Pertubuhan Serumpun Budi - PSB

Pertubuhan Serumpun Budi - PSB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Serumpun Budi - PSB, Non-Governmental Organization (NGO), No 28-2, Jalan Bayu Impian 10/KS9, Kota Bayu Emas, Klang.

Sebuah NGO berdaftar dengan JPPM (PPM-013-10-26052023)

Matlamat:
Pemerkasaan institusi masyarakat dalam aspek ilmu, sasiah, kemahiran dan jati diri melalui program komuniti yang bersifat khidmat bakti kebaikan, kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama.

14/05/2026

BBB1.0โžก๏ธBBB2.0โžก๏ธBBB3.0

Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar kita telah berjaya dalam penganjuran program Bukit Bintang Berselawat yang pertama dan kedua sebelumnya.

Insyallah, moga penganjuran kali yg ketiga pada 16 Mei 2026 ini akan membuka lebih ramai lagi keterlibatan pelbagai pihak di seluruh pelusuk negara turun untuk memeriahkan.

Muhamad for All

Jumpa anda disana!!!

Ayuh bersama-sama kita turun ke Bukit Bintang untuk menjayakan Program Bukit Bintang Berselawat. Zahirkan kecintaan dan ...
14/05/2026

Ayuh bersama-sama kita turun ke Bukit Bintang untuk menjayakan Program Bukit Bintang Berselawat.

Zahirkan kecintaan dan kasih sayang kita kepada Rasullullah SAW dan sekalian umat baginda dengan menyebarkan dakwah santai dan lemah lembut kepada masyarakat.

๐Ÿ“Œ _Segala maklumat berkaitan *Bukit Bintang Berselawat 3.0* boleh diakses melalui Linktree rasmi kami._

Di sana, anda boleh mendapatkan info terkini berkaitan program, pengisian, lokasi, checkpoint serta hebahan penting yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

โš ๏ธ _Sebarang maklumat adalah tertakluk kepada perubahan mengikut keperluan semasa bagi memastikan kelancaran program._

Mohon para peserta dan sahabat semua sentiasa merujuk Linktree rasmi untuk mendapatkan informasi yang paling terkini.

Scan QR code atau
Klik di sini https://linktr.ee/bukitbintangberselawat2




ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู. Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah, pada 1 Mac 2026 yang lalu, Pertubuhan Serumpun ...
06/03/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, pada 1 Mac 2026 yang lalu, Pertubuhan Serumpun Budi (PSB) diwakili oleh beberapa ahli telah berkesempatan menziarahi 11 keluarga sekitar Taman Sentosa, Klang dan berdekatannya bagi menyerahkan sumbangan bakul Ramadan. Serahan ini adalah rentetan daripada penganjuran Program Bakul Ramadan 2026 yang lalu oleh pihak pertubuhan sendiri. Antara barangan keperluan harian termasuk beras, minyak masak,telur, dan beberapa lagi diserahkan khusus kepada golongan asnaf, mualaf, golongan tua serta mereka yang menghidapi penyakit kronik. Sebahagian daripada mereka juga ada yang mengalami masalah kesihatan seperti uzur tua, kurang upaya OKU, serta penyakit saraf/otot (berkaitan genetik).

Semoga dengan sedikit sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh para penerima dalam meneruskan kehidupan seharian dan khusus pada bulan Ramadan yang sedang berlangsung.

Sehubungan dengan itu, pihak pertubuhan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penginfaq bagi program ini dalam menjayakan pelaksanaannya.

Diharapakan dengan pelaksanaan program sedemikian mampu memupuk kasih sayang dan cinta dalam kalangan komuniti masyarakat disamping sifat tolong-menolong antara golongan yang berkemampuan dengan golongan yang kurang berkemampuan.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum, Alhamdulillah, Pada hari Khamis, 27 Februari 2026, Pertubuhan Serumpun Budi (PSB) telah melaksanakan kh...
28/02/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
Pada hari Khamis, 27 Februari 2026, Pertubuhan Serumpun Budi (PSB) telah melaksanakan khidmat Program Dapur Kasih Ramadan dengan kerjasama erat Pusat Pendidikan Komuniti Chow Kit. Program ini bertujuan untuk menyantuni anak-anak Chow Kit serta golongan asnaf di kawasan sekitar.

Ringkasan Pelaksanaan Program:
โ€ข Persediaan & Pengagihan: Aktiviti bermula seawal pagi dengan penyediaan bahan mentah, diikuti dengan proses memasak dan pembungkusan sebanyak 100 bungkus untuk berbuka dan 50 bungkus untuk sahur. Agihan makanan kepada para penerima telah disempurnakan pada sebelah petang.
โ€ข Pengisian Rohani: Kami berpeluang melaksanakan solat fardu secara berjemaah serta mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan berqhasidah bersama anak-anak Chow Kit.
โ€ข Ibadah Terawih: Program diakhiri dengan solat sunat Terawih berjemaah sekali gus mampu mengukuhkan hubungan ukhuwah antara satu sama lain.

Sekian,

Terima Kasih

22/02/2026
Penghargaan terima kasih bagi semua yang datang memeriahkan dan membantu dalam pelaksanaan program. Sehingga berjumpa la...
22/02/2026

Penghargaan terima kasih bagi semua yang datang memeriahkan dan membantu dalam pelaksanaan program.

Sehingga berjumpa lagi pada program yang akan datang.

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูAssalamualaikum wbt, Alhamdulillah, selesai sudah Program Pasar Komuniti (PASARJOM...
22/02/2026

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pasar Komuniti (PASARJOM) yang berlangsung pada 21 Februari 2026! ๐Ÿงบโœจ

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan perkarangan Masjid Ar Rahimiah, Klang bermula jam 8:00 pagi tadi. Program kali ini terasa sangat istimewa dengan kerjasama erat antara:
๐Ÿค Pertubuhan Serumpun Budi
๐Ÿค Muafakat Komuniti Seksyen 24
๐Ÿค Pihak Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang Official

Apa yang menarik di PASARJOM kali ini?
โœ… Inisiatif Kupon RM50 โ€“ Diberikan khas buat golongan asnaf seramai 50 orang hasil sumbangan dana komuniti & surau serta sumbangan dari pihak Masjid Ar-Rahimiah itu sendiri.
โœ… Barangan Dapur Harga Subsidi โ€“ Sayur-sayuran, barang basah, dan barang kering dijual pada harga yang sangat berpatutan.
โœ… Jaringan My Grocer@Wilayah (I-Madina) โ€“ Kolaborasi baru bagi memastikan bekalan barang runcit yang berkualiti buat warga Klang.

Terima kasih kepada para penyumbang yang budiman. Setiap sen yang disumbangkan telah dikembalikan semula kepada komuniti dalam bentuk subsidi dan bantuan.
Doakan kami agar terus istiqamah dalam berkhidmat untuk masyarakat.
Jumpa lagi di program akan datang! ๐Ÿคฒโค๏ธ








19/02/2026
Ahlan wasahlan ya Ramadan, Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh du...
19/02/2026

Ahlan wasahlan ya Ramadan,

Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Semoga Ramadan Kali ini membawa banyak kebaikan kepada diri kita dalam mengecapi kepada keredhaan Ilahi.

Address

No 28-2, Jalan Bayu Impian 10/KS9, Kota Bayu Emas
Klang
41200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Serumpun Budi - PSB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Serumpun Budi - PSB:

Share