09/04/2026
ππππππππππ πππππππ ππππ
ππππππ MSS KLUANG πππ PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP
KLUANG : Seramai 3 pegawai, 21 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dan 40 Staf Awam terlibat dalam Perbarisan Pegawai Staf Stesen dan Pemakaikan Pangkat LLP bertempat di Perkarangan Padang Kawad Markas Stesen Kluang pada 31 Mac 26.
Acara dimulakan dengan ketibaan Pegawai Staf Stesen Mej Hanizam bin Abd Hamid diikuti dengan Pemakaian Pangkat LLP, dari Kpl ke Pemangku Sjn, LKpl Ke Pemangku Kpl dan Pbt ke Lantikan LKpl. Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan dan amanat Pegawai Staf Stesen. Acara berakhir dengan acara mengambil gambar warga pasukan bersama Pegawai Staf Stesen.
Pelaksanaan Program Rejimental ini bertujuan bagi mengukuhkan kesepaduan angkatan bagi memperkasakan semangat espirit de corp dan perpaduan dalam kalangan warga Tempur Perkasa sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-30 iaitu Sumber Manusia - Cakna Etos Kepahlawanan.