Satu Hati Kluang

Satu Hati Kluang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Satu Hati Kluang, Non-Governmental Organization (NGO), Kluang.

Salam Ramadan Al-Mubarak ๐ŸŒ™โœจAlhamdulillah, Allah SWT mempertemukan kita sekali lagi dengan bulan yang penuh rahmat, keamp...
18/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak ๐ŸŒ™โœจ

Alhamdulillah, Allah SWT mempertemukan kita sekali lagi dengan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan.

Semoga Ramadan kali ini menjadi madrasah terbaik untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan amal ibadah, melipatgandakan sedekah serta mendekatkan hati kepada Allah SWT.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan diangkat ke langit, setiap air mata taubat menjadi penghapus dosa, dan setiap amal diterima sebagai bekalan menuju reda-Nya.

Ramadan Kareem. ๐Ÿค

13/10/2025

Sekitar Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kluang 2025.

KBSMalaysia Wong Shu Qi

ใ‚šviralfbreelsfypใ‚ทใ‚šviral

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—šAlhamdulillah, semuanya telah selesai dengan jayanya. Ini adalah kali ...
11/10/2025

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š

Alhamdulillah, semuanya telah selesai dengan jayanya. Ini adalah kali pertama kami anjurkan program sempena Hari Sukan Negara.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama KBS Daerah Kluang atas kepercayaan yang diberikan dan sokongan dan dokongan yang kuat daripada YB Wong Shu Qi bagi menjayakan program hari ini.

Tidak lupa juga kepada barisan urus setia atas komitmen yang tinggi sama ada dalam urusan persiapan hinggalah hari kemuncak program.

Insya-Allah kami akan terus terlibat dalam program yang khususnya memberikan manfaat kepada masyarakat Kluang.

Satu Hati, Penerus Legasi Khidmat Bakti.

05/10/2025

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š

๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› : ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ
๐— ๐—”๐—ฆ๐—” : ๐Ÿณ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—”๐—š๐—œ
๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง : ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ, ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š
๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—”๐—ก : ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—”

HADIAH

๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก : ๐Ÿ’ฐ๐—ฅ๐—  ๐Ÿด๐Ÿฌ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ + ๐Ÿ† ๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—™๐—œ + ๐Ÿฅ‡ ๐— ๐—˜๐——๐—”๐—Ÿ + ๐—›๐—”๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ
๐—ก๐—”๐—œ๐—• ๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก : ๐Ÿ’ฐ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ + ๐Ÿฅ‡ ๐— ๐—˜๐——๐—”๐—Ÿ + ๐—›๐—”๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ
๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—š๐—” : ๐Ÿ’ฐ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ + ๐Ÿฅ‡ ๐— ๐—˜๐——๐—”๐—Ÿ + ๐—›๐—”๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ
๐—ž๐—˜๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง : ๐Ÿ’ฐ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ + ๐—›๐—”๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ

๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—–๐—”๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ง๐—œ ๐ŸŽ

SYARAT PENYERTAAN :

1. TERBUKA KEPADA 32 BUAH PASUKAN
2. TERHAD KEPADA WARGA KLUANG SAHAJA
3. MAKSIMUM 6 ORANG PEMAIN SETIAP PASUKAN TERMASUK GOALKEEPER
4. SEORANG PEMAIN TIDAK BOLEH MEWAKILI LEBIH DARI SATU PASUKAN
5. PASUKAN ITU SAH BERTANDING SEKIRANYA KETUA PASUKANNYA DIMASUKKAN KE DALAM GROUP WHATSAPP

TEKAN LINK INI UNTUK MENDAFTAR :

https://forms.gle/AmZCF4YSPmRfurtj9

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, BOLEH HUBUNGI ๐Ÿ“ž โ˜Ž๏ธ 010-528 7403 (IJAT)

16/09/2025

Marilah sama-sama kita menyemai semangat kebersamaan dan cinta akan negara ini.

Negara ini tidak akan mampu membangun dan maju jika rakyatnya berpecah belah. Oleh itu, mainkan peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus memastikan negara ini kekal aman dan makmur.

Selamat Hari Malaysia daripada kami, Persatuan Komuniti Satu Hati Kluang.

Hari ini telah berlangsungnya Program Ride Satu Hati sempena Hari Malaysia.Program ini diadakan selain bagi tujuan menin...
14/09/2025

Hari ini telah berlangsungnya Program Ride Satu Hati sempena Hari Malaysia.

Program ini diadakan selain bagi tujuan meningkatkan semangat patriotisme dan mengeratkan silaturahim, ia juga untuk mempromosikan Kluang sebagai Daerah Paling Bahagia di Malaysia.

Ucapan terima kasih terutama sekali buat Ahli Parlimen Kluang, YB Wong Shu Qi, pihak Veteran ATM Cawangan Kluang, Team Husky Kluang dan seluruh jawatankuasa Satu Hati atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1447H.Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik untuk kamu...
04/09/2025

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1447H.

Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik untuk kamu...โ€ (Surah Al-Ahzab: 21).

Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah saat untuk kita menghayati perjuangan, akhlak mulia dan kasih sayang baginda yang menjadi cahaya sepanjang zaman.

31/08/2025

Alhamdulillah, sekali lagi Satu Hati mencipta sejarah melalui program Hiking Merdeka Satu Hati 2025 di Gunung Lambak, Kluang.

Selain bagi tujuan beriadah, program ini turut diadakan bagi memperingati para pejuang dan pendiri bangsa kita akan jerih perih mereka dalam memerdekakan negara.

Seusai sampai di puncak, program ini disemarakkan lagi dengan pengedaran Jalur Gemilang, Kuiz Kenegaraan dan sarapan bersama-sama.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih buat Ahli Parlimen Kluang, YB Wong Shu Qi yang telah memberikan sokongan kepada kami bagi menjayakan program ini.

Program ini belum tamat lagi. Ia akan berterusan sehingga Hari Malaysia nanti yang mana kami akan adakan program Ride santai.. Ke mana? Tunggu.. berminat nak join? PM tepi ๐Ÿ˜Š

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-68!Pastinya seluruh rakyat Malaysia menanti detik yang cukup bermakna ini pad...
30/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-68!

Pastinya seluruh rakyat Malaysia menanti detik yang cukup bermakna ini pada setiap tahun.

Negara ini telah menempuh pelbagai liku-liku dan cabaran sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini.

Maka, sebagai rakyat Malaysia, marilah sama-sama kita menyemai semangat kebersamaan serta kasih dan sayang kepada negara.

Kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara ini harus dipertahan dan dikekalkan. Terima kasih buat pendiri-pendiri bangsa dan hero-hero yang telah berjuang demi negara.

Satu Hati sentiasa konsisten untuk meneruskan Legasi Khidmat Bakti kepada masyarakat khususnya di Kluang, Johor.

31/07/2025

Alhamdulillah. Team Satu Hati Kluang telah pergi melawat sahabat Satu Hati yang mana baru-baru ini beliau telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kluang.

Untuk itu, kami telah menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk memudahkan urusan dan memberi keselesaan yang lebih baik kepadanya.

Kami dari Satu Hati mendoakan agar saudara Asyraf (Acap) ini diberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusannya.

Dengan adanya kereta โ€˜kancilโ€™ standard ni, jangan dimodified p**a ๐Ÿ˜‚.. standard itu kan indah.. tak begitu ๐Ÿ˜ฌ.

29/07/2025

Rangkuman Pertandingan Futsal Persahabatan Satu Hati Siri 1.

Address

Kluang
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Satu Hati Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share