Darul Fatiheen

Darul Fatiheen Darul Fatiheen (PPM-030-10-07122021)
Maju Diri Maju Umat
Jadilah insan yg berguna...

16/04/2026

Bengkel masakan bersama pelajar2 REC Klang...

[BENGKEL Masakan Bersama Pelajar2 Rec Klang]Alhamdulillah, hasrat untuk mengadakan kelas kemahiran memasak bersama pelaj...
16/04/2026

[BENGKEL Masakan Bersama Pelajar2 Rec Klang]

Alhamdulillah, hasrat untuk mengadakan kelas kemahiran memasak bersama pelajar Rohingya Education Centre telah dpt dilaksanakan pada hari ini 16 April 2026.
Seramai 20 pelajar telah turut serta dlm bengkel memasak kek cawan (cupcakes) yg dibimbing oleh Pn Noraini Zakaria

Kami juga menyentuh tentang kebersihan diri, alat dan dapur semasa memasak. Selain itu mengingatkan mereka produk yg dihasilkan mestilah halal dan tayibban.

Terima kasih Guru Besar Pn Marsh*ta Idris serta Cikgu Fairuz dan Cikgu Shafiqah yg bersama kami utk mengendalikan bengkel ini.

Terima kasih Pn Hidayah selaku wakil Salwa Selangor yg memberi ucapan penutup bengkel masakan cupcakes hari ini.

Semoga usaha kecil ini dpt memberi manfaat kpd semua yg terlibat.

Barakallahufikum.. ๐Ÿ’•๐Ÿ˜ƒ





REC Klang
16/4/2026

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN ๐ŸŒบ๐Ÿ’• Burung merbah terbang ke hulu,Hinggap sebentar di dahan sena.Anda...
23/03/2026

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN ๐ŸŒบ๐Ÿ’•

Burung merbah terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di dahan sena.
Andai tersilap tutur dan laku,
Ampun dipinta penuh makna.

DPD:
Pertubuhan Kebajikan Amal Darul Fatiheen*

Kami menyusun jari memohon maaf sekiranya ada salah dan silap dari pihak Darul Fatiheen.Semoga Ramadhan tahun ini lebih ...
18/02/2026

Kami menyusun jari memohon maaf sekiranya ada salah dan silap dari pihak Darul Fatiheen.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dpd tahun2 sebelum ini.
Selamat berpuasa..Ramadhan Kareem ๐ŸŒน โค๏ธ

Klang
19 Feb 2026
1 Ramadhan 1447H

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026.Tahun 2025 telah berlalu pergi meninggal kan kita.Itulah masa..Tetap berlalu takkan me...
01/01/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026.

Tahun 2025 telah berlalu pergi meninggal kan kita.
Itulah masa..
Tetap berlalu takkan menunggu
Kita terus melangkah
Meninggalkan 2025.. Ke ambang 2026
Tak terjangkau dlm fikirkan apa yg akan berlaku
Namun tetapkan azam dan nekad di sertai doa utk terus maju
Dgn harapan setinggi gunung agar tercapai segala cita-cita
Bersama redha Allah Yg Maha Berkuasa

Salwa Selangor





Klang
4/1/2026

Ya Allah berkatilak kami dalam  bulan Rejan dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan..
21/12/2025

Ya Allah berkatilak kami dalam bulan Rejan dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan..

BENGKEL MASAKAN: KUAH ROJAK I PETIS I YONG TAUFOO14/12/2025, Meru KlangAlhamdulillah telah berlangsung sebuah lagi bengk...
14/12/2025

BENGKEL MASAKAN: KUAH ROJAK I PETIS I YONG TAUFOO
14/12/2025, Meru Klang

Alhamdulillah telah berlangsung sebuah lagi bengkel masakan anjuran bersama Darul Fatiheen dan Salwa Selangor bertempat di Akademi Wafa, Meru Klang pada hari ini.

Bengkel Pembuatan Kuah Rojak, Petis dan Yong Taufoo telah dihadiri 15 orang peserta dan dibimbing oleh Chef Noraini Zakaria. Bengkel ini telah berjaya menghasilkan kuah yang sedap yang boleh diusaha sendiri di rumah.
Peserta-peserta yang berminat mampu memulakan perniagaan kecil-kecilan yg bermodal kecil tapi berkeuntungan besar.

InsyaAllah dengan tekad dan azam yg kuat, beserta usaha yang gigih kita boleh berjaya. Kami di Darul Fatiheen dgn sokongan Salwa Selangor akan terus berusaha utk memberi ilmu kemahiran kpd golongan ibu2 dan wanita2 yang memerlukan.

Ini merpakan program penutup tirai bg tahun 2025. InsyaAllah kita berjumpa lg dalam program-program dlm tahun 2026.

Jangan jemu dan jangan sekali-kali putus asa. Semoga semua berjaya di dunia dan akhirat






Meru, Klang
14/12/2025

Assalamualaikum wrwb๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบBENGKEL MASAKAN : KUAH ROJAK, KUAH ROJAK PETIS DAN KUAH YONG TAUFOO(anjuran Darul Fatiheen) ...
20/11/2025

Assalamualaikum wrwb
๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ

BENGKEL MASAKAN : KUAH ROJAK, KUAH ROJAK PETIS DAN KUAH YONG TAUFOO
(anjuran Darul Fatiheen)

๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธJom sertai Kelas Masakan Kuah Premium- *mudah, sedap & boleh jana pendapatan!*

๐Ÿ“Tempat: No 6-1, Jalan 17/KU11, Taman Desa Bukit Nilam, 42200 Meru, Klang,Selangor

๐Ÿ“Tarikh: 14 Dis 2025, Ahad

๐Ÿ“Masa: 8.30 pagi - 2.30 petang

๐Ÿ“Yuran: RM35 sahaja!
Bank in ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Amal Darul Fatiheen
*568621042679 (Maybank)
*Ref: kuahrojak

โœ…Dalam kelas ni, anda akan belajar buat:
Rojak Buah
Rojak Petis
Yong Tau Foo

โœ…Sesuai untuk:
๐ŸŒท-Suri rumah yang nak mula bisnes kecil
๐ŸŒท-Peminat masakan tempatan
๐ŸŒท-Mereka yang nak tambah menu jualan.

Ilmu yang dikongsi boleh terus diusahakan dari rumah โ€” *modal kecil, untung besar!*

โœ…Tempat terhad 16 peserta shj! Daftar sekarang!

๐Ÿ˜ŠWhatsApp untuk pendaftaran:
0196366241- Rosma
0193636394- Hidayah

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ
31/08/2025

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ

[Bengkel Masakan : Kek Bakar dan Kukus]24 Ogos 2025 Darul Fatiheen sekali lagi telah mengadakan Bengkel Masakan untuk ka...
24/08/2025

[Bengkel Masakan : Kek Bakar dan Kukus]
24 Ogos 2025

Darul Fatiheen sekali lagi telah mengadakan Bengkel Masakan untuk kaum wanita di Bukit Naga. Kali ini peserta-peserta telah berpeluang belajar memasak kek Bakar dan Kukus... Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Terima kasih Chef Noraini, ajk-ajk DF dan semua peserta. Moga kita sama2 dapat memanfaatkan ilmu yg diperolehi hari ini.

Barakallahufikum.. ๐ŸŒน๐Ÿค—





TASKI Bestari Inayah
Klang
24/8/2025

20/08/2025

Assalamualaikum wrwb..

๐ŸŽ‚ *KURSUS SEHARI KEK BAKAR & KUKUS ๐ŸŽ‚

๐Ÿง Belajar hands-on, bawa pulang hasil sendiri! Tunjuk ajar oleh Chef Noraini Zakaria

๐Ÿ“… Tarikh: *24 Ogos 2025, Ahad*
๐Ÿ•˜ Masa: *9.00 pagi โ€“ 2.30 petang*
๐Ÿ“ Lokasi: *Taski Inayah Bestari, Bkt Naga, Klang*

โœ…Belajar masak Kek Bakar dan Kukus:

1.Choc.Moist kukus
2.Kek Lapis Asam manis Kukus
3.Kek Span Pandan
4.Pandan Layer Cake.

๐Ÿ’ก Bonus:
๐Ÿ“– Resepi lengkap & nota disediakan
๐ŸŽ Bawa pulang kek hasil tangan sendiri
๐Ÿ“ท Sesi bergambar

๐Ÿ’ฐ Yuran: *Rm 40.00* sahaja
[Pertubuhan Kebajikan Amal Darul Fatiheen
Maybank : 568621042679]

๐Ÿ“ฒ Tempat terhad! Hanya terima 15 peserta yg terawal. Daftar sekarang!
01161685867/ 0196366241

P/S: Sumbangan ikhlas dialu-alukan. ๐Ÿ˜Š

Address

Bandar Putera 2
Klang
41200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Fatiheen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Darul Fatiheen:

Share