PAWE SG. UDANG

PAWE SG. UDANG XTVT WARGA EMAS

Assalamualaikum wr wb semua warga PAWE Sungai Udang. Semoga dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.Pada 22 September ya...
17/10/2025

Assalamualaikum wr wb semua warga PAWE Sungai Udang. Semoga dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.

Pada 22 September yang lalu, JKM Negeri Selangor mengadakan pertandingan Senamas peringkat negeri dan juara pertandingan tersebut akan mengikuti peringkat kebangsaan di peringkat kebangsaan. PAWE Sungai Udang telah menyahut cabaran dan menyertai pertandingan tersebut meskipun tidak memiliki apa-apa pengalaman didalam bidang jurulatih senaman.

Kami mendapat pengalaman yang luar biasa dengan mengikuti pertandingan ini dan semoga pada masa hadapan PAWE Sungai Udang akan lebih baik lagi.

Assalamualaikum Wr WB semua warga PAWE Sungai Udang. Salam Kemerdekaan yang ke-68. Salam Malaysia Madani!PAWE Sungai Uda...
17/10/2025

Assalamualaikum Wr WB semua warga PAWE Sungai Udang. Salam Kemerdekaan yang ke-68. Salam Malaysia Madani!

PAWE Sungai Udang mengadakan sambutan ambang kemerdekaan lebih awal pada 27 Ogos 2025. Sambutan yang sangat meriah dirasakan dengan pelbagai aktiviti diselia oleh AJK Program PAWE. Pelbagai permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban dijalankan. Begitu juga pakaian beragam dan bunga hias.

Program yang meriah ini dihadiri lebih daripada 70 ahli. Semoga program seperti ini mendapat sambutan yang lebih meriah lagi.

Assalamualaikum Wr Wb semua warga PAWE Sungai Udang. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.Pada 30 Julai yang lalu, PAWE Su...
17/10/2025

Assalamualaikum Wr Wb semua warga PAWE Sungai Udang. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

Pada 30 Julai yang lalu, PAWE Sungai Udang diberikan peluang mengikuti Program Sahabat Emas yang diselia oleh PKMD Klang. Program kali ini berjalan di Rumah Seri Kenangan Cheras. Program ini memberi ahli PAWE peluang untuk berkongsi cerita s**a dan duka penghuni RSK selama menetap disana. Di samping itu, banyak program dan aktiviti yang menarik dijalankan oleh unit kaunseling PKMD Klang.

Pengalaman luar biasa ini akan selalu tersemat didalam sanubari ahli PAWE yang berpeluang mengikuti program ini.

Address

No 258, Tingkat 1, Jalan Sungai Bertik
Klang
41100

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Friday 08:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAWE SG. UDANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share