Helwa KDARY

Helwa KDARY Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Helwa KDARY, Nonprofit Organization, Kg Dato Abd Rahman Yassin, Kluang.

Isnin,17 Ogos,2026, Sambutan ulangtahun kelahiran ahli Helwa MDA bulan Julai & Ogos. Terima kasih kepada barisan AJK Hel...
17/08/2026

Isnin,17 Ogos,2026, Sambutan ulangtahun kelahiran ahli Helwa MDA bulan Julai & Ogos. Terima kasih kepada barisan AJK Helwa yang mengurus dan menyediakan cenderamata serta jamuan buat kami. Terima kasih buat Ustazah Hjh Norasyikin yang memimpin bacaan doa dan juga semua sahabat yang hadir hari ini meraikan kami. Terima kasih juga buat Hjh Normadiah dan Hjh Siti Mariam yang menjadi wakil menyampaikan ucapan.
TERIMA KASIH SEMUA..
Tak lupa juga buat sahabat, Pn Hjh Rohani yang akan menunaikan Umrah. Selamat berangkat. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan mendapat Umrah yang mabrur.

17/08/2026
Program Helwa bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAINJ):" ZAKAT EMAS & SIMPANAN EMAS" telah diadakan pada hari in...
20/07/2026

Program Helwa bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAINJ):
" ZAKAT EMAS & SIMPANAN EMAS" telah diadakan pada hari
ini,Isnin (20.7.2026).
Ceramah mengenainya
telah disampaikan oleh
YB Ustaz Hj Lokman Nur
Hakimi Bin Abdul
Rahman,Pegawai Hal
Ehwal Islam Negeri
Johor dan telah
dirasmikan oleh
Penolong Pengarah
Zakat Negeri Johor,YB
Ustaz Mohd Shafie Bin
Mustaffa.
Syukur,alhamdulillah .
Kami diHelwa sangat
bertuah kerana didatangi
oleh pakar dalam bidang
zakat,terutamanya zakat
emas ini. Ini kerana emas
begitu senoning dengan
wanita. Penerangan yang
disampaikan sangat jelas
dan begitu mudah untuk
difahami. Satu ilmu yang
sangat bermunafaat dan
sangat penting bagi kami
wanita khususnya.
Tahniah dan syabas buat
Pengerusi dan barisan
jawatankuasanya yang
telah menganjurkan
program ini. Terima kasih
dan tahniah juga kami
ucapkan buat MAINJ
yang telah berganding
bahu menjayakan
program ilmu ini.

Semoga program² seperti
ini akan diteruskan dan
dianjurkan bagi manafaat
kita bersama. Bukan
sekadar ilmu yang
diperolehi tetapi secara
tidak langsung dapat
mengeratkan lagi
ukhwan sesama kita yang hadir. Bak kata pepatah sambil
menyelam minum air.

Hari ini Ahad,19 Julai '26,Helwa turut serta dalam program kemasyrakatan bersama Jabatan Hal Ehwal,Kesatuan Sekerja Joho...
19/07/2026

Hari ini Ahad,
19 Julai '26,Helwa turut serta dalam program kemasyrakatan bersama Jabatan Hal Ehwal,Kesatuan Sekerja Johor
menjayakan 'Program
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)'.
Tahniah dan terima kasih kepada semua sahabat Ajk Helwa, kakitangan Kesatuan Sekerja Johor,
Ajk MDA dan KRT serta penduduk kampung yang
bersama membantu dan berganding bahu
menjayakan serta
merealisasikannya.
Juga terima kasih yang tak terhingga kepada Ahli Majlis
Zon Gunung Lambak,
Pn Shey Risha yang turut sama berewang bersama kami.
Selain dari itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan pada hari esok ,Isnin
(20.7.26) diDewan
Muafakat KDARY.
Jemput semua untuk
hadir. Pada sebelah
malamnya (19.7.26) diadakan Kenduri Sekampung.

Helwa telah
diamanahkan bagi menguruskan jamuan meliputi sarapan pagi,makan tengah hari,minum petang dan makan malam.
Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi ,
semuanya berjalan lancar dan Allah permudahkan segalanya...Aamiin...


Kelas Helwa hari ini ,Rabu @ 8 Julai '26 bersama Ustazah Hjh Hamidah Bte Hj Aliman. Tazkirah ringkas dan solat duha . Te...
08/07/2026

Kelas Helwa hari ini ,Rabu @ 8 Julai '26 bersama Ustazah Hjh Hamidah Bte Hj Aliman.
Tazkirah ringkas dan solat duha . Terima kasih
ustazah.

Address

Kg Dato Abd Rahman Yassin
Kluang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Helwa KDARY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Helwa KDARY:

Shortcuts

Share