21/05/2026
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗦𝗔 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗙 𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧, 𝗟𝗔𝗨𝗧 & 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh operasi penguatkuasaan secara bersepadu di darat, laut dan udara bagi memastikan keselamatan sempadan negara, perairan serta rantaian bekalan negara sentiasa terpelihara.
💬 “Penguatkuasaan yang aktif, strategik dan bersepadu adalah benteng utama negara dalam memastikan keselamatan sempadan serta kestabilan bekalan negara sentiasa terpelihara.”
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Sejak 12 April hingga 19 Mei 2026, sebanyak 327 operasi bersepadu telah dilaksanakan melibatkan 15,784 anggota penguat kuasa dengan penggunaan 2,346 kenderaan dan bot serta 186 sortie udara bagi tujuan pemantauan dan pengesanan.
Operasi aktif ini melibatkan tindakan penguatkuasaan strategik di kawasan sempadan darat dan perairan negara bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan, penyeludupan diesel, petrol, rokok serta pelbagai barangan kawalan lain.
Rampasan utama yang direkodkan melibatkan:
• 278,540 liter diesel
• 89,832 liter petrol
• 431 kenderaan
• 12.6 juta batang rokok
• Barangan lain bernilai RM5.7 juta
Kesiapsiagaan penguatkuasaan akan terus dipertingkat secara berterusan bagi memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara kekal terjamin.
𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
Sumber: Kementerian Dalam Negeri | 20 Mei 2026