17/03/2026
β¨ Ziarah Kasih Ramadan 1447H β¨
Ringankan Beban, Gandakan Pahala di Bulan Mulia.
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, program Ziarah Sumbangan Kasih Ramadan 1447H anjuran Kluang Care dengan kerjasama Persatuan Taska Kluang (PTKJ) berjaya dilaksanakan bagi menyantuni mereka yang memerlukan.
Melalui program ini, sebanyak 104 penerima telah diziarahi dan menerima sumbangan barangan keperluan asas sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada taska-taska yang prihatin dan cakna terhadap kebajikan masyarakat, antaranya:
Taska Citra Kasih
Taska Aspirasi Impian
Wondertods Playhouse
Taska Cemerlang TLS
Taska Idaman Hatiku
Taska Zafran As Shifa
Taska Kreatif Atfal
Taska Nur Nilam Sari
Taska Anakku Manja
Taska Bidadari Unggul
Taska Nur Sufiey
Taska Ummi Izan
Taska Kembara Intelek
Taska Impian Kembara
Taska Anak Ibu
Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab meringankan beban penerima, serta diganjari dengan pahala berlipat ganda oleh Allah SWT di bulan Ramadan yang mulia ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dan menjayakan program ini.
Semoga usaha kecil ini menjadi ladang amal dan bukti kasih sayang sesama insan. π€²β¨