluang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang, JPKK Kg. Dato Abdul Rahman Yassin serta Kelab Memanah KOMTRA ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan ukhuwah dan semangat kesukanan, malah turut mempromosikan sukan tradisional dalam kalangan generasi muda. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Nia Farhana binti Izzaddin, Pegawai Belia & Sukan Daerah Kluang atas kesudian hadir merasmikan program ini. Turut bersama En Norzam bin Mohd Amin, Ketua Kg Dato Abdul Rahman Yassin yang turut hadir memeriahkan Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.

Tak dilupakn, ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, urus setia, rakan kerjasama, sukarelawan dan seluruh pengunjung yang hadir memeriahkan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha melahirkan belia yang aktif, sihat dan bersatu hati.

Jumpa lagi di program akan datang! 🏹✨



23/05/2026

RECAPPP SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KLUANG TAHUN 2026! πŸ”₯

Terima Kasih Belia Kluang! Menggerak Belia πŸ’ͺ🏻



SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KLUANG TAHUN 202614 Mei 2026 | KhamisSMK Tun Hussein Onn, KluangPersa...
23/05/2026

SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KLUANG TAHUN 2026

14 Mei 2026 | Khamis
SMK Tun Hussein Onn, Kluang

Persatuan Belia Mahkota Kluang amat berbesar hati dan bangga dapat menjadi rakan strategik dalam menjayakan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Daerah Kluang 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah, semangat dan penyertaan aktif daripada golongan belia serta komuniti setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang. Turut hadir memeriahkan program ialah YB Syed Hussein bin Syed Abdullah, ADUN Mahkota, Encik Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Zainuddin bin Md Ramlan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, Encik Jefry bin P**n, Pengetua SMK Tun Hussein Onn serta Puan Nia Farhana binti Izaddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kluang.

Pelbagai aktiviti menarik, cabaran sukan santai, persembahan khas, pameran agensi dan aktiviti komuniti telah berjaya menghimpunkan anak muda dalam suasana yang positif dan penuh semangat kebersamaan selaras dengan tema Hari Belia Negara 2026 iaitu β€œMenggerak Belia”.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini khususnya Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang, Majlis Belia Daerah Kluang, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, para sukarelawan, peserta program serta seluruh warga belia yang hadir memeriahkan sambutan kali ini.

Semoga semangat β€œMenggerak Belia” terus diperkasakan dalam melahirkan generasi muda yang aktif, progresif, bersatu hati dan berdaya saing demi masa depan masyarakat dan negara.



Selamat Hari Guru diucapkan buat seluruh warga pendidik di seluruh Malaysia.Terima kasih cikgu atas segala ilmu, didikan...
16/05/2026

Selamat Hari Guru diucapkan buat seluruh warga pendidik di seluruh Malaysia.

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, didikan, jasa dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu. Setiap tunjuk ajar dan nasihat menjadi cahaya yang membentuk masa depan anak bangsa.

Semoga semua guru terus diberikan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam mendidik generasi pewaris negara.

"Guru Bitara, Nadi Negara"

Terima Kasih Cikgu! πŸ“š



Selamat Menyambut Hari Belia Negara kepada semua Belia & Beliawanis di seluruh Malaysia! Belia bukan sekadar pewaris mas...
15/05/2026

Selamat Menyambut Hari Belia Negara kepada semua Belia & Beliawanis di seluruh Malaysia!

Belia bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi penggerak perubahan masa kini. Dengan semangat, idea dan keberanian anak muda, kita mampu membina masyarakat yang lebih progresif, bersatu dan berdaya saing.

Teruskan melangkah dengan yakin, berbakti kepada komuniti, dan jadilah generasi yang membawa inspirasi kepada negara. Suara belia adalah kekuatan, tindakan belia adalah masa depan.

Hari Ini Hari Kita! Menggerak Belia! πŸ’ͺ🏻



13/05/2026

JOM SEBARKAN KEPADA WARGA KLUANG πŸ₯³

PENGAMBILAN DAN KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 2/2026 SEBAGAI ANGGOTA SUKARELAWAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH KLUANG

TARIKH : 27 - 28 JUN 2026
MASA : 0800H - 1700H
TEMPAT : APM KLUANG

SYARAT- SYARAT KELAYAKAN :-
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun sehingga 45 tahun
3. Sihat Tubuh Badan dan Tiada Kecacatan Fizikal.
4. Tidak Menyertai Mana - Mana Badan Uniform yang lain.
5. Tidak Mempunyai Rekod Jenayah
6 . Berminat dengan Aktiviti Lasak.
7. Tidak Mempunyai Kad OKU.

BORANG ONLINE :-
https://forms.gle/KAhi6rLk8kaiTW4n8

Sebarang Pertanyaan Boleh menghubungi :-
ALAMAT :-
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH KLUANG 🏠
NO 323A, WISMA BELIA, JALAN HOSPITAL 86000 KLUANG.
NO TEL : - 07-7731357 πŸ“žβ˜ŽοΈ
BORANG JUGA BOLEH DI AMBIL SECARA WALK IN DI PEJABAT APM KLUANG

©️2026 Unit PRO APM Daerah Kluang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri

Selamat Hari Jururawat Sedunia | 12 Mei 2026 πŸ’™Terima kasih buat seluruh warga jururawat Malaysia sama ada di sektor kera...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia | 12 Mei 2026 πŸ’™

Terima kasih buat seluruh warga jururawat Malaysia sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta atas segala pengorbanan, kecekalan dan kasih sayang yang dicurahkan dalam menjalankan amanah demi masyarakat.

Di sebalik senyuman dan layanan yang menenangkan, tersimpan seribu pengorbanan yang tidak semua mampu dilihat. Kalian sentiasa menjadi insan terawal yang hadir memberi rawatan, semangat dan harapan kepada pesakit tanpa mengira waktu dan keadaan.

Jasa dan bakti anda amat besar nilainya buat negara. Semoga segala usaha, penat lelah dan kebaikan yang dicurahkan sentiasa dipermudahkan serta diberi ganjaran yang terbaik.

Jasamu Dikenang, Baktimu Disanjung.


Belia Kluang! Dah ready ke belum? Dia datang lagi tahun ni πŸ”Šπ’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ ππ„π‹πˆπ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 | ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ‹π”π€ππ† 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐...
11/05/2026

Belia Kluang! Dah ready ke belum? Dia datang lagi tahun ni πŸ”Š

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ ππ„π‹πˆπ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 | ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ‹π”π€ππ† 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ”₯

Jom luangkan masa untuk memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kluang Tahun 2026 pada :

Tarikh : 14 Mei 2026 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi
Lokasi : SMK Tun Hussein Onn, Kluang

𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ ππ€π‹πˆππ† π‡πŽπ“πŸ’₯
βœ‹πŸ» Ikrar Belia Malaysia
πŸ€ Netball Shoot Out
⚽ Penalty Shoot
🏐 Timbang Takraw
πŸ›οΈ Pameran Agensi Kerajaan
🎭 Persembahan Kebudayaan
🦷 Pemeriksaan Gigi Percuma

…dan banyak lagi aktiviti menarik menanti anda!! πŸ”₯

Ini bukan sekadar program tahunan, tapi ini adalah HARI KITA BERSAMA! HARI BELIA NEGARA πŸ’ͺ

Kalau anda belia Kluang, memang WAJIB turun! Kita meriahkan bersama!

Jumpa anda di sana! kita #πŒπ„ππ†π†π„π‘π€πŠππ„π‹πˆπ€ bersama! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨




Assalammualaikum.Untuk makluman semua, pendaftaran bagi Mahkota Youth Sports Championship – Traditional Archery Edition ...
09/05/2026

Assalammualaikum.

Untuk makluman semua, pendaftaran bagi Mahkota Youth Sports Championship – Traditional Archery Edition TELAH DITUTUP!

Terima kasih atas sokongan padu anda semua! Bagi yang telah mendaftar, jangan lupa sertai link group whatsapp yang diberikan. Kita jumpa anda disana! 🎯



Address

Kluang
86000

Telephone

+601136924279

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Belia Mahkota Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share