PkD Klang ArMy

Directions

PkD Klang ArMy Kami berlainan Jawatan.. Tapi mempunyai minat yang sama.. "jaga satu hati ,pegang satu nama,simpan

Seorang pesakit datang ke kecemasan..lemah, tak bermaya.. demam sudah 3  hari.. ujian darah keluar... positif denggi.. r...
29/07/2026

Seorang pesakit datang ke kecemasan..lemah, tak bermaya.. demam sudah 3 hari.. ujian darah keluar... positif denggi.. rawatan diberikan ikut penilaian..

Mungkin ramai hanya nampak kisah itu berakhir di situ.
Tetapi di tempat lain, kisah yang lebih panjang baru sahaja bermula.

Esok paginya, sekumpulan anggota Unit Vektor sudah berada di kawasan rumah pesakit.

Mereka berjalan dari rumah ke rumah.

Membuka penutup longkang, memeriksa pasu bunga, bekas tadahan air, tayar buruk, saluran air dan apa sahaja yang boleh menjadi tempat pembiakan Aedes.

Menjelang petang, mereka kembali semula. Mesin fogging dihidupkan. Asap memenuhi lorong-lorong perumahan. Bukan kerana mahu mengganggu penduduk, tetapi kerana mereka tahu setiap nyamuk dewasa yang berjaya dimusnahkan mungkin menghalang seorang lagi daripada dijangkiti.

Dan apabila tiada kes denggi?
Mereka tetap bekerja.

Mereka kembali ke kawasan yang pernah menjadi wabak, wabak tak terkawal atau hotspot. Mereka membuat pemantauan, search and destroy, pemusnahan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan. Kerana mereka faham, wabak lebih mudah dicegah sebelum ia bermula daripada dihentikan apabila ia sudah merebak.

Hakikatnya, kejayaan mereka bukan diukur dengan apa yang berlaku.....tetapi dengan apa yang tidak berlaku.

Tidak berlaku pertambahan kes.
Tidak berlaku kemasukan ke hospital.
Tidak berlaku kematian.
Dan itulah sebabnya ramai tidak pernah menyedari kewujudan mereka.

Di sebalik setiap statistik kes denggi yang berjaya dikawal, ada peluh anggota-anggota ini yang turun padang tanpa mengira panas atau hujan. Ada yang mengetuk ratusan pintu rumah. Ada yang mengangkat mesin fogging berjam-jam lamanya. Ada yang pulang lewat petang dan menyambung tugasan di lokasi lain awal pagi keesokan hari.

Mereka bukan mencari pujian.
Mereka hanya mahu masyarakat terus sihat.

Terima kasih kepada seluruh warga Unit Vektor .. Team PKP, PPKP, Pembantu Kesihatan Awam, Pembantu Am, pemandu dan semua yang berada di barisan hadapan kawalan denggi.

Mungkin nama kalian jarang disebut. Mungkin wajah kalian jarang dikenali. Tetapi percayalah, ada ramai yang masih boleh pulang kepada keluarga dengan sihat hari ini kerana usaha kalian yang tidak pernah mengenal penat.

betul lah..

Wira sebenar selalunya bukan yang paling mendapat perhatian... tetapi yang paling banyak melindungi tanpa mengharapkan apa-apa pujian 💙🦟

02/06/2026
Trip Candat Sotong 2026 1.0 Marang Terengganu
02/06/2026

Trip Candat Sotong 2026 1.0 Marang Terengganu

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Klang
Klang
41200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PkD Klang ArMy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share