HANIS CARE

Directions

HANIS CARE Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HANIS CARE, Non-Governmental Organization (NGO), 48 Jalan Meranti Bunga 9 Taman Seri Mewah Meru, Klang.

Alhamdulillah, Ziarah Kasih HANIS CARE 💝🤍Menyantuni mereka yang sedang diuji, berkongsi sedikit rezeki dan menitipkan do...
07/10/2026

Alhamdulillah, Ziarah Kasih HANIS CARE 💝🤍

Menyantuni mereka yang sedang diuji, berkongsi sedikit rezeki dan menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan.

Semoga kunjungan kecil ini membawa sedikit kekuatan, ketenangan dan senyuman buat mereka. 🤲🏻

Kami hanya perantara, menjalankan amanah.
Semoga Allah terus memberi kami kekuatan untuk berbakti. ❤️

🌷 *ZIARAH KASIH HANIS CARE* 🌷Alhamdulillah, selesai ziarah kasih HANIS CARE menyantuni sebuah keluarga di kejiranan Tama...
14/09/2026

🌷 *ZIARAH KASIH HANIS CARE* 🌷

Alhamdulillah, selesai ziarah kasih HANIS CARE menyantuni sebuah keluarga di kejiranan Taman Seri Mewah yang sedang diuji dengan strok sebelah badan (kanan) serta Asteatotic (Xerotic) Eczema.

Nama pesakit: Abd Jalil Bin Sahari
Nama isteri: Rafidah Binti Saleh
Bilangan anak: 3 orang

Semoga dengan sedikit sumbangan berupa lampin pakai buang (pampers) ini dapat membantu dan meringankan sedikit beban keluarga dalam menjalani hari-hari yang penuh dengan ujian.

Terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa prihatin dan tidak putus-putus menyokong usaha HANIS CARE. ❤️

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan buat Encik Abd Jalil sekeluarga serta dipermudahkan segala urusan mereka.

🤲 “Semoga setiap bantuan yang dihulurkan menjadi asbab keberkatan, pahala yang berpanjangan dan sedikit sinar buat keluarga yang sedang diuji.”

HANIS CARE — bersama menyantuni, bersama meringankan. 🌹

🌷 𝘼𝙡𝙝𝙖𝙢𝙙𝙪𝙡𝙞𝙡𝙡𝙖𝙝, 𝙎𝙮𝙪𝙠𝙪𝙧 𝘼𝙩𝙖𝙨 𝙍𝙚𝙯𝙚𝙠𝙞 & 𝙆𝙚𝙥𝙚𝙧𝙘𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 🌷𝘼𝙡𝙝𝙖𝙢𝙙𝙪𝙡𝙞𝙡𝙡𝙖𝙝, 𝙨𝙚𝙜𝙖𝙡𝙖 𝙥𝙪𝙟𝙞 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙎𝙒𝙏. 🤲🏻❤️Syukur ke hadrat Allah...
08/09/2026

🌷 𝘼𝙡𝙝𝙖𝙢𝙙𝙪𝙡𝙞𝙡𝙡𝙖𝙝, 𝙎𝙮𝙪𝙠𝙪𝙧 𝘼𝙩𝙖𝙨 𝙍𝙚𝙯𝙚𝙠𝙞 & 𝙆𝙚𝙥𝙚𝙧𝙘𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 🌷

𝘼𝙡𝙝𝙖𝙢𝙙𝙪𝙡𝙞𝙡𝙡𝙖𝙝, 𝙨𝙚𝙜𝙖𝙡𝙖 𝙥𝙪𝙟𝙞 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙎𝙒𝙏. 🤲🏻❤️

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Minum Petang Jejak Prihatin bersama anak-anak yatim, asnaf dan ibu tunggal telah mendapat perhatian dan liputan Utusan Malaysia hari ini.

Bagi pihak Pertubuhan Sahabat Hati Insan Selangor (HANIS CARE), setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, sumbangan, kepercayaan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kelapangan rezeki dan keikhlasan buat HANIS CARE untuk terus berbakti kepada masyarakat setempat, memperluaskan usaha kebajikan dan membantu lebih ramai insan yang memerlukan pada masa akan datang.

🤲🏻 Ya Allah, jadikanlah setiap langkah kecil kami sebagai asbab kebaikan dan kebahagiaan buat mereka yang memerlukan. Satukan hati kami dalam berbuat kebajikan dan permudahkanlah segala urusan kami.

“Kita mungkin tidak mampu membantu semua orang, tetapi kita mampu menjadi sebab seseorang tersenyum dan merasakan dirinya tidak keseorangan.” 🌷

Terus melangkah, terus menyantuni, terus berbakti.
Kerana sedikit yang kita beri, mungkin sangat besar nilainya buat mereka. ❤️

HANIS CARE – Bersama Menyantuni, Mengukuhkan Ukhwah. 🌸

🌷 𝒁𝙞𝒂𝙧𝒂𝙝 𝙆𝒂𝙨𝒊𝙝 𝙃𝑨𝙉𝑰𝙎 𝘾𝑨𝙍𝑬 🌷Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, HANIS CARE berkesempatan meneruskan usaha Ziarah Kasih ...
07/09/2026

🌷 𝒁𝙞𝒂𝙧𝒂𝙝 𝙆𝒂𝙨𝒊𝙝 𝙃𝑨𝙉𝑰𝙎 𝘾𝑨𝙍𝑬 🌷

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, HANIS CARE berkesempatan meneruskan usaha Ziarah Kasih dengan menyantuni 4 buah keluarga dalam kalangan penduduk setempat.

Kunjungan kecil ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi sebagai tanda prihatin, kasih sayang dan sokongan buat mereka yang sedang melalui kehidupan dengan penuh cabaran.

Semoga sedikit sumbangan dan zakat yang disampaikan ini dapat meringankan beban serta memberi sedikit sinar dan kegembiraan kepada keluarga yang disantuni.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang dan semua yang sentiasa menyokong usaha kebajikan HANIS CARE.
Kami hanyalah perantara yang menjalankan amanah. Semoga setiap pemberian menjadi amal jariah dan dibalas Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran. 🤲🏻❤️

“Ziarah kasih bukan tentang seberapa besar yang kita beri, tetapi seberapa ikhlas kita hadir untuk mereka yang memerlukan.”

Semoga langkah kecil ini terus menjadi asbab lahirnya lebih banyak kebaikan.
Insya-Allah, kita terus menyantuni, berkongsi rezeki dan menebar kasih. 🌷🤍

🌷 𝑴𝙄𝑵𝙐𝑴 𝑷𝙀𝑻𝘼𝑵𝙂 𝙅𝑬𝙅𝑨𝙆 𝙋𝑹𝙄𝑯𝘼𝑻𝙄𝑵 🌷Alhamdulillah, selesai sudah Program Minum Petang Jejak Prihatin yang berlangsung di Rest...
07/09/2026

🌷 𝑴𝙄𝑵𝙐𝑴 𝑷𝙀𝑻𝘼𝑵𝙂 𝙅𝑬𝙅𝑨𝙆 𝙋𝑹𝙄𝑯𝘼𝑻𝙄𝑵 🌷

Alhamdulillah, selesai sudah Program Minum Petang Jejak Prihatin yang berlangsung di Restoran Sri Rahayu, Meru.

Sebuah pertemuan santai namun penuh makna, dalam usaha HANIS CARE menyantuni anak-anak yatim, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan di sekitar Meru dan Sungai Kapar Indah. ❤️

Program anjuran Pertubuhan Sahabat Hati Insan Selangor (HANIS CARE) dengan kolaborasi KRT Taman Desa Indah ini turut dihadiri oleh Tn. Hj. Halim Redzuan, Ahli Majlis MBDK JKP N42B merangkap Pengerusi KRT TDI serta Penasihat HANIS CARE, dan Pn. Aniss Zuryanee Mahadi, Ahli Majlis MBDK JKP N42A.

Dalam suasana penuh ukhuwah, turut disampaikan sumbangan tunai, goodies serta barangan keperluan asas kepada para penerima sebagai tanda kasih, ingatan dan keprihatinan daripada kami. 🤲🏻💐

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan, sokongan dan tenaga bagi menjayakan program ini, khususnya Yayasan Ehsan MBI, serta semua penyumbang dan rakan-rakan yang sentiasa bersama HANIS CARE.

Tidak dilupakan, terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh urusetia dan sukarelawan majlis. Tanpa komitmen, masa dan tenaga kalian, pastinya program ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. ❤️

🌸 Buat semua yang disantuni…
Semoga sedikit yang kami hulurkan ini dapat menceriakan hati dan meringankan beban. Ketahuilah, kalian tidak pernah bersendirian. Teruslah melangkah dengan tabah kerana setiap insan berhak untuk disayangi, dihargai dan dipedulikan.

Santuni dengan kasih, membantu dengan ikhlas, kerana sekecil-kecil kebaikan mampu meninggalkan kesan yang besar di hati seseorang. 🤍

HANIS CARE
Bersama Menyantuni, Mengukuhkan Ukhwah 🌷







Misi Bantuan Dan Dakwah SALAM RELIEF | Pos Lenjang ⛰️🌿🏞️🚙 Kampung Samud - kampung Rakoh - kampung Simoi Lama - kampung G...
17/08/2026

Misi Bantuan Dan Dakwah SALAM RELIEF | Pos Lenjang ⛰️🌿🏞️🚙
Kampung Samud - kampung Rakoh - kampung Simoi Lama - kampung Gening .

Selesai satu misi yang sangat bermakna di Pos Lenjang. 🤲🏻💞
Kami, wakil dari HANIS CARE, berasa sangat bersyukur dapat bersama-sama dalam misi kali ini.

Misi kali ini cukup comprehensive — bukan sahaja pemeriksaan kesihatan dan rawatan ringan, malah pemeriksaan gigi dan mata pun turut disediakan.

Bahagian dakwah p**a, Team Solat mengadakan 4 kelas Fardhu Ain dan Bengkel Solat di 4 kampung yang berbeza.

Antara aktiviti lain yang turut dijalankan:
✨ Jamuan bersama org kampung
✨ Aktiviti & permainan kanak-kanak
✨ Muzikal dakwah
✨ Pemeriksaan kesihatan, gigi & mata
✨ Pemberian pek makanan
✨ Peralatan sukan & alatan masuk hutan
✨ Mainan kanak-kanak, Candy, alat tulis dan tudung

Bukan sekadar sebuah misi bantuan, tetapi sebuah perjalanan yang meninggalkan ukhuwah, pengalaman dan kenangan yang sangat bermakna.

Semoga setiap usaha kecil yang kita lakukan menjadi asbab manfaat buat mereka dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. 🤲🏻

Alhamdulillah, Mission Complete! ❤️




Alhamdulillah syukur selesai sudah wakil Ajk Hanis Care ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan pampers untuk makcik Has...
09/08/2026

Alhamdulillah syukur selesai sudah wakil Ajk Hanis Care ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan pampers untuk makcik Hasmah seorang pesakit stroke yang sekarang tinggal bersama anak bongsunya di Taman Cempakasari Kapar .. Terima kasih kepada Tuan Hj Halim Redzuan Ahli Majlis JKP N42B atas sumbangan pampers dan terima kasih juga pada sahabat-sahabat NGO Hanis Care yang sudi memberi sumbangan berbentuk duit dan barangan makanan .. semoga Allah beri kesembuhan pada makcik Hasmah dan dipermudahan segala urusan buat keluarganya.

💗 Alhamdulillah, Program Jom Aerobik Komuniti telah selesai dengan jayanya. 💗Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke h...
05/07/2026

💗 Alhamdulillah, Program Jom Aerobik Komuniti telah selesai dengan jayanya. 💗

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran program ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada penganjur utama, Tuan Haji Halim Redzuan , Ahli Majlis MBDK merangkap Pengerusi JKP N42B atas sokongan, kepercayaan dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Ucapan penghargaan juga buat seluruh Komuniti Sungai Kapar Indah yang hadir dengan penuh semangat dan memberikan kerjasama yang luar biasa.

Terima kasih istimewa kepada Instruktur Mama Nor serta barisan tim yang penuh tenaga dan semangat sehingga berjaya menceriakan suasana sepanjang program berlangsung.

Tidak dilupakan, kepada semua sukarelawan & AJK-AJK HANIS CARE yang bertungkus-lumus menguruskan program dari awal hingga akhir. Jasa dan pengorbanan anda amat dihargai.

Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan dan kita dapat bertemu lagi dalam program-program yang akan datang.

Badan Sihat • Minda Cerdas • Ukhwah Erat
Sihat Bersama, Ceria Selamanya. 💕🏃‍♀️

Alhamdulillah.Moga dengan sedikit khidmat, masa dan tenaga yang kami curahkan dalam menyantuni anak-anak hebat di Rumah ...
30/06/2026

Alhamdulillah.
Moga dengan sedikit khidmat, masa dan tenaga yang kami curahkan dalam menyantuni anak-anak hebat di Rumah Anak Yatim Ulin Nuha ini, dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka tanggung serta menghadirkan senyuman, keceriaan dan kebahagiaan di hati mereka.

Semoga setiap kasih sayang yang dikongsi menjadi asbab keberkatan, dan setiap tangan yang menghulurkan bantuan dikurniakan rezeki yang melimpah serta rahmat Allah SWT.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.” 🤲❤️

🌷 PROGRAM SUMBANGAN KE RUMAH ANAK YATIM ULIN NUHA, JALAN KEBUN KLANG 🌷🗓️ 20.06.2026 (Sabtu)🕒 3.00 Petang📌 Anjuran: JKP N...
20/06/2026

🌷 PROGRAM SUMBANGAN KE RUMAH ANAK YATIM ULIN NUHA, JALAN KEBUN KLANG 🌷

🗓️ 20.06.2026 (Sabtu)
🕒 3.00 Petang
📌 Anjuran: JKP N42B
📌 Dengan Kerjasama: NGO Hanis Care, Biro Jiran Wanita TDI, KRT TDI & PPTDI

Alhamdulillah, Ahli Majlis JKPN42B, NGO Hanis Care bersama Biro Jiran Wanita TDI dan Timbalan Pengerusi KRT TDI telah melaksanakan amanah yang diberikan oleh para penyumbang yang budiman. Kami hanya menjadi perantara untuk menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan kepada penghuni Rumah Anak Yatim Ulin Nuha.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penginfaq dan penyumbang yang telah menghulurkan bantuan. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat yang berpanjangan serta dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Semoga anak-anak di Rumah Anak Yatim Ulin Nuha sentiasa berada dalam rahmat, kasih sayang dan perlindungan Allah SWT serta membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

🤲 “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.”

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan semua. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan para penyumbang serta mempermudahkan segala urusan kalian. Aamiin. 🤍

Address

48 Jalan Meranti Bunga 9 Taman Seri Mewah Meru
Klang
41050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HANIS CARE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share