Jpkk Kg Telok Menegon

Directions

Jpkk Kg Telok Menegon Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Telok Menegun

19/06/2026

"Masyarakat yang bertamadun dinilai melalui kebersihan dan sikap bertanggungjawab terhadap persekitarannya."

Kerjasama dan keprihatinan semua penduduk amat dihargai. Terima kasih.

Sempena kedatangan Awal Muharam, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah dengan memperbaharui azam, memperbaik...
15/06/2026

Sempena kedatangan Awal Muharam, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah dengan memperbaharui azam, memperbaiki diri serta meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kebahagiaan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan ketenangan buat kita semua serta keluarga tercinta.
Marilah kita jadikan peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai inspirasi untuk terus melangkah ke arah yang lebih baik, lebih beriman dan lebih bertakwa.

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H. "Hijrah Membawa Berkat, Takwa Membawa Rahmat."

PEMAKLUMAN PENUTUPAN TEMPAT TRANSIT SAMPAHAssalamualaikum dan salam sejahtera.Untuk makluman semua penduduk Kampung Telo...
04/06/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN TEMPAT TRANSIT SAMPAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua penduduk Kampung Telok Menegon dan Kampung Bukit Badak, tempat transit sampah akan ditutup sepenuhnya bermula 21 Jun 2026 (Ahad).

Tempat transit yang terlibat adalah seperti berikut:

• Transit Jalan Benteng (sebelah padang futsal)

• Transit Jalan Benteng (depan Lorong Nangka)

• Transit Jalan Dato' Muhd Sidin, Kampung Bukit Badak

Sehubungan itu, semua penduduk diminta untuk menyediakan tong sampah yang mempunyai penutup di hadapan rumah masing-masing bagi memudahkan urusan kutipan oleh pihak KDEB.

Mulai tarikh tersebut, sistem kutipan sampah akan dilaksanakan secara terus dari rumah ke rumah mengikut jadual yang akan dimaklumkan oleh pihak KDEB dalam masa terdekat sebelum 21 Jun 2026.

Sekian, Terima Kasih

“Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H.Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan menda...
28/05/2026

“Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan mendapat rahmat, keberkatan dan ganjaran yang mulia di sisi Allah SWT.

Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi mengajar kita tentang erti kesabaran, keimanan, kasih sayang serta pengorbanan demi keluarga, masyarakat dan agama. Semoga ukhuwah sesama kita terus diperkukuhkan dan setiap langkah kehidupan dipermudahkan oleh-Nya.

Di kesempatan yang mulia ini, saya juga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan zahir dan batin.
Salam Aidiladha penuh keberkatan.

Ikhlas daripada
Pemangku Ketua Kampung Telok Menegon.”

JPKK Kampung Telok Menegon ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh penduduk Kampung Telok M...
16/02/2026

JPKK Kampung Telok Menegon ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh penduduk Kampung Telok Menegon yang berbangsa Cina. Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan, kemakmuran dan lebih bermakna bersama keluarga tersayang. Gong Xi Fa Cai! 🧧✨

Untuk makluman semua, pada 08/02/2026 (Ahad), Tok Husin telah menerima Watikah Pelantikan Ketua Kampung Telok Menegon ba...
09/02/2026

Untuk makluman semua, pada 08/02/2026 (Ahad), Tok Husin telah menerima Watikah Pelantikan Ketua Kampung Telok Menegon bagi sesi 2026-2027 yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Semoga dengan pelantikan ini, Tok Husin dapat menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemajuan Kampung Telok Menegon.

Terima kasih.

01/02/2026

Sabtu, 31 Januari 2026,
Masjid Telok Menegon telah mengadakan Program Gotong-Royong Masjid bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia.
Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama erat daripada JPKK Telok Menegon, KRT Kampung Telok Menegon, KRT Taman Sri Menegon serta Kelab Otai Kampung Telok Menegon.
Program gotong-royong ini bertujuan untuk membersihkan dan menceriakan kawasan masjid agar berada dalam keadaan yang selesa dan kondusif bagi kegunaan jemaah sepanjang bulan Ramadan.

28/01/2026

Logo Rasmi JPKK Jpkk Kg Telok Menegon bagi tahun 2026

“Pada 31 Disember 2025 (Rabu), bertempat di Dewan Telok Menegon, Kelab Otai Kampung Telok Menegon telah mengadakan Progr...
02/01/2026

“Pada 31 Disember 2025 (Rabu), bertempat di Dewan Telok Menegon, Kelab Otai Kampung Telok Menegon telah mengadakan Program Santai Ambang Tahun Baharu 2026 . Tok Husin berkesempatan memenuhi jemputan bersama, dan turut hadir ialah Tuan Haji Azmi Jusoh, Penyelaras Parlimen Kota Raja.”

Address

Lot 6666 Kampung Bukit Badak Seksyen 36 Shah Alam
Klang
40470

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jpkk Kg Telok Menegon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share