07/08/2026
KLANG, 22 Jun – Seramai 15 orang murid Sekolah Rendah Islam Hira' (SRI Hira) telah dipilih mewakili sekolah dalam Kejohanan S**an Bola Sepak Bawah 12 Tahun Majlis S**an Sekolah Daerah (MSSD) Klang 2026 yang berlangsung di Padang SK Methodist Pelabuhan Klang pada Isnin.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD Klang ) itu menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik bawah 12 tahun dari seluruh daerah Klang bagi merebut peluang melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Walaupun pasukan SRI Hira tidak berjaya mara ke pusingan berikutnya, para pemain tetap mempamerkan semangat juang yang tinggi, disiplin serta komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain menjadi kebanggaan warga sekolah dan membuktikan potensi besar mereka dalam arena bola sepak.
Lebih membanggakan, salah seorang pemain SRI Hira, Taj Afgan, murid Kelas 6 OA, telah dipilih sebagai antara 15 pemain terbaik daerah Klang untuk mewakili pasukan Klang ke Kejohanan Majlis S**an Sekolah Selangor (MSSS) yang berlangsung di Kuala Selangor pada 20 hingga 23 Julai 2026. Pemilihan tersebut menjadi pengiktirafan terhadap bakat, prestasi cemerlang serta usaha gigih beliau sepanjang kejohanan MSSD.
Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pemain serta jurulatih atas komitmen yang telah diberikan. Diharapkan pengalaman yang diperoleh sepanjang kejohanan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Kejayaan Taj Afgan turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga SRI Hira bahawa usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi dan semangat tidak mudah berputus asa mampu membuka peluang untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.