Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom

  • Home
  • Malaysia
  • Kluang
  • Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom

Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Memelihara dan menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan.

Tuhan itu maha adil kepada sesiapa yang berusaha..
15/07/2025

Tuhan itu maha adil kepada sesiapa yang berusaha..

Orang lain ulang kaji atas meja, dia ulang kaji dalam tandas awam. Tapi akhirnya… dia masuk Harvard.

Liz Murray bukan budak genius. Dia lahir dalam keluarga penagih dadah. Mak dan ayah dia dua-dua ketagih. Rumah penuh kekacauan, makanan pun tak cukup. Umur 15 tahun, mak dia meninggal dunia sebab AIDS. Tak lama lepas tu, ayah dia pun pergi.

Tinggallah Liz jadi gelandangan. Tiada rumah. Tiada duit. Tiada tempat nak tidur. Tapi dia ada satu benda yang orang lain tak nampak… semangat nak ubah hidup.

Dia tidur di subway, perpustakaan, kadang-kadang di tangga sekolah. Tapi dia tetap datang ke kelas. Tetap pegang buku. Tetap jawab peperiksaan.

Dan waktu orang gelar dia budak tiada masa depan… dia dapat tawaran masuk Harvard University.

Bayangkan. Dari gelandangan, ke universiti paling susah nak masuk dalam dunia. Semua sebab dia tak pernah berhenti percaya yang dia boleh berjaya.

Hari ini, Liz Murray dah jadi penulis dan penceramah motivasi terkenal. Buku dia jadi bestseller. Kisah hidup dia difilemkan. Semua orang yang pernah gelakkan dia, sekarang hormat dia.

Moral dia?

Hidup kita mungkin bermula dalam gelap, tapi itu tak bermakna kita tak boleh cipta masa depan yang terang.

Kalau dia boleh, kau pun boleh.

15/07/2025

Tiada Diskriminasi..

Sokongan itu perlu bagi mencapai matlamat…
15/07/2025

Sokongan itu perlu bagi mencapai matlamat…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Kepada para penyumbang dan pencari pahala yang budiman, makluman penubuhan dana kha...
15/07/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada para penyumbang dan pencari pahala yang budiman, makluman penubuhan dana khas bagi membantu penyediaan ‘water urn’ ataupun ‘ tangki air panas’ di wad wanita di HEBHK.

Dimaklumkan bahawa terdapat keperluan utk menyediakan 4 tangki/bekas air panas berkapasiti 50-60Liter utk menampung keperluan para pesakit yang bermastautin di wad wanita yang memerlukan. Oleh kerana itu, Persatuan Kebajikan Kakitangan HEBHK (PKKH) terpanggil utk membantu pihak hospital bagi mencapai tujuan tersebut dengan menguruskan pengumpulan dana yang berkaitan.

Kepada yang berminat untuk menyumbang, bolehlah berurusan dengan Bendahari ataupun Penolong Bendahari PKKH bagi tujuan tersebut dan catatan dokumentasi. Ataupun para penyumbang boleh menginfak terus ke akaun bank PKHH dengan rujukan transaksi bertulis ‘Sumbangan Water Urn Wad P(6)’ bukti sumbangan terus bank juga boleh diemailkan ke [email protected] bagi tujuan dokumentasi bagi memastikan jumlah terkumpul adalah cukup. Dana khas ini akan ditutup selesai sahaja pembelian dan urusan pemasangan telah dibuat serta selesai. Pemberitahuan umum mengenai penutupan dana ini juga akan dibuat kelak setelah semuanya selesai.

Sekian, Harap Maklum.
Pengerusi PKKH 2025/2026.

Address

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom
Kluang
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom:

Share