Surau Hj Omar

Directions

Surau Hj Omar Aktiviti ahli kariah Surau Hj Omar

Assalamualaikum WBT. Seperti biasa,setiap tahun Surau Haji Omar akan mengadakan Program Ibadah Qurban. Kepada ahli karia...
30/09/2026

Assalamualaikum WBT. Seperti biasa,setiap tahun Surau Haji Omar akan mengadakan Program Ibadah Qurban. Kepada ahli kariah yang ingin turut serta dalam Program Ibadah Qurban 2027,tahun hadapan,boleh la hubungi nombor yang tertera untuk ambil borang dan pendaftaran. Sasaran untuk tahun depan adalah 10 ekor. Jom rebut peluang ini dengan penyertaan bayaran bulanan sehingga tarikh akhir ditutup. Jangan lepaskan peluang untuk Ibadah Qurban pada tahun hadapan.

Alhamdulillah. Telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Pemilihan Ahli Jawatankuasa Surau yang baru bagi sesi 20...
25/09/2026

Alhamdulillah. Telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Pemilihan Ahli Jawatankuasa Surau yang baru bagi sesi 2027-2031. Tahniah pada mereka yang telah terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi.

Assalamualaikum WBT. Mesyuarat Agung Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi penggal baru untuk Surau Haji Omar. Ahl...
21/09/2026

Assalamualaikum WBT. Mesyuarat Agung Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi penggal baru untuk Surau Haji Omar. Ahli kariah dijemput hadir bagi melaksanakan tanggungjawab dan membuat pemilihan untuk memilih Ahli Jawatankuasa yang baru bagi melancarkan perjalanan dan pengurusan Surau Haji Omar. Jamuan makan disediakan.

SALAM MAULIDUR RASUL  1448HAssalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,Pihak Pengurusan Surau Haji Omar ingin mengucapkan ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Pihak Pengurusan Surau Haji Omar ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menyemai rasa cinta kepada Baginda serta berusaha meneladani akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, amalan dan sunnah Baginda dalam setiap langkah kehidupan.

Salam Maulidur Rasul ﷺ
Daripada:
Pengurusan Surau Haji Omar

Alhamdulillah. Telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Haji Omar. Bacaan berzanji dan selawat sempena men...
24/08/2026

Alhamdulillah. Telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Haji Omar. Bacaan berzanji dan selawat sempena menyambut kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. Majlis dipimpin oleh Imam 2 Surau Haji Omar. Dan diserikan lagi majlis cukur jambul serta tahnik.

Assalamualaikum WBT. Jemputan Kuliah Khas Maghrib bersempena dengan Bulan Kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. Ahli kari...
24/08/2026

Assalamualaikum WBT. Jemputan Kuliah Khas Maghrib bersempena dengan Bulan Kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. Ahli kariah dijemput hadir beramai-ramai 🙂

12/07/2026
Assalamualaikum WBT. Polis Bersama Masyarakat. Malam tadi telah berlangsung sembang santai dari Jabatan Pencegahan Jenay...
12/07/2026

Assalamualaikum WBT. Polis Bersama Masyarakat. Malam tadi telah berlangsung sembang santai dari Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti PDRM oleh Pegawai Kanan dari IPD Klang Utara iaitu Inspektor Mustakim & Sarjan Fariz dari Balai Bukit Raja serta delegasi. Banyak input yang diterangkan kepada ahli kariah terutama isu narkotik. PDRM menerangkan peranan tentang OSCAR (Optimising Strategic Collaboration And Response). PDRM juga berkongsi trend jenayah semasa,modus operandi penjenayah serta langkah pencegahan yang boleh diamalkan oleh penduduk kampung serta keselamatan Surau Haji Omar. Terima kasih kepada PDRM atas taklimat yang disampaikan. Semoga ukhuwah bersama terjalin erat.

Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan tahun baharu...
16/06/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan tahun baharu Islam, 1 Muharram 1448H. Semoga lembaran baharu ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadah, dan memperkukuhkan keimanan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah Ar-Ra’d, ayat 11)

Makna:
Allah SWT mengajarkan bahawa perubahan ke arah kebaikan bermula daripada usaha dan kesungguhan diri sendiri. Jika kita ingin kehidupan yang lebih baik, lebih berkat dan lebih dekat dengan Allah, maka kita perlu berusaha memperbaiki sikap, amalan dan hubungan sesama manusia.

Sempena Awal Muharram 1448H ini, marilah kita bermuhasabah atas segala yang telah berlalu dan berazam untuk menjadi insan yang lebih bertakwa, berakhlak mulia serta sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.
“Hijrah Membawa Berkat, Taqwa Membina Ummah.”
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita semua kesihatan, kebahagiaan, keberkatan rezeki dan kejayaan di dunia serta di akhirat.

Salam Maal Hijrah 1448H. 🤲

Pengurusan Surau Haji Omar

Assalamualaikum WBT. Kuliah Maghrib Khas Sempena Awal Muharram. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bersama.
15/06/2026

Assalamualaikum WBT. Kuliah Maghrib Khas Sempena Awal Muharram. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bersama.

Address

Jalan Genting, Rantau Panjang Klang
Klang
42100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Hj Omar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share