Pekida Malaysia Daerah Kluang - Official

Pekida Malaysia Daerah Kluang - Official Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang melaksanakan aktiviti kebajikan dan dakwah serta memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.

⏳
05/05/2026

05/05/2026
Selamat Hari Pekerja! 1 Mei 🇲🇾Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan anda dalam membangunkan negara. S...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja! 1 Mei 🇲🇾

Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan anda dalam membangunkan negara. Semoga setiap titik peluh diberkati dan terus membawa kejayaan serta kesejahteraan dalam kehidupan.

Ikhlas daripada,
Pengerusi, Ahli Jawatankuasa &
Jemaah PEKIDA Daerah Kluang

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PEKIDA Daerah Kluang Bil. 02/2026 telah diadakan pada 30 April 2026 bertempat di Pejab...
01/05/2026

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PEKIDA Daerah Kluang Bil. 02/2026 telah diadakan pada 30 April 2026 bertempat di Pejabat Pengurusan PEKIDA Daerah Kluang.

Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan secara terperinci laporan kewangan dan perbelanjaan bagi bulan Januari hingga April 2026. Selain itu turut dibincangkan mengenai persediaan Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah Kluang yang akan diadakan pada bulan Jun 2026.

Sepertimana sedia maklum, PEKIDA Daerah Kluang akan menganjurkan Program Ibadah Qurban pada tahun ini yang dikelolakan oleh AJK PEKIDA Daerah Kluang.

Mesyuarat pada malam ini dipengerusikan oleh Kekanda C1 selaku Pengerusi PEKIDA Daerah serta dihadiri oleh YBhg. ADG, Abang², Barisan AJK serta peserta-peserta ibadah qurban.

Semoga perancangan yang telah dirangka ini diberikan keberkatan dan kemudahan daripada Allah SWT untuk menjayakannya.

"Muafakat Itu Berkat"


20/03/2026

Eid MUBARAK DARI PEKIDA MALAYSIA

KLUANG , 28 FEB 2026IFTAR PEKIDA DAERAH KLUANG 1447HAlhamdulillah selesai Iftar Pekida Kluang dengan jayanya, Iftar dise...
09/03/2026

KLUANG , 28 FEB 2026
IFTAR PEKIDA DAERAH KLUANG 1447H
Alhamdulillah selesai Iftar Pekida Kluang dengan jayanya, Iftar diserikan dengan YB Tuan Syed Hussein , Adun Mahkota, juga Penyelaras Ayah Johor, Barisan Ayhnda dari Kluang , Kahang Segamat Mersing , juga dihadiri ahli 803 Kluang Bikers Club dan Gabungan Ukhwah Kluang

Tahniah kepada Jawatan kuasa Pekida daerah kluang, terimakasih kepada ahli Pekida Daerah Kluang yang mengimarahkan majlis

Program Sembang Santai selepas solat tarawih malam tadi bersama Pengerusi dan Barisan AJK. Perbincangan akhir bagi penet...
21/02/2026

Program Sembang Santai selepas solat tarawih malam tadi bersama Pengerusi dan Barisan AJK. Perbincangan akhir bagi penetapan gerak kerja dan susun atur Majlis Iftar PEKIDA Daerah Kluang pada 28/2/2026 ini. Semoga majlis berjalan lancar.

Pekida Daerah KluangMAJLIS IFTAR  RAMDHAN AKAN DIADAKAN PADA 28 FEB 2026 Jawatan Kuasa Daerah dengan rasa sukacitanya me...
21/02/2026

Pekida Daerah Kluang
MAJLIS IFTAR RAMDHAN AKAN DIADAKAN PADA 28 FEB 2026
Jawatan Kuasa Daerah dengan rasa sukacitanya menjemput semua ahli pekida kluang , 803 KBC dan Ahli Pakatan ikhlas kenduri untuk hadir pada ketetapan ini.

JAWATANKUASA DAERAH

KLUANG - 17 FEB 2026KONVOI 803 KLUANG BIKERS CLUB PEKIDA KLUANG MENYANTUNI AMK KAHANG DENGAN JAMUAN BAUNG ASAM PEDAS30 M...
17/02/2026

KLUANG - 17 FEB 2026
KONVOI 803 KLUANG BIKERS CLUB PEKIDA KLUANG MENYANTUNI AMK KAHANG DENGAN JAMUAN BAUNG ASAM PEDAS

30 MOTOSIKAL 3 ASCOT YANG MENAMPILKAN AHLI PEKIDA KLUANG ,KAWASAN LAYANG², MACHAP, SIMPANG RENGGAM , SRI LALANG, AIRHITAM , AHLI CLUB JUGA AHLI PAKATAN
ALHAMDULILLAH PROGRAM SEMPURNA DENGAN JAYA.

DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN KETUA PENERANGAN PEKIDA MALAYSIA




15 Februari 2026 | Mesyuarat Ahli Jawatankusa PEKIDA Daerah Kluang Bil. 1 Tahun 2026Mesyuarat AJK Bil. 1 Tahun 2026 tela...
15/02/2026

15 Februari 2026 | Mesyuarat Ahli Jawatankusa PEKIDA Daerah Kluang Bil. 1 Tahun 2026

Mesyuarat AJK Bil. 1 Tahun 2026 telah diadakan di Pejabat Pengurusan PEKIDA Daerah Kluang bermula jam 8.30 malam. Perbincangan menyeluruh mengenai pengurusan daerah, takwim pelaksanaan program tahun 2026 serta gerak kerja untuk menjana ekonomi daerah Kluang.

Mesyuarat pada malam ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Ayahanda, Abang-Abang serta barisan AJK PEKIDA Daerah Kluang.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Address

No. 44, Tingkat 1, Jalan Seri Impian 1/2, Bandar Seri Impian
Kluang
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Malaysia Daerah Kluang - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pekida Malaysia Daerah Kluang - Official:

Share