Persatuan Amal Bakti Jalinan Kasih

Persatuan Amal Bakti Jalinan Kasih Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Amal Bakti Jalinan Kasih, Non-Governmental Organization (NGO), Taman Sungai Kapar Indah, Klang.

Persatuan Amal Bakti Jalinan Kasih(ABJK) ialah sebuah "collective movement'' khidmat sosial yang memfokuskan kebajikan penduduk setempat yang kurang berkemampuan, rumah anak- anak yatim dan yang ditimpa musibah.

Selamat Hari Raya AidilfitriDengan penuh rasa kesyukuran, PABJK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zah...
31/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dengan penuh rasa kesyukuran, PABJK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam, khususnya sahabat-sahabat, ahli persatuan.

Syawal bukan sekadar bulan kemenangan setelah sebulan berpuasa, tetapi juga saat untuk kita merapatkan ukhuwah, memaafkan segala khilaf, serta terus memperkukuhkan perpaduan dan kasih sayang sesama kita. Dalam kegembiraan menyambut lebaran, jangan kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik serta pastikan keselamatan diri dan keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kesejahteraan buat kita semua.

UCAPAN NUZUL AL-QURAN 1446HPERSATUAN AMAL BAKTI JALINAN KASIHبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum warah...
18/03/2025

UCAPAN NUZUL AL-QURAN 1446H
PERSATUAN AMAL BAKTI JALINAN KASIH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran pada tahun 1446H ini.

Nuzul Al-Quran bukan sekadar sejarah, tetapi ia adalah peristiwa yang membawa sinar petunjuk kepada umat manusia. Al-Quran sebagai panduan kehidupan mengajarkan kita nilai keimanan, keadilan, dan kebaikan dalam setiap aspek kehidupan.

Marilah kita mengambil inspirasi daripada ajaran Al-Quran dalam membentuk diri yang berakhlak, berilmu, dan berbakti kepada agama, bangsa, serta negara.

Semoga keberkatan Ramadan dan hidayah Al-Quran terus memimpin langkah kita ke arah kebaikan dan kejayaan.

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 1446H.

UCAPAN | SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 1446H/2025Firman Allah SWT:  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْك...
01/03/2025

UCAPAN | SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 1446H/2025

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa”

(Surah al Baqarah: 183)

Bulan Ramadan merupakan bulan rahmat, keampunan dan digandakan ganjaran pahala kepada yang melakukan amalan-amalan sepanjang bulan Ramadan.

Persatuan Amal Bakti Jalinan Kasih mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Kareem 1446H/2025 kepada seluruh umat Islam di Malaysia

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗛𝗔𝗜𝗣𝗨𝗦𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱 Persatuan Amal Bakti Jalinan Kasih  mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam ...
11/02/2025

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗛𝗔𝗜𝗣𝗨𝗦𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

Persatuan Amal Bakti Jalinan Kasih mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada seluruh penganut beragama hindu.

Malaysia merupakan satu-satu negara yang kaya dengan kepelbagian masyarakat dan budaya yang berbilang kaum.

Marilah kita sama-sama memupuk semangat perpaduan diantara kita seterusnya memelihara kehormonian negara.

Gong Xi Fa Cai!Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat terutama kaum Cina yang meraikannya. Semoga Tahun Ular ...
29/01/2025

Gong Xi Fa Cai!

Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat terutama kaum Cina yang meraikannya. Semoga Tahun Ular ini membawa rezeki melimpah, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan kepada semua.

Tahun Ular melambangkan kebijaksanaan, keberanian, dan ketangkasan. Semoga nilai-nilai ini menjadi inspirasi untuk kita terus maju bersama, memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian.

Marilah kita raikan Tahun Baru Cina ini dengan semangat muhibah dan kasih sayang, demi masa depan yang lebih cemerlang untuk semua.

Selamat Tahun Baru Cina!
Gong Xi Fa Cai!

Ikhlas daripada,
Persatuan Amal Bakti Jalinan Kasih

PENGGERAK GENERASI PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB

Selamat memperingati Isra' dan Mikraj 2025! Mari kita peringati perjalanan agung Nabi Muhammad SAW yang penuh hikmah ini...
27/01/2025

Selamat memperingati Isra' dan Mikraj 2025! Mari kita peringati perjalanan agung Nabi Muhammad SAW yang penuh hikmah ini dengan memperdalam keimanan dan meningkatkan amal ibadah. Semoga kita selalu diberi petunjuk dan kekuatan untuk mengikuti jejak beliau dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. Selamat menjalani refleksi dan introspeksi di bulan yang mulia

12/11/2024
Di manapun kita berada, walaupun nombor ic kita berbeza di tengah, namun, Malaysia tetap dihati. Selamat Hari Malaysia. ...
16/09/2024

Di manapun kita berada, walaupun nombor ic kita berbeza di tengah, namun, Malaysia tetap dihati. Selamat Hari Malaysia. Bersatu padu budaya kita. Negara Malaysia negara kita. Hargailah dan sematlah dalam diri dengan perasaan bangga dan bersyukur.

Selamat Hari Malaysia Ke-61~!

Semoga Hari Maulidur Rasul ini memberikan kita satu impak yang positif dan memberikan semangat dan dorongan untuk lebih ...
15/09/2024

Semoga Hari Maulidur Rasul ini memberikan kita satu impak yang positif dan memberikan semangat dan dorongan untuk lebih menjadi manusia yang bertaqwa dan beramal soleh.

Segala sumbangan dan sebarang pertanyaan mahupun cadangan amatlah dialukan. Terima kasih.

Ayuh kita teruskan usaha dalam berbakti kepada ibu pertiwi. Selamat Hari Kemerdekaan Ke -67, Malaysia.
31/08/2024

Ayuh kita teruskan usaha dalam berbakti kepada ibu pertiwi. Selamat Hari Kemerdekaan Ke -67, Malaysia.

Address

Taman Sungai Kapar Indah
Klang
42200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Amal Bakti Jalinan Kasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Amal Bakti Jalinan Kasih:

Share