Pineapple Care

Directions Contact the organization

Pineapple Care Facebook Rasmi NGO Pineapple Care Organization (PPM-027-10-24112020)

Semalam pihak penduduk Jalan Nenas telah membuat aduan berhubung halangan di parit yang menjejaskan aliran air. Pagi ini...
09/05/2026

Semalam pihak penduduk Jalan Nenas telah membuat aduan berhubung halangan di parit yang menjejaskan aliran air. Pagi ini, sebuah backhoe pembersihan telah digerakkan oleh Ketua Kampung Meru bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Terima kasih diucapkan atas tindakan segera yang diambil. Pihak NGO turut turun padang meninjau sendiri beberapa halangan yang dibina di sepanjang parit dan didapati ia turut memberi kesan kepada kelancaran aliran air.

Selain itu, terdapat juga kelongkong (culvert) yang kecil dan tersumbat sehingga menyebabkan aliran air tidak lancar. Keadaan ini dipercayai menjadi antara punca beberapa kediaman mengalami banjir kilat semalam.

Dalam masa yang sama, penduduk disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing termasuk membersihkan sampah-sarap yang berpunca daripada pokok yang ditanam seperti daun gugur, dahan serta sisa tanaman yang boleh menghalang aliran air di parit.

Insya-Allah dalam masa terdekat, pihak NGO akan mengatur perjumpaan bersama pengerusi-pengerusi surau kariah Jalan Nenas iaitu Surau Al-Muhajirin Jalan Nenas, Surau Haji Alias & Surau Hj Fuad Meru Klang bagi mencari kaedah terbaik sebelum perkara ini dibawa ke peringkat JPKK Kampung Meru dan seterusnya dimaklumkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Tahniah Surau Haji Fuad, Jalan Nenas mendapat JOHAN dalam Pertandingan Tautan Cahaya: Kelip-Kelip Surau Kita 2026 anjura...
24/03/2026

Tahniah Surau Haji Fuad, Jalan Nenas mendapat JOHAN dalam Pertandingan Tautan Cahaya: Kelip-Kelip Surau Kita 2026 anjuran JPKK Kampung Meru.

Tahun lepas menang Pintu Gerbang Tercantik, tahun ini Surau Haji Fuad menang Surau Tercantik.

Jalan Nenas Terbaik!!!

Insyaallah 'cambiaseee' program Gotong-royong Memasak & Agihan   yang ramai nanti-nantikan tiap kali tiba bulan Ramadan ...
13/03/2026

Insyaallah 'cambiaseee' program Gotong-royong Memasak & Agihan yang ramai nanti-nantikan tiap kali tiba bulan Ramadan akan diadakan pada hari Ahad ini.

Tahun ini kita gandingkan dengan Kacau Dodol sekali. Kita tengok macam mana ngam tak ngam.

Alhamdulillah tahun ini pihak Pineapple Care bekerjasama dengan Ahli Majlis MBDK N42A, Puan Aniss Zuryanee dan pihak PKM DUN Meru, YB Mariam Abdul Rashid serta Surau Al-Muhajirin Jalan Nenas.

Lokasi penyediaan di Perkarangan Surau bermula jam 9.00 pagi. Jangan lupa! Kita sama gotong-royong dan berkongsi rezeki. Jumpa Ahad!

Address

No. 284, Jalan Nenas, Meru
Klang
41050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pineapple Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pineapple Care:

Shortcuts

Share