Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang

Directions Website

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang Media Sosial Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang ( PPM/D 223 ). Informasi ini merangkumi kegiatan unit - unit pengakap seperti berikut :
1.

Laman rasmi yang menyampaikan informasi terkini mengenai aktiviti Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang. Unit Pengakap Kanak - kanak ( 10 - 12 tahun ),
2. Unit Pengakap Muda ( 13 - 15 tahun ),
3. Unit Pengakap Remaja ( 15 1/2 - 17 tahun ),
4. Unit Pengakap Kelana ( 18 - 25 tahun ),
5. Pemimpin / Dewasa ( 26 tahun dan keatas ).

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Ikhlas daripadaPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIADAERAH KLANG
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Ikhlas daripada
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH KLANG

PENCAPAIAN PESERTA MYJAM 2026 - DAERAH KLANGEMAS🥇:14 orangPERAK🥈:37 orangGANGSA🥉:28 orangTahniah kepada semua peserta da...
08/09/2026

PENCAPAIAN PESERTA MYJAM 2026 - DAERAH KLANG

EMAS🥇:14 orang
PERAK🥈:37 orang
GANGSA🥉:28 orang

Tahniah kepada semua peserta dan pemimpin.

KLANG, September 7 – PPM Daerah Klang telah menyertai Jambori Pengakap Malaysia ke-15 yang diadakan di Pulau Pinang berm...
08/09/2026

KLANG, September 7 – PPM Daerah Klang telah menyertai Jambori Pengakap Malaysia ke-15 yang diadakan di Pulau Pinang bermula dari 29 Ogos 2026 hingga 4 September 2026. Pasukan Pengakap Daerah Klang menyertai kontinjen Selangor dengan penyertaan seramai 97 orang peserta (80 ahli pengakap dan 17 pemimpin).

Selamat Hari Kebangsaan ke 69Malaysia Madani : Kesejahteraan DinikmatiIkhlas daripadaPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIADAERAH...
30/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke 69
Malaysia Madani : Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH KLANG

Salam Maulidur Rasul2026 | 1448HIkhlas daripadaPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIADAERAH KLANG
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul
2026 | 1448H

Ikhlas daripada
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH KLANG

HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA 2026Ikhlas daripada PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIADAERAH KLANG
31/07/2026

HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA 2026

Ikhlas daripada
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH KLANG

KLANG, Julai 23 - PPM Daerah Klang telah menjalankan Penilaian Calon Anugeraj Ketua Pengakap Negara (Rambu) 2026 pada 23...
27/07/2026

KLANG, Julai 23 - PPM Daerah Klang telah menjalankan Penilaian Calon Anugeraj Ketua Pengakap Negara (Rambu) 2026 pada 23 Julai 2026 (Khamis). Penilaian calon telah diadakan di Wisma Pengakap Klang. Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Pn Hajah Sidah Binti Sedek, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Selangor. Aktiviti ini telah dihadiri seramai 184 orang peserta dari sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Klang dari unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa, Pengurus Kontinjen, Pemimp...
27/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa, Pengurus Kontinjen, Pemimpin Pengiring serta seluruh peserta Kontinjen Klang yang telah bertungkus-lumus, memberikan komitmen, kerjasama dan semangat yang luar biasa sepanjang penyertaan di Selangor Scout Challenge 2026 yang berlangsung di Kem Mutiara Semenyih Training Village & Resort pada 25/07/2026 (Sabtu).

Segala usaha, pengorbanan masa, tenaga dan dedikasi yang dicurahkan telah membuahkan kejayaan yang amat membanggakan. Kejayaan ini adalah hasil semangat berpasukan, disiplin dan kesungguhan setiap individu yang terlibat.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Kontinjen Klang!
Klang No.1

KLANG, Jun 29 - PPM Daerah Klang telah menjalankan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 pada ...
01/07/2026

KLANG, Jun 29 - PPM Daerah Klang telah menjalankan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 pada 26 Jun 2026 hingga 28 Jun 2026 (Jumaat hingga Ahad) yang diadakan di Wisma Pengakap Klang. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajah Sidah Binti Sedek, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor. Seramai 97 orang peserta telah menyertai kursus ini. Turut hadir peserta dari luar daerah Klang seperti dari daerah Sepang, Gombak, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan juga Kuala Lumpur.

Diharap peserta yang telah menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 dapat meneruskan usaha ke Kursus Manikayu Peringkat III (1) dan Kursus Manikayu Peringkat III (2). Seterusnya hingga dikalongkan manikayu mengikut unit masing-masing. PPM Daerah Klang mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan jurulatih dan semua jawatankuasa kerana telah meluangkan masa membantu menjayakan kursus manikayu ini.

KLANG, Jun 18 – PPM Daerah Klang telah mengadakan Program Boling Santai PPM Daerah Klang 2026 pada 17/6/2026 (Rabu) bert...
18/06/2026

KLANG, Jun 18 – PPM Daerah Klang telah mengadakan Program Boling Santai PPM Daerah Klang 2026 pada 17/6/2026 (Rabu) bertempat di Ampang Superbowl @ Summit USJ. Program bermula pada jam 10:00 pagi dan berakhir sekitar jam 3:00 petang. Penyampaian hadiah dan saguhati kepada pemenang disampaikan oleh En. M. Khalimi Bin Dalhan, Naib Pengerusi Majlis Pengakap Klang dan Pn. Noraizah Binti Zakaria, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Klang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli Majlis Pengakap Klang, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Klang, Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Klang dan ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan untuk program ini. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim kita dan menambah kegembiraan dalam pasukan pengakap daerah Klang.

Address

Wisma Pengakap Klang, KM 3, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah
Klang
41200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share