Sertai kami dan mula belajar tentang isi-isi di dalam 27 formula paling dasyat yang kami berikan supaya anda berupaya melangkah dalam situasi yang memerlukan! Pertubuhan Seni Silat Kalimah Panglima Tangkas merupakan
Non Government Organization (NGO) yang berdaftar dengan Surahanjaya Sukan & Persatuan Silat Kebangsaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada 31 October 2005, yang diasaskan oleh Tuan Guru
Elmi Azham Shah Bin Marsom @ Abdul Razak. Beliau merupakan Pakar Seni Silat Tempur Tanpa Senjata & Jurulatih Kejayaan yang berlandaskan petua, kaedah dan teknik yang paling dasyat, telah membantu lebih dari 1000 orang masyarakat bekerjaya dan graduan untuk bina jati diri yang dapat tingkatkan rasa cinta dengan Allah SWT. Kepakaran dan pengalaman beliau hasil daripada berguru daripada beberapa mentor yang terbukti berjaya. Hari ini dijadikan ianya sebagai satu ilmu untuk dikongsikan bersama anda supaya lebih ramai orang dapat melindungi diri, dan maruah keluarga tersayang dengan cara paling mudah, pantas dan superb. Beliau juga banyak menyumbang dalam industri sukan dan telah mengharumkan nama beberapa buah sekolah di Daerah Klang dan Selangor sehingga diiktiraf pada peringkat International. Ramai anak didik hasil didikan beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik malah telah menjadi World Champion dalam kejuaran pertandingan silat pada peringkat dunia, dan paling penting berjaya menjadi modal insan kepada masyarakat dan Negara. Beliau berpendapat, Silat bukan sahaja dapat membantu seseorang itu bina jati diri yang luar biasa, tetapi dalam silat itu sendiri diterapkan banyak nilai-nilai murni yang dapat membina karaktor orang yang berjaya menjadi insan yang istimewa pada pandangan Allah dan untuk melahirkan rasa kasih sayang bersama amanah Allah tersayang. Dalam anda menuntut ilmu bela diri apa sekali pun, pastinya ada “untung dan rugi”. Jika anda mahu belajar ilmu yang boleh beri keuntungan dalam hidup anda. Carilah guru yang benar-benar telah sampai ke tempat yang hendak anda tuju dan apa yang anda impikan selama ini, supaya anda tidak hidup asyik membuang masa.