17/08/2025
๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ญ ๐๐๐ญ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ค ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ง ๐ค๐-๐๐
Klang, 17 Ogos 2025 โ Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68, suasana di Taman Bukit Jati, Klang disemarakkan dengan pemasangan ratusan Jalur Gemilang oleh sukarelawan dari Persatuan Penduduk Taman Bukit Jati, Klang.
Program gotong-royong pemasangan bendera ini dijalankan secara bergilir sejak awal minggu dan memuncak pada hujung minggu lalu. Tumpuan utama diberikan kepada kawasan sepanjang jambatan utama taman, pintu masuk dan kawasan sekeliling yang menjadi laluan utama penduduk.
Sebanyak lebih 70 helai bendera telah dikibarkan sebagai simbolik kepada semangat cintakan tanah air dan kesatuan warga setempat dalam meraikan bulan kebangsaan.
Menurut Encik Huza, wakil sukarelawan merangkap jawatankuasa Persatuan Penduduk, inisiatif ini bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat taman khususnya generasi muda.
โSambutan Hari Kebangsaan bukan hanya acara tahunan, tetapi peluang untuk kita zahirkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Pemasangan Jalur Gemilang ini mencerminkan kesatuan serta kecintaan komuniti terhadap negara tercinta,โ ujar beliau.
Kini, Taman Bukit Jati tampil lebih ceria dan penuh semangat patriotik, menjadi lambang kebanggaan penduduk dalam menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 yang bakal diraikan pada 31 Ogos 2025 ini.