14/05/2026
Larian Dirgahayu Kuala Kangsar
8 Februari 2026
Pelari di Kuala Kangsar disajikan dengan pemandangan yang sangat tenang dan klasik. Laluan biasanya merentasi kawasan istana, Masjid Uddiah yang tersergam indah, dan menyusuri tebing Sungai Perak. Suasananya jauh berbeza dengan hiruk-piruk tempat lain, di sini lebih kepada ketenangan bandar warisan.
Hujung minggu yang cukup mencabar buat kami! Team kami terpaksa berpecah 2 demi menyahut cabaran larian serentak. Sebahagian team di MAIWP Run meraikan semangat anak-anak syurga, manakala sebahagian lagi team berada di Larian Dirgahayu Kuala Kangsar bersama anak-anak syurga juga. Walaupun jasad di tempat berbeza, misi kami tetap sama. Memeriahkan ukhuwah komuniti larian!
Larian ini pun min dah lambat post. Bila event back to back min tak sempat nak posting setiap event tapi min tetap post juga sebagai kenangan.